Friday, March 28, 2014

Review : Turbo chopper


Saya beli pada Januari lepas, minta makcik saya yang dah jadi ahli Tupperware belikan. Kenal benda ni dari FB, FB yang saya follow untuk rujukan masakan home made food untuk Anas. Survey kat google, baca review pengguna dan jatuh hati. Alhamdulillah, berbaloi duit yang saya laburkan untuk membeli. Memang mudah. Tak perlu letrik atau bateri. Guna tenaga tangan je untuk kisar. Umpama guna lesung batu la tapi versi moden. Yang penting tak payah guna air. Senang kalau travel, balik kampung. Sebelum ni saya guna blender, nak guna sikit je bila masak, kena letak air banyak baru boleh blend pastu banyak lekat kat dinding body blender je. Sekarang kalau pergi bercuti ke balik kampung ke saya usung turbo chopper ni je. Jom la beli. harga lebih kurang RM100 je
chop bawang untuk tumis

Wednesday, March 26, 2014

wordless wednesday


**PIC FROM GOOGLE

Tuesday, March 25, 2014

Akaun tabung haji

Kami sekeluarga dah ada akaun tabung haji. Saya zaman sekolah dulu dah pernah buat tapi akaun tak aktif. Hubby pula memang tak pernah ada akaun. Asalnya nak buka akaun untuk FIL, dah alang-alang pergi, buka sekali akaun kami 3 beranak. Boleh buka akaun dengan serendah RM10. Prosedur mudah je. Tak sampai 30 minit pun selesai urusan kami. Cuma tak boleh nak daftar haji lagi. Nak daftar haji kena ada rm1200 dalam akaun. Untuk Anas, dapat tabung. Maka kumpul la kami tabung-tabung di rumah. Ada 4 dah kot tabung Anas. Mari menabung.

Gambar dari GOOGLE

Thursday, March 20, 2014

upah orang kemas rumah

Tajuk entry nampak sangat macam malas kan? Setakat basuh, sidai, lipat baju, kemas rumah memang boleh buat dan hari- hari pun buat tapi ni untuk cuci tingkap, kipas, sawang, cuci tandas, mop lantai satu rumah memang tak mampu nak buat. Selalunya weekend memang tak ada kat rumah. Pergi kenduri la, balik umah mertua la, shopping la. Sampai rumah kemas la juga rumah tapi tak semua la buat. Dah sapu, mop, tingkap tak cuci. Dengan anak kecik yang aktif tolong mengemas sama memang tai settle la nak buat semua benda tu.

Camna leh kuar isu nak upah orang? Sembang-sembang dalam group whatsapp yang mak-mak budak ni nerungut la kerja rumah banyak. Tak mampu nak buat. Weekday sampai rumah dah maghrib , yang wajib nak buat urus EBM, kain baju Anas untuk esok, sterile botol susu, botol EBM. Tak sempat nak cuci tingkap, tandas. Kawan-kawan dalam group suggest ambil cleaner untuk cuci. Tanya hubby, mula-mula dia tak setuju, katanya dia boleh buat tapi saya kesian jugak dekat dia. Weekend nak rehat, nak buat kerja rumah lagi. Weekday memang dah letih.

Bila hubby dah setuju saya pun call agen servis tu. Dah dapat info yang perlu, maklum pada hubby dan pilih hari yang sesuai. Call semula agen tu. Set deal ahad pagi, 8.30 pagi (5jam), seorang wanita muslim (indon) dengan cas RM55. Ahad pagi tu tepat 8.30 pagi sampai depan rumah. Namanya Linda, Saya beritahu nak buat apa dan dia terus mula buat. Barang semua kena sedia sendiri. Pencuci lantai, Sabun, kain, baldi, mop, surat khabar.

1.30 petang tepat, habis semua kerja. Yang di buatnya, cuci kipas siling, sawang, tingkap, sapu, mop lantai dan cuci bilik air. Dah habis semua dia rushing nak turun sebab van dah tunggu. Makanan pun tak sempat makan, air pun saya paksa minum. Saya check balik lepas tu nak kata 100% puas hati tak la. Tingkap dah tak berdebu tapi nampak la kurang bersih. Sawang yang besar-besar dia buang, yang dekat frame gambar tepi keliling tak buang pun. Lantai bersih, tak berdebu. Yang paling saya suka dapur, sebab saya selalunya sapu dan cuci dapur gas je. Linda pulak dia kosongkan rak pinggan, cuci tingkap, tukar kotak pelapik dapur gas dapur, mop. Tong gas pun dia angkat dan cuci. Happy sangat tengok dapur kemas dan bersih. Nampak sangat perbezaan banding dengan sebelum ni. Kesimpulannya saya rasa berbaloi bayaran dengan servis diberi. Hubby pun puas hati. Nak tunggu kami suami isteri nak buat, jangan kata 5 jam, 2 hari pun belum tentu dapat buat kerja macam dia buat. Hubby cakap, bulan depan boleh panggil lagi.

