Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Wednesday, March 14, 2018

Trip ke Krabi - Hatyai 2018 - Agen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kami gunakan Barracuddas Tour untuk trip kali ni. Harga yang di bayar meliputi :

Harga Pakej Dewasa.        
👉🏻 *Rm499*
Harga pakej kanak(3-11 tahun)
👉🏻 *Rm295*
*Pakej termasuk*
🚐 Van komuter Thailand utk 3 hari perjalanan( wifi/lcd/karaoke)
🏪Hotel 2 malam di Aonang(3 star)
🚢 SpeedBot utk aktiviti 4 pulau (chicken island, poda island, Railay island, Tup Island)
💸 Insuran bot
🍛 1x makan tengahari semasa aktiviti laut
🏊 peralatan snokling
⛵Bot sewa khas  ke Restoran Terapung
👲 TourGuide
🔵Kaedah Bayaran
1) Deposit Rm100 (Dewasa)
2) Deposit Rm50 (kanak-kanak)
* baki bayaran dalam Baht*



Bayaran yang kami buat (ikut tukaran wang semasa)
RM 487.50 / dewasa
RM 287.50 / kanak-kanak
Bayaran ke Taman Negara RM50 / orang (2 pulau) - dewasa dan kanak-kanak sama bayaran.

Jumlah bayaran untuk kami 2 dewasa 2 kanak-kanak (5 & 2 tahun)
RM 1412.50

Bayaran kami lebih murah dari harga masa awal² deal sebab matawang nilai Baht lebih rendah banding dengan 2017 masa saya ke Hatyai.

Tentatif perjalanan juga diberi sebelum trip bermula.

Pakej Krabi - Hatyai

Hari Pertama
7.30am - berkumpul di Duty Free, Bukit kayu Hitam, Kedah,
11.00 am- Bertolak ke Hatyai setelah selesai Urusan Passport/money changer, sarapan
12.00 pm- Tiba di Andaman Gateway ( photo session)😘🐘🐳
1.30 pm - Tiba di RnR Trang/ makan/ solat jamak
2.00pm- bergerak ke Gua khaokob
✅ Bayaran masuk bath100

5.00pm- Tiba di Krabi Town. Bertolak ke Stimboat house
7.30 pm- Night market
9.30pm- Urusan  pendaftaran Hotel. Aktiviti bebas

Hari kedua
8.00 am- Berkumpul utk Sarapan
9.30 am-bertolak ke Jetty utk aktivity 4 Island hoping + snorkling🏊🏼
1) Railey Beach/Phranang cave
2)Chicken Island
3) Poda Island( National Park)
4) Tup Island( National park)
✅Bayaran masuk utk National park (Poda Island & Tup Island Bath 400)

4:00 pm: Tiba di Hotel
6:00 pm: Bertolak ke 7 heaven (bayaran 100baht)
9:00pm : Aktiviti bebas

Hari ketiga
9.00am- check out hotel.
10:00- sarapan pagi & kem gajah
1.30pm- bertolak ke Trang
singgah di RnR Trang
3:00 pm - bertolak ke hatyai Floating market
6:00 pm- tiba  di Hatyai floating market
7.00pm- bertolak ke Danok
8.00pm - tiba di Danok & Shopping terakhir Di danok
8.30pm- urusan passport
peserta dihantar ke Duty Free Shop.

Bagi yang perlukan percutian santai, tak nak fikir destinasi nak dituju, cari arah jalan boleh ikut pakej dan agen. Memang full activity dan semua mengikut jadual. Kami yang biasa independent bila dengan agen jadi tak best. Bukan salah agen. Agen ok. Kami dengan anak, memang susah nak ikut waktu. Nak makan pun terkejar. Kami suami isteri kalau boleh lepas ni nak holiday macam biasa. Redah je sendiri. Makan pun enjoy nak pilih kedai mana. Nak bergambar berapa jam pun tak de masalah.

