Showing posts with label walk for fun. Show all posts
Showing posts with label walk for fun. Show all posts

Friday, November 22, 2019

Teluk Ayer Tawar Run for Fund


Event : Teluk Ayer Tawar Run for Fund
Date : 17 November 2019
Time : 7am
Venue : SKTAT
Distance : 5km
Fee : RM38


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Event berturut-turut dalam masa 2 hari. Sungguh letih tapi berbaloi. Race kit collect awal sehari. Lepas larian di Padang Kota terus shoot ambil baju yang ni pulak. Rushing sebab waktu collection pendek, 3 jam je.

Rupanya collection smooth. Pembahagian mengikut nombor pendaftaran, cepat je prosesnya kalau nak dibandingkan dengan event sehari sebelumnya.


Hari larian kami terus ke tempat larian. Anas Auni nak follow. Semangat bangun awal pagi. Stroller tak bawa, bawa scooter je. Tu pun ada satu. Kongsi la korang dua. Masa sampai semua dah berkumpul di garisan permulaan. Tepat 7 pagi peserta dilepaskan.


Larian sepanjang jalan raya dengan kereta lalu lalang. Ada trafik yang menjaga tapi masih saya rasakan bahaya. Kemudian laluan di bendang lak tapi masih di tepi jalan raya. Anas Auni keletihan. Bergilir-gilir naik scooter dan mintak dukung. Nasib la ada adik2 saya dan adik ipar. Mereka pun bergilir dukung.


Kami set apps di phone dan masing2 menunjukkan jarak larian melebihi 6.4 km tidak seperti iklan di banner yang jaraknya 5km. Memang letih dan penat. Habis larian, bergambar dan kami terus balik. Tak tunggu pun lucky draw. Balik semua menuju ke Kedai Nasi Kandar.

Monday, October 7, 2019

I love Penang Run


Event : I Love Penang Run 2019
Venue : Padang Datuk Haji Abdullah Ahamad Badawi
Date : 6 Oktober 2019
Flag off : 7am
Fee : RM30 (exclude fee)


Event ni saya daftar masa masih belajar. Tiap tahun ada yang ni. Yg walk tak dapat pergi. Cepat2 register sebab limited. Baju collect sehari sebelum dari 2 pm hingga 8 malam. Kami sampai dalam 3 pm. Sejam gak beratur bari dapat baju. Proses bagi baju cepat, manusia terlalu ramai. Patutnya buka 2 hari.



Flag off 7 pagi. Lepas Subuh kami hantar Anas Auni rumah family saya. Auni demam. 8 lebih dah settle semua. Bergambar dan gerak balik. Hanya dapat medal. Air ke roti ke tak de.




Tuesday, September 10, 2019

Butterworth Fun Walk 2019


BUTTERWORTH FUN WALK 2019.

Date: 08-09-2019
Time: 7.30 am
Location: Tepi Padang Haji Ahmad Badawi Butterworth.
Early Bird Fee : RM 31
Distance : 6.4km

Bulan September saya dah habis belajar, so boleh la join fun run balik. Ini event pertama saya join selepas habis belajar. Rasanya event ke 4 untuk tahun 2019.


Sehari sebelum ambil baju. Alamat penuh ada bagi tapi landmark office tak bagi. Jenuh pusing cari tempat. Lebih dari sejam baru jumpa. Tu pun saya call event management. Staf datang pick up tunjuk jalan. Sepanjang sejam tu memang jumpa beberapa orang yang sesat cari tempat.



Flag off 7.30 pagi. Anas Auni tinggal kat rumah family saya. Kami pergi naik motor je. Masa sampai tengah warm up. 7.30 pagi semua dilepaskan. Husband saya lari, saya jalan. Selepas 1 jam lebih baru saya sampai.


Dah sampai, ambil medal, air dan roti. Kami bergambar dan gerak balik.

Friday, December 15, 2017

PDRM Fun Run 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
9/12/2017 kami suami isteri join Event seperti di atas. Anjuran PDRM. Lama dah ada iklan berkenaan event ni tapi bila tengok harga, tak jadi nak join. Harga seorang RM70 dan cuma dapat baju, medal, goodie bag dan lucky draw. Seminggu sebelum event, kawan tanya nak join tak under company dengan bayaran RM20. Terus register kami suami isteri. Kawan tolong ambilkan baju dan sehari sebelum husband pick up baju.

Barang dalam goodie bag

Event pada tarikh birthday husband. Kebetulan memang kami di sana. Hujan dari petang bawa ke malam. Larian malam. Pertama kali join masa malam. Kereta parking depan Queensbay Mall. Jalan di tutup dan kami jalan kaki ke kawasan berkumpul. Masa kami sampai semua tengah warm up. Saya pergi collect wristband dan LED belon. Dekat wristband ada nombor cabutan bertuah.

Tak banyak gambar yang elok waktu malam

Sebelum pelepasan peserta ada pertunjukan bunga api. Auni takut, Anas seronok. Cuaca malam tu hujan renyai-renyai dan larian 7km, saya tak lari. Saya jaga Anas Auni bawah khemah dan husband saja yang lari. Larian dalam masa 2 jam. Husband berjaya tamatkan larian kurang dari 1 jam. Masa tu hujan dah reda. Saya bawa anak-anak tunggu di bahagian penamat. Ramai dah sampai. Yang tak lari pun ramai. Di finishing line staf tunggu untuk pemberian medal dan sijil. Air mineral juga di beri. Pada yang dah dapat medal akan di tanda bahagian wristband.

Saya tak lari tapi dapat medal? 

Selepas itu acara cabutan bertuah. Kami tak berapa dengar sangat announcement. Orang ramai dan bising. Terus gerak ke kereta nak balik. Nak bayar parking tunggu lebih 30 minit. Mesin autopay 2 je. Peserta fun run bergabung dengan pekerja Queensbay Mall balik kerja.

Ada extra lagi medal, Anas kata dia punya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...