Thursday, March 13, 2014

Penjagaan gigi si kecil

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih - kecoklatan).

Cara memberus gigi anak anda
  • Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
  • Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
  • Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
  • Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
  • Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
  • Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
  • Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
  • Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.
Anas tumbuh gigi pertama masa umur 7 bulan, tumbuh sekali 2 batang di bahagian bawah. Kemudian tumbuh lagi 2 di bahagian atas. Sekarang di usia 1 tahun Anas dah ada 6 batang gigi. 4 belah atas, 2 belah bawah. Saya mulakan penjagaan gigi Anas sejak Anas berusia 4 bulan. Masa tu cuci gusi, lidah dengan kain je. Saja nak biasakan Anas. Bila dah tumbuh gigi saya beli berus silikon seperti gambar di bawah ni. Beli 2, satu guna kat rumah, satu lagi di rumah mak saya.

Setiap kali mandi akan gosok gigi Anas. Mula-mula dia gigit jari saya tapi lama - kelamaan dah jadi kebiasaan. Bila sarung je kat jari dia akan jelir lidah siap-siap. Sekarang saya gosok gigi, gusi dan lidah. Masa mandi tu saya pun akan gosok gigi sekali. Biar dia tiru perbuatan saya tu. Tak  nak la bila dah sekolah nanti jadi malas nak gosok gigi.

Rancangan akan datang nak bawa Anas jumpa dentist. Sebenarnya sekali pakej dengan mama la. Mama nak g cuci gigi, sekali usung Anas jumpa dentist.

Monday, March 10, 2014

Sambutan Hari Lahir Anas Syauqi

Tarikh : 1/3/2014
Hari : Sabtu
Masa : 5-7 petang

Majlis bermula selepas Asar dengan bacaan doa dan tahlil. Kemudian upacara potong kek dan majlis bermula. Selepas Maghrib majlis tamat.
Persiapan untuk majlis ni kami mulakan seawal sebulan dengan saya list down barang-barang keperluan.

OP
Kami hired Krypictures Hanya ambil shoot and burn. RM250. Lepas 4 hari majlis dapat dah softcopy. Alhamdulillah senang berurusan dengan mereka, tak berkira, banyak idea. Hubby pun senang dengan mereka.

Kek
Mulanya order dengan seller yang selalu tempah. Tak de minta quotation, terus hantar pic kek yang nak, inform flavour dan date nak kek. 3 hari sebelum majlis dapat msg, dia tak dapat nak prepare kek, ada masalah. Sudahnya tengah hari tu beli kek Secret Recipe je. Tak banyak pilihan pun. Amik je la yang flavour yang ada. RM87 (+ tax)
cake stand - potongan kayu koleksi sendiri
Lokasi
Rumah parent saya.

Khemah
Rumah parent saya ruang tamu sempit. Nak mudah sewa khemah sebijik. Sewa khemah + kipas sahaja. Kerusi meja guna mak cik saya punya. RM150, ayah saya sponsor.

Menu
Bihun goreng, pulut kuning, bubur, nasi putih, kari daging, roti benggali = RM100 (mak saya masak)
Laksa beras = RM50 (homemade by MIL)
Cream puff 100 biji, kek polkadot 60 biji = RM 70 (order dari kawan)
Salad buah 
Sweet, Candy, belon = tak ingat harga

Backdrop
Idea amik dari google.
Kain belakang, skirting meja sewa = RM50
Gambar - koleksi sendiri. Print 50sen sekeping
penyepit kayu - 2x3 dozen RM2.50
carpet - koleksi sendiri


Guest Book 
GB - RM2.20 (beli kat stationary)
photobook - koleksi sendiri
Frame + pic - koleksi sendiri


Jemputan
Saudara dan teman rapat. Lebih kurang 50 pax

Banyak kekurangan pada majlis ini. Pertama kali handle majlis camni. Badan memang letih. Rasa tak cukup kaki tangan. Terima kasih banyak-banyak pada keluarga saya yang banyak membantu. Mujur la Anas tak buat perangai sebelum majlis, cuma masa majlis dia memang tak beri kerjasama. Langsung tak senyum. Moody je. Kurang tidur agaknya. Makanan pun banyak yang lebih, saya order semua untuk 50 orang. Selepas ni perlu kurang kan lagi. Ye la, tak kan semua 50 orang nak makan semua jenis makanan kan? Tapi bila fikir balik, lebih baik lebih dari tak cukup.