Tuesday, December 5, 2017

Food & Beverage Expo | Today Baby Expo



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari Ahad, hari terakhir berkesempatan menghadiri dua event di SPICE. Biasanya kami tak pergi la hari last tapi sebab nak collect hadiah dari menang giveaway food expo terpaksa attend last day. Parking masih percuma di bangunan bertentangan SPICE. Jauh la gak nak jalan masuk. Waktu collect hadiah 3petang. Sampai 3.15 petang, kami solat dulu. Lepas tu terus ke booth registration. Goodie bag dah lama habis. Pick up hadiah, snap photo dan terus jalan.


Manusia ramai. Susah nak jalan bila dengan stroller. Banyak yang berhenti tepi booth untuk rasa makanan dan berjual beli. Singgah booth makanan korea. Beli keropok adik pesan. Rupanya datang hari last harga turun banyak. Keropok dr RM13.80 tinggal RM10. Ada lain-lain makanan turun harga gak. Tak sempat tengok semua, ramai sangat orang. Anak-anak tak selesa.

RM5 untuk 60 gram. Ada booth harga RM6.
Dapat baucar rm2 untuk bext purchase
Lepas tu lalu booth Pocky, Anas nak Pocky lak. 5 kotak RM10. 4 kotak + box pun RM10. Husband nak yang box.

Rm10. Flavour boleh pilih. Box tinggal colour tu je
Next station stop booth Mamee. Anas gila kumpul key chain Mamee. Boleh pilih nak flavour mana. Malangnya yang biskut nak milk tapi dah sold out. Tinggal coklat dan seaweed je. Salesgirl bagi extra loose biskut yang milk. Keropok tak perasan yang stok lama tak de key chain. Mengamuk gak la Anas tengok tak da keychain.


Lepas habis round food expo, terus turun untuk Baby Expo. Sebab dah petang tak tahu masih boleh dapat goodie bag ke tak. Pergi juga tanya kaunter, katanya kena beli barang bawa resit baru dapat goodie bag. Tak kisah beli harga berapa pun.


Kami pergi depan pentas sebab ada mascot Merries. Lepas sesi tarian mascot ada soalan dari rmcee dan dapat hadiah. Saya cuba gak la jawab tapi jawapan salah. Last sesion emcee minta 3 parents naik pentas. Saya angkat je tangan nak join, tak tahu pun kena buat apa.



Rupanya susun puzzle. Itu memang dah selalu buat, selalu main puzzle dengan Anas. Saya yang pertama siap. Sebenarnya siap paling cepat ke lambat dapat je hadiah. Hadiahnya diapers merries ikut saiz yang susun kat puzzle. Saya dapat saiz M.


Lepas dapat hadiah, husband nak duduk tepi stage je jaga anak². Saya jalan cari benda nak beli. Saya nak beli pureen Baby Oil je. Sambar sekali head to toe. Masa bayar minta buat 2resit.



Then saya peegi booth registration. Dapat goodie beg dan sekali check point. Sikit je pun point. Datang expo ni tiap tahun, last year banyak beli tapi tak pergi tunjuk resit pun. Kemudian saya pas satu lagi resit untuk husband register.



Terus gerak balik. Harga biasa je. Drypers beli online murah lagi. Tapi beli kat sini dapat la hadiah. Itu yang best pergi expo. Tahun ni kecewa dengan goodie beg 😑


Wednesday, May 10, 2017

Maternity shoot Syatila Melvin

Syatilla Melvin dan selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 9/5/2017 10 pagi di Pusat Perubatan Ampang Puteri. Beberapa hati sebelum tu Syatilla ada upload gambar maternity shoot dengan Camora Art Photography. Jom tengok gambar.













Wednesday, February 13, 2013

wordless wednesday


Saya nak buat photoshoot untuk my baby
akibat dari jatuh cinta melihat gambar-gambar ini
tetapi.....
 

Tuesday, February 12, 2013

Checklisy Baby - Grooming, Bathing

Salam..
Kali ni update checklist untuk baby grooming, bathing. Senang cakap set kecantikan baby la. 


1. Toiletries - Set mandian, bedak, shampoo baby. Memang beli yang traveller set je. Sebab risau jugak kot allergic nanti tak sesuai. membazir lak. Yang saya beli brand Anakku di Manjaku RM 13.90. Yang Baby Kiko dapat free gift masa pergi Baby Expo. Brand Pureen dapat masa register member card di Manjaku kot.

