Friday, January 24, 2014

Photobook Anas Syauqi

Salam..
Saya pernah cerita kisah saya beli photobook (PB) di ENTRI INI, kisah di mana saya beli di groupon buat pertama kalinya. Kira first time experience la, sebab first timeyang sampai kat saya kurang 20 pages padahal beli 40 pages. Bila buka application PIXAJOY, yang ready made ada 20 pages. Di sebabkan kali pertama, saya masukkan gambar pada 20 pages tu SAHAJA. Sekarang ni bila tengok balik baru perasan, eh boleh tambah pages jadi 40. Lepas tu terfikir kot kena extra cas. Saya call PIXAJOY, dan katanya kalau beli 40 pages, kena tambah page sendiri sampai 40. Kalau kita buat takat 20, maka print takat 20 je la. Tak ke rugi 20 pages dahulu???

Pendek cerita, tahun lepas saya beli lagi 3 PB di Groupon dan hajat nak compile gambar Anas Syauqi dari lahir dan gambarnya masa newborn photoshoot. PB pertama kejap je setel, guna gambar masa newborn potraiture. Yang tu memang saya dah siap pilih mana yang the best letak dalam folder untuk screen saver laptop. Masa tu kat groupon ada 100% diskaun. Harus la rembat, benda percuma kan? Bayar duit shipping je, RM8 kot kalau tak silap. Dah benda free, jangan berangan la nak hebat-hebat. Ni je yang dapat.
  • Product: 6" x 6" Mini Square Softcover
  • No. of pages: 40
  • Paper: 190gsm Photo Lustre Paper (no paper upgrade option)
6x6 softcover PB
PB ni siap bulan lepas (Disember). Setiap page letak satu je gambar sebab size kecik. Letak banyak-banyak nanti cinonet lak pic tu jadinya. Setel PB newborn potraiture, sambung buat compilation gambar Anas since lahir. Yang ni memang stress buat. Nak cari gambar, folder pic Anas memang banyak. Nak letak tarikh, nak susun mana yang dulu. Memang berjanggut la buat dan tak boleh ada gangguan masa buat ni. Saya lak buat masa weekend je. Dengan si Anas ganggu memang susah la. Sudahnya usung ke tempat kerja buat setiap Jumaat masa rehat panjang. Akhirnya siap juga. Sebab banyang sangat PB ni ada gambar dari Anas lahir hingga umur 3 bulan. Pb yang kedua ni saya beli 2 sekaligus. Harga RM59 x 2. Free shipping ke semenanjung Malaysia.

  • Single Window Die-Cut hardcover photobookSize: 8.5" x 11" landscape
    Page: 40 pages
    Content paper: 150gsm art paper
    Cover: tinsel shine or buckram + front picture with gloss or matte lamination
Atas - PB kedua. Dari lahir hingga 3 bulan





Pb yang kedua ni saya lebih puas hati banding yang pertama. Saiz lebih besar, Binding lebih kemas, cover lebih cantik dan tidak cepat rosak. Benda yang berbayar mesti lebih baguus dari percuma kan?

Yang sambungan 4 bulan dan ke atas masih dalam pembikinan. Tak tau bila nak siap tapi memang kena cepatkan buat takut voucher tu expired. Rugi duit. InsyaAllah akan di update disini kalau dah siap PB itu. Hajat sekarang nak beli lagi PB, nak letak gambar-gambar kami berjalan-jalan. Nak beli senang je sebab banyak discount. Dekat email pun Pixajoy ada hantar promosi cuma nak buat tu la kena fikir banyak kali.

1 comment:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...