Showing posts with label ulasan novel yang dibaca. Show all posts
Showing posts with label ulasan novel yang dibaca. Show all posts

Thursday, October 21, 2021

Review Novel : Terukir Cinta


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Sambung pembacaan karya Anna Lee. Yang bestnya karya Anna Lee ni, bila dah pegang susah nak letak. Tapi dah kerja, 3 hari juga saya ambil masa untuk habiskan. Novel ni dah takde ulang cetak. Saya beli preloved di Shopee. Isi dalam masih boleh dibaca.

Sinopsis

Nadia Hussin, seorang kerani di syarikat biasa dengan gaji yang biasa. Dia bercinta dengan Imran, teman sekerjanya selama 5 tahun. Ibunya di kampung mendesak supaya Nadia cepat berkahwin tetapi Imran pula tak suka di desak dan dia masih belum capai targetnya untuk membeli rumah sebelum berkahwin. Kerana dicabar Imran, Nadia tarik tangan seorang lelaki di kedai mamak tu dan ajak bercinta. Mamat yang Nadia tarik tu dah la berjambang penuh. Rupa cam mat gian. Tertekan kerana sering didesak, Imran minta untuk berpisah. Mamat yang Nadia tarik tu lak, asyik mengekori Nadia. Siapakah mamat tu?

Bagi saya best kisah ni even cliche. 

Monday, December 18, 2017

Review Novel : Cuma Dia



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel dari terbitan Alaf dah lama tak baca. Saya pilih penulis tertentu saja. Novel ini dibelu masa car boot sale. Lebih jimat di zaman gawat ni. Pertama kali baca, saya agak keliru. Banyak watak dalam novel ni. Bila sah fokus, saya sudah boleh follow tge flow.

Sinopsis
Dalila, peguam, anak kepada Meor dan Suraya. Berkenalan tanpa sengaja dengan Iqbal semasa mencari lokasi keretanya parking. Mereka tidak melafazkan kata cinta tetapi masing² tahu dan perasaan mereka lebih kuat bila Iqbal bekerja di Tanzania. Ayah Dalila, Meor berubah bila berjumpa semula kekasih lamanya Jenny. Mereka seperti pasangan muda yang bercinta walaupun masing² sudah punya pasangan. Mereka ingin merapatkan lagi hubungan mereka dengan menjodohkan Hilman, anak Jenny dengan Dalila. Dalila keliru, Hilman yang baik budi pekerti atau Iqbal si kekasih hati. Iqbal pula terputus hubungan dengan keluarganya dan Dalila bila telefonnya rosak, talian komunikasi dan internet sangat susah di Tanzania. Dalila setuju bernikah dengan Hilman bila ibunya Suraya mula ada simptom masalah kemurungan. Iqbal pulang 5 hari sebelum majlis pernikahan Dalila dengan Hilman. Iqbal redha jodohnya bersama Dalila tidak kesampaian. Hilman bernikah dengan Dalila tapi Dalila menyebut² nama Iqbal dalam tidur menimbulkan kemarahan Hilman. Bertambah kecewa lagi bila bapa mertuanya memaklumkan akan bernikah dengan ibunya. Baginya, ayahnya cuma seorang. Dia nekad meninggalkan Dalila dan keluarganya di Malaysia. Dalila di ceraikan.

Panjangnya ulasan saya. Sampai ending saya masukkan. Banyak lagi watak sampingan yang saya tak masukkan. Cukuplah sekadar watak utama. Yang lain ada hubungkait dengan watak utama. Tak rugi membeli walaupun penulis ini bukan antara yang saya follow tapi saya tahu dia sudah ada nama. Not bad, boleh sambar lagi karya beliau kalau berkesempatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...