2. Towel - Saya beli brand OK Baby di Mydin RM 8.90. Rasa macam tak cukup tapi rasanya kat rumah mak saya banyak je towel. Tak pun guna lampin je nanti lap sementara suruh hubby pergi beli. Tak susah pun nak cari towel.

3. Cotton Buds - Banyak kot kat umah, tak perlu beli.
4. Cotton Balls - Untuk cuci tali pusat nanti. Sangat banyak di tempat kerja saya.
5. Nasal Aspirator - Tak tau perlu ke tak. Kalau perlu g beli je nanti. Kat Jusco pun ada jual
6. Bathub - Beli di kampung hubby. Kedai biasa-biasa je. No brand. RM15.90
7. Minyak - Untuk elak kembung, sapu kat baby. Saya beli di Mydin jenama mestika RM5.50, satu lagi beli di kedai area rumah saya je. Jenama Cap Lang RM 4. Awal dulu nak guna yang Minyak Yuyi, lepas macam-macam isu, terus cancel.
8. Thermometer - Belum beli. Nanti baru beli.

9. Nail clipper - Nanti baru beli.

Itu saja untuk baby grooming, bathing. Ada beberapa list lagi. Moga sempat saya review before admit hujung bulang ni. InsyaAllah. Doakan saya.

Wednesday, February 6, 2013

Checklist baby : Baby clothing

Salam..
Jom update pasal baju baby lak. Last week dah update pasal Feeding. Macam entry lepas saya edit mana yang perlu je. Mana yang saya rasa tak sesuai saya delete, dan tambah mana yang perlu. Ada je yang cakap kat saya, tak yang beli banyak nanti orang banyak bagi. Huhu.. Takkan la kat anak sendiri nak harap dan tunggu orang bagi. Baik beli je. Kalau orang bagi, alhamdulillah rezeki anak.

1. Short Sleeve / Long Pants - total ada 10 helai buat masa sekarang. Harap-harap cukup la untuk baby nanti. Saya campur yang kain cotton dan yang baju jenis kain lubang-lubang tu. Tak tau berapa helai yang perlu. Ni pun main ambil je beli bila nampak murah. ada yang beli kat Mydin, Baby expo, Manjaku. saiz berbeza-beza. NB ada 4 helai je rasanya. Lain-lain banyak 3-6 months. Saya beli yang memang 1 set seluar baju. Harga lebih kurang RM10 - 15 sehelai.

2. Long sleeve / Long Pants - 4 helai je yang ada. Saya terfikir kan keadaan cuaca yang panas. Ingat tak nak beli je. Kalau baby sejuk nak bedung je tapi tak ada langsung tak boleh gak. Sudahnya beli 4 helai je la. Sama juga cam short sleeve, saya beli set sekali seluar baju masa sale dan harga lebih murah.

3. Rompers - Ini la yang saya paling suka beli. Nampak je kat kedai, FB fanpage tangan gatal je nak ambil. Dari dulu lagi berkenan sungguh dengan rompers ni. Sudahnya total ada 19 helai. Aneka saiz dan rupa. Beli masa baby expo 9 helai dan Kenanga Wholesale 10 helai. Sambar sampai 10 helai sebab RM5/pcs. Jenama biasa-biasa je la. Yang dekat expo brand Carters.
RM5/pcs
4. Mittens & Booties - total beli 6 helai. Beli di baby expo, Manjaku. Tak rasa nak beli banyak pun sebab nak bagi pakai sampai 3 bulan je then biar baby explore. Lepas tu bagi pakai socks je.

5. Binder / barut - yang ni ada 12 helai cousin bagi. MIL pun kata nak jahit bagi nanti. Save di sini.

6. Baby Bib -  Masa kat Kenanga Wholesale saya nak ambil sebab RM5 je sehelai, hubby cakap nanti dulu la. Tunggu baby dah start makan baru beli.

7. Legging - Ni pun dok berkira-kira nak beli. Bila nampak je nak ambil mesti ada je penyebab tak jadi ambil. Sudahnya sampai sekarang takde sehelai pun legging.

8. Socks - Ada 4 helai, dapat masa beli rompers. Perlu tambah lagi tapi tunggu baby besar sikit baru nak beli. Buat masa sekarang cukup dah.