OP bagi pendapat, banyakkan belon, baru nampak macam birthday. Belon kami gantung je. Tak de pun sepah-sepah kat lantai. Dalam rumah je ada sepah tapi majlis luar rumah kan. GB ramai tak tulis. Lupa nak ingatkan tetamu tentang GB. Tetamu sampai terus ke meja makan. Meja GB ke dalam. Deco GB corner ada kurang. Lupa nak bawa canvas. OP ada tanya tentang tu.

Itu lah tujuan saya catat di sini, supaya saya ingat untuk majlis akan datang. Terima kasih pada saudara dan rakan yang hadir. Juga kepada yang memberi hadiah dan wang. Alhamdulillah murah rezeki Anas Syauqi.



Thursday, March 6, 2014

Check up Anas Syauqi 1 tahun

Anas Syauqi dah pergi check up 1 tahun. Appointment petang tapi kami pergi tengah hari. Mulanya plan nak pergi awal pagi tapi ada kecemasan. Tengah hari baru senang. Best jugak pergi tengah hari, ada 3 orang je. Tak yah tunggu lama cuma JM di kaunter agak biadap. Luckily saya bukan mood meroyan nak balas balik atau maki, so saya ignored je. Hubby yang extra temper. Buka baju segala bagai, hasilnya :-

Berat : 8 kg (naik 100 gram je)
Panjang : 74 cm (naik 4 cm)
BMI : 14.6 (atas line kuning)
Lilitan kepala : 45 cm (normal)

SN yang interview slow motion je. Mengantuk rasa nak tunggu dia abiskan check up. Soft spoken je. Perkembangan semua ok. Kena datang semula lagi 3 bulan. Kemudia pergi cucuk MMR.
Yang saya perasan KK ni tak de rujuk Anas untuk gigi  pun. Pernah tanya hari tu sekali, katanya kena pergi sendiri klinik gigi (bangunan lain) kalau nak doktor cek gigi anak.

Perkembangan Anas Syauqi

  • Berdiri dengan sendiri
  • Berjalan 2-3 langkah
  • Sebut taaa--taaaa--
  • Nak makan apa yang kita makan
  • Boleh lambai, tepuk tangan
  • Nak makan bersuap tangan, tak nak dengan sudu
  • Masih breastfeeding dan makan homemade food tanpa gula, garam dan perasa tambahan
on the way nak p KK
 p/s : masih merangkak, mencari waktu menaip entry kisah birthday party Anas Syauqi

Monday, March 3, 2014

Review Novel : Dekatnya Cinta

Novel ini datang dalam 2 versi. Hardcover dan soft cover. Saya pilih yang soft cover je sebab yang penting isi nya kan bukan kulit :) Novel Aisya Sofea biasanya tidak pernah mengecewakan. Tambahan pula kali ni kisah sambungan Adam Hawa. Saya memang dah baca novel Adam Hawa dan menonton versi drama bersiri di Astro. Mesti nak tahu apa yang jadi pada mereka. Selepas membaca saya rasa teruja untuk mengetahui penamatnya.

Sinopsis

Ain Hawani menyambung pelajarannya dengan keizinan suaminya Adam Mukhriz dengan syarat tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Malangnya Ain tidak dapat mengatur hidupnya sebagai pensyarah, isteri, ibu dan juga pelajar sehingga urusan rumahtangga tergugat. Tambahan pula, setiausaha Adam di pejabat sentiasa menjaga makan minum Adam dan Arissa ketika Ain ke kelas. Ain terus leka dengan dunia kuliahnya. Ke kelas gantian, projek, thesis, perbincangan kumpulan dan menyebabkan mereka kerap bertengkar. Hinggalah Adam melafazkan cerai berikutan salah paham apabila ternampak pensyarahnya 'memberi' bunga kepada Ain. Bermulalah kehidupan mereka selepas penceraian dengan Arissa sebagai penghubung.

Rating saya bagi 4.5/5. Memang berbaloi menyimpan dan membaca. Peminat novel tegar harus membacanya, tambahan pula penulisnya memang dah ada 'nama'.

Saturday, March 1, 2014

Anas Syauqi turns one

Alhamdulillah...
1 Mac 2014, genaplah umur Anas 1 tahun. Pelbagai ilmu baru yang kami suami isteri dapat selama setahun ini. Semuanya berjalan lancar. Niat saya hendak breastfeeding Anas sehingga 2 tahun sudah separuh perjalanan. Alhamdulillah, walau banyak dugaan, kami berjaya harunginya.


Anas Syauqi
Thanks sayang..
Mama dan ayah belajar banyak 
perkara baru dengan kehadiran Anas.
Even, kadang-kadang kesabaran
menipis tapi dengan melihat
muka dan senyuman Anas
semua kesulitan hilang.
U r precious gift from ALLAH to us.

U are my little cutie pie without seeing you every day i will die.
Happy birthday to the most
Adorable one year old boy.

Best regard,
Mama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...