Saya pernah cerita kisah saya beli photobook (PB) di ENTRI INI, kisah di mana saya beli di groupon buat pertama kalinya. Kira first time experience la, sebab first timeyang sampai kat saya kurang 20 pages padahal beli 40 pages. Bila buka application PIXAJOY, yang ready made ada 20 pages. Di sebabkan kali pertama, saya masukkan gambar pada 20 pages tu SAHAJA. Sekarang ni bila tengok balik baru perasan, eh boleh tambah pages jadi 40. Lepas tu terfikir kot kena extra cas. Saya call PIXAJOY, dan katanya kalau beli 40 pages, kena tambah page sendiri sampai 40. Kalau kita buat takat 20, maka print takat 20 je la. Tak ke rugi 20 pages dahulu???
Pendek cerita, tahun lepas saya beli lagi 3 PB di Groupon dan hajat nak compile gambar Anas Syauqi dari lahir dan gambarnya masa newborn photoshoot. PB pertama kejap je setel, guna gambar masa newborn potraiture. Yang tu memang saya dah siap pilih mana yang the best letak dalam folder untuk screen saver laptop. Masa tu kat groupon ada 100% diskaun. Harus la rembat, benda percuma kan? Bayar duit shipping je, RM8 kot kalau tak silap. Dah benda free, jangan berangan la nak hebat-hebat. Ni je yang dapat.
- Product: 6" x 6" Mini Square Softcover
- No. of pages: 40
- Paper: 190gsm Photo Lustre Paper (no paper upgrade option)
6x6 softcover PB |
- Single Window Die-Cut hardcover photobookSize: 8.5" x 11" landscape
Page: 40 pages
Content paper: 150gsm art paper
Cover: tinsel shine or buckram + front picture with gloss or matte lamination
Atas - PB kedua. Dari lahir hingga 3 bulan |
Yang sambungan 4 bulan dan ke atas masih dalam pembikinan. Tak tau bila nak siap tapi memang kena cepatkan buat takut voucher tu expired. Rugi duit. InsyaAllah akan di update disini kalau dah siap PB itu. Hajat sekarang nak beli lagi PB, nak letak gambar-gambar kami berjalan-jalan. Nak beli senang je sebab banyak discount. Dekat email pun Pixajoy ada hantar promosi cuma nak buat tu la kena fikir banyak kali.
best nya....!!!!!!!!
ReplyDelete