Showing posts with label aktiviti fizikal. Show all posts
Showing posts with label aktiviti fizikal. Show all posts

Wednesday, September 5, 2018

Butterworth Run 3


Tarikh : 2/9/18
Lokasi : Aroma Hotel, Raja Uda
Flag off : 7 pagi
Jarak : 6.5km dalam masa 2 jam
Bayaran : RM31.91


Masa daftar event ni masih kena cas GST. Bayaran dari RM30 jadi RM31.91. Saya suka daftar awal, dapat harga early bird. (tak semua event ada early bird price). Cepat je daftar kalau event area seberang ni. Pengambilan baju sehari sebelum event di Aroma Hotel. Bagusnya, boleh pergi ambil baju dari 9 pagi sampai 5 petang. Masa ambil baju, dah di paparkan tentatif program dan surat-surat kelulusan.


Hari event, terbangun lambat. 6.20pagi baru sedar. Mandi, solat, hantar Anas Auni ke rumah mak saya. Di rumah mak, naik motorsikal. Masa sampai di pintu masuk, peserta dah dilepaskan. On time sangat. Parking motor dan join mereka lari. Tak sempat nak berswafoto sebelum acara. Kami suami isteri lari asing-asing. Husband sampai 15 minit awal dari saya. Saya berjaya tamatkan larian dalam masa 1 jam 15 minit. Sampai di garisan penamat, wrist band di potong dan terus diberi beg. Dalam beg ada medal, air mineral, roti, cereal dan coklat berangin.


Penyampaian hadiah untuk peserta 10 km dan lucky draw bermula 9.30 pagi sekali dengan ucapan dan perasmian VIP. Kami gerak balik 8.30 pagi sebab ada urusan lain. Lagipun Anas Auni tak dak tak seronok. Ada beberapa booth sekitar situ jual minuman, peralatan sukan dan lain-lain.


Friday, December 15, 2017

PDRM Fun Run 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
9/12/2017 kami suami isteri join Event seperti di atas. Anjuran PDRM. Lama dah ada iklan berkenaan event ni tapi bila tengok harga, tak jadi nak join. Harga seorang RM70 dan cuma dapat baju, medal, goodie bag dan lucky draw. Seminggu sebelum event, kawan tanya nak join tak under company dengan bayaran RM20. Terus register kami suami isteri. Kawan tolong ambilkan baju dan sehari sebelum husband pick up baju.

Barang dalam goodie bag

Event pada tarikh birthday husband. Kebetulan memang kami di sana. Hujan dari petang bawa ke malam. Larian malam. Pertama kali join masa malam. Kereta parking depan Queensbay Mall. Jalan di tutup dan kami jalan kaki ke kawasan berkumpul. Masa kami sampai semua tengah warm up. Saya pergi collect wristband dan LED belon. Dekat wristband ada nombor cabutan bertuah.

Tak banyak gambar yang elok waktu malam

Sebelum pelepasan peserta ada pertunjukan bunga api. Auni takut, Anas seronok. Cuaca malam tu hujan renyai-renyai dan larian 7km, saya tak lari. Saya jaga Anas Auni bawah khemah dan husband saja yang lari. Larian dalam masa 2 jam. Husband berjaya tamatkan larian kurang dari 1 jam. Masa tu hujan dah reda. Saya bawa anak-anak tunggu di bahagian penamat. Ramai dah sampai. Yang tak lari pun ramai. Di finishing line staf tunggu untuk pemberian medal dan sijil. Air mineral juga di beri. Pada yang dah dapat medal akan di tanda bahagian wristband.

Saya tak lari tapi dapat medal? 

Selepas itu acara cabutan bertuah. Kami tak berapa dengar sangat announcement. Orang ramai dan bising. Terus gerak ke kereta nak balik. Nak bayar parking tunggu lebih 30 minit. Mesin autopay 2 je. Peserta fun run bergabung dengan pekerja Queensbay Mall balik kerja.

Ada extra lagi medal, Anas kata dia punya

Monday, November 27, 2017

I ❤ Penang, Bendang Walk 2017



Date: 19th November 2017 (Sunday,7am)

Venue: Kompleks Sukan MBPP Balik Pulau, Pulau Pinang

Distance: 3km

Entry Fees : RM10

Closing Date: 31st Oct 2017  or first 1000 participants 

Walk In Registration at : Urus Setia Program di Pejabat Daerah Barat Daya, Jalan Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang (9am-4pm)

Entitlement:
- t-shirt
- goodies bag
- lucky draw




Tiada pendaftaran online. Adik saya yang inform berkenaan event ni dan ramai² kami register. Staf office adik tolong submit dan collect baju. Kami isi borang dan hulur duit je. Baju warna merah fluoresence. Pertama kali saya pakai warna ni. Terang sungguh. Elok untuk penunggang basikal dan motosikal. 



Acara hari Ahad di lokasi yang kami tak biasa pergi. Tertanya-tanya juga, ada bendang ke kat Balik Pulau? Lepas Subuh gerak dari rumah. Pergi ambil mak, mak nak join juga. Berpandukan GPS, 7.05 pagi kami sampai. Katanya 7 pagi pendaftaran, 7.15 senamrobik dan flag off 7.45pagi. Parking di sediakan. Masa kami sampai senamrobik dah mula. Tak de pendaftaran pun. Anas Auni masih tidur. Dua² letak dalam stroller.



8.10 pagi baru flag off dan beramai-ramai gerak berjalan kaki. Rupanya ada bendang di Balik Pulau. Kami pusing bendang dan masuk semula ke laluan permulaan tadi. Ada check point untuk tanda pada bib dan pemberian air mineral. Dah sampai semula ke Kompleks Sukan masuk barisan collect goodies bag, medal dan nombor cabutan bertuah. Bib yang di pakai akan di gunting untuk cabutan bertuah. Goodie bag ada roti dan air kotak. 



Perjalanan dalam 3.3km. Berpeluh gak la. Anas langsung tak bangun, Auni siap terlena lagi. Nasib bawa stroller. Lepas collect medal, rest jap belakang pentas sebelum lucky draw. Van milo sponsor tapi sangat ramai yang line up. Kami makan dan minum dulu. Penjaja pun ada jual di bahagian kotak parking. Lepas habis makan, baru pergi ambil air milo. Air milo dari van memang sedap. Tak sama macam bancuh sendiri. Memang boost up energy lepas bersukan.



Kami tunggu lucky draw sebab tengok hadiah banyak. Berangan nak menang. Sebelum lucky draw ada persembahan dari kanak² istimewa. 12 tengah hari batu acara selesai. Kami suami isteri bertuah. Nombor lucky draw sangkut. Selesai semua gerak balik.



Banding dengan SPT Fun Walk, Bendang Walk lebih tersusun aturcaranya dan tak buang masa. SPT Fun Walk lebih jauh, air percuma yang disediakan berselerak. Berebut nak minum. Pemberian medal tak teratur. Kali ni lebih cantik dan memudahkan. Banyak laluan untuk ambil medal dan tiada penipuan berlaku. Yang penting senamrobik pandai tepati waktu. Tak la lupa diri macam aunty hari tu. Warna baju je saya tak berkenan 😓
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...