9. Boonet - Ada 1 je tu pun beli masa expo sekali dengan mittens, booties

10. Shoes - 1 je beli tu pun sebab nak buat props maternity photoshoot.

Setiap kali membeli saya masukkan dalam file excell yang ada dalam laptop ni. Kalau nak tunggu sekaligus masukkan memang tak ingat la harga semua berapa.



Masa 28 weeks dah start mendobi semua baju baby, lampin, blanket semua. Konon nak pack dalam beg. sudahnya masa 33 weeks baru packing bag.


Friday, May 4, 2012

rompers

Salam..
Lately sangat geram melihat rompers dan baju baby especially dress
yang bergantungan bila lalu lalang di mall dan uptown.
Memang tak dapat menahan untuk grab.
Nasib la banyak anak sedara dan cousin yang below 1 years.

Malam minggu baru ni jalan-jalan ngan hubby di uptown.
Nampak rompers murah-murah.
Terus grab untuk Harith.
Kebetulan memang lum beli apa2 kat Harith.
Beli cap juga {^__^}


Then akak yang jual tu suruh pilih sepit rambut. Dia cakap free.
Tak tahu nak bagi kat sapa. Sumayyah atau Mia.
Tak pun beli lagi satu, dua-dua dapat.


Juga terbeli ini untuk Sumayyah dan Mia

Nanti Mak Long / Mak su bagi ye.

Untuk Sumayyah saya di panggil Mak long sebab saya anak sulung.
Sumayyah anak cousin saya.
Mia lak saya di panggil Mak su sebab hubby anak bongsu.
Mia anak kakak hubby.
Sampai tersasul saya.

Tak sabar nak gomol budak berdua ni ^___^

 Nur Mia Sara

Saturday, March 31, 2012

Newborn

Salam..
Newborn on March ^__^ Semuanya Boy.

 
Baby Kak Syam
Muhammad Fayyadh Harith
150312



Baby Kak Sha
Ahmad Rayyan Fakrullah
180312

Anak sedara baru :)
nama belum letak
270312

Wednesday, September 21, 2011

mereka berbadan dua



salam..
minggu lepas memang minggu di mana saya menerima berita
mengandung je..
oooppsss.. bukan saya yang mengandung..
3 insan yang rapat dengan saya..
1 - maksu, kawin november last year.
2 - farid, bestfriend, teman sekerja saya. kawin  february this year.
3 - shida , bestfriend, teman sekerja juga. kawin last 2 year. 1st time pregnant.

OMG.. seriously.. i'm so happy bila diorg msg saya berita ni..
persamaan mereka, semuanya mengandung anak sulung dan usia kandungan 2 bulan..
^___^
tak sabar nak menunggu rezeki saya pula..
insyaAllah.. semua yang rapat dengan saya mendoakan.

tapi masa pergi check up dengan doktor tulang, ada pesan kat saya, kalau boleh jangan pregnant lagi.
biar kaki saya betul - betul kuat dulu.
tambah pulak tulang peha yang patah. tulang peha tulang yang terkuat sekali dalam badan manusia.
ambil masa yang lama untuk betul - betul sembuh.
takut nanti bila pregnant kaki tak dapat support badan saya.
mudah untuk jatuh..
huhuhu.. sudah bincang ngan hubby. dia pon ckp ok.
asalkan tak mudaratkan kesihatan saya dia setuju.
thanks sayang ^__^
kawan saya ada cakap ''rilex miza, hang ngan laki hang dua - dua muda g, lagipun korang baru kawin''
erkk.. hahahaha...


p/s - hari ni jadual fisio. mari bersenam ~

gambar ihsan dari google

Friday, August 19, 2011

comelnya



tau korang dah tengok gambar ni merata - rata dan lama dahulu
tapi nak letak gak.. :)
sebab gbr SMS pakai bju merah & baby mmg sy dah tgok lagi satu tu belum.
gbr SMS, Dr Halina & baby (apekah namanya, lupa..) dengan menyanag kaki serius comel..
comel amat sampai berangan nak shoot cmni gak..
hahhaha.. pregnant pon blum macam - macam angan mat jenin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...