Friday, June 15, 2012

perkembangan ayah saya


Salam..
Di entri INI saya ada mention yang ayah saya akan menjalani operatian bypass seperti dalam entry INI. Rabu lepas saya, hubby dan adik saya gerak ke IJN untuk melawat ayah. Perjalanan bermula jam 8.30 pagi dan sampai jam 1 petang. Sempat tengok ayah di ICU yang waktu melawatnya pada waktu tengah hari adalah 12.30 hingga 1.30 petang. Keadaanya sangat lemah, dengan bantuan oksigen dan ubat tahan sakit.

Tengah hari itu baru di benarkan makan. Sedikit je makan bubur sebabnya dia masih risau untuk menelan. Tapi alhamdulillah walaupun sikit dapat menelan. Rancangan awalnya nak pulang terus tengah hari tu tapi hubby ajak pulang malam selepas waktu melawat. Saya ok je.

Malam tu 9.30 malam gerak pulang dan sampai jam 1 pagi. Dan esoknya saya kerja T___T dan adik saya pulak ada appointment untuk kakinya yang kena mesin potong pokok seperti yang saya cerita dalam entry INI. Dan dia perlu buat wound debridement (WD).

WD ni nak ambil kulit dan isi di peha dan tampal tempat yang luka. Luka adik saya agak besar ~ 8cm. Isi di dalam dah bercantum tapi kulit bahagian luar memang tak dapat selamat masa kemalangan tu. Memang perlu WD. Kalau tak memang buruk la jadinya nanti dan akan melambatkan proses penyembuhan keseluruhan. Tambahan pula dia nak kahwin September ni. Dan pembedahan akan di jalankan pada 21hb ini.

Moga kesemua ahli keluarga saya selamat dan sembuh seperti sedia kala.

2 comments:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...