Showing posts with label bercuti dengan anak kecil. Show all posts
Showing posts with label bercuti dengan anak kecil. Show all posts

Monday, August 13, 2018

Jalan-jalan Penang 2018 - Day 1 - Glow Hotel

Day 1
5/8/18 - Ahad

Belanja hangus 😅

Hotel : RM287.39 (3H 2M)
Tol Jambatan : RM5.60
Cas pelancong : RM4
Dinner : RM18


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Adhock plan namanya kali ni. Plan pun last minit je. Kebetulan memang nak cuti 6/8/18 sebab Anas Auni tak de sapa jaga. Mintak husband sekali ambil cuti. Rasa cam lama sangat tak cuti panjang rehat-rehat. Bajet tak banyak, dalam rm300 je. Nak senang ambil hotel kat Penang je. Mula² plan nak stay Batu Ferringhi tapi untuk 2 malam hotel yang ada pool semua over bajet. Tukar plan ambil hotel area Georgetown je. Jumpa la hotel under bajet kami dan ada pool. Guna kod Traveloka dapat lagi murah. Boleh la sekali kan dengan breakfast. Saya request untuk bilik katil queen instead 2 single bed.



Ahad 5/8/18 saya ada event di Komtar dari 11 pagi. Plan ngan husband untuk terus gerak ke hotel dari situ je. 1 petang, husband ajak check in. Dia dah bosan di event saya hadiri tu. Kami tau waktu check in 3 petang tapi just try our luck. Nasib kami baik, boleh terus masuk bilik. Cuma towel je kena tunggu 5 petang baru dapat. Proses check in sekejap je. Tak de orang pun. Ada 2 staf. Tunjuk details booking dan saya kena cbuat pengesahan yang saya book untuk 2 malam dan request katil queen. Lepas sahkan semua tu, kena bayar deposit RM100 dan cas RM2/malam untuk kerajaan negeri Penang. Kena inform nombor plat kereta. Kereta boleh park depan hotel atau belakang. Depan hotel limit sangat. First come first serve. Lobi hotel menarik. Design modern. Sofa dengan bantal colourful dan lukisan dinding.


Bilik kami tingkat 2. Boleh naik guna lif atau tangga. Lif kecil je. Muat 6 ke 8 orang je. Kami berempat masuk dengan luggage pun dah full. Nak ke tingkat bilik kita kena scan kad baru lif gerak. Masuk bilik, ada welcome gift atas katil, lolipop. Anas Auni paling seronok tengok lolipop. Husband nak rest, saya bawa budak² turun melawat pool area. Tadi masa naik tak nampak pun signage pool. Tanya staf kat luar katanya pool tingkat 1. Kecil je pool menghadap bar, gym dan kafe. Dalam bar ada play area. Bagi Anas dan Auni main kat play area. Belajar la mereka main congkak, dam, monopoly, chess dan banyak lagi mainan. Dah puas main, saya ajak turun ke lobi guna tangga. Rest jap kat kusyen situ. Pergi reception minta sejadah. Masa awal tadu husband call nak sejadah, dia suruh ambil di kaunter. Kata staf kaunter, mereka akan hantar ke bilik.


Lepas solat, husband bawa Anas Auni mandi pool. Saya memerhati je dari tepi. Masuk gak la gym try alat walaupun berkaki ayam. Lupa bawa sport shoes. Lepas 15 minit ajak semua naik. Budak² belum tidur, nanti malam mengamuk lak. Masuk bilik bagi makan then paksa tidur. Husband lak keluar cari makan lepas anak² tidur. Memang lapar sebab pagi tadi makan 10 pagi. Housekeeping datang hantar towel. Towel warna kuning. Biasa stay hotel towel putih. Towel lusuh dan koyak² bahagian hujung. Lepas Maghrib keluar cari makan. Husband google, mula nak cari Roti Canai Gemas Road. Dah sampai tutup. Check sekali waktu operasi, Isnin pun tutup. Selasa la nak try kalau sempat. Terus gerak cari kedai pilihan kedua Nana Tomyam.

Play area di bar hotel

Ikut Google Maps je dan jumpa Nana Tomyam. Parking area kedai tu je. Lepas 6 petang parking free, tak perlu kupon. Dan sila park dalam kotak parking kalau tak nak saman dengan MBPP. Kami order nasi putih 3, tomyam campur, sotong masak halia dan telur dadar. Pekerja masak depan tu je. Memang nampak cara masakan dan penyediaan. Cepat walaupun kedai full house. Sedap ke tak? Saya yang dah biasa rasa masakan orang Kelantan / Thailand, rasa sama je. Kena dengan tekak dan selera. Tomyam agak pedas. Telur sangat garing dan berminyak. Lepas makan ingat nak jalan-jalan area padang kota. Dah sampai, laluan depan laut sesak. Pusing patah balik hotel.
View dari reception hotel


Review saya berkenaan Glow Hotel (tak dibayar, jujur sebagai pengguna)
  1. Kemudahan yang di sediakan dalam bilik. LCD TV, telefon, plug banyak, air mineral, kettle bersih, 2 mug, nescafe, teh boh, sugar dan creamer. Sabun mandi wangi, shampu dan hand soap siap dalma botol. Tak boleh bawa balik. Amaun banyak. Pakai la sampai habis pun. Towel kuning tepi² koyak² sikit. Almari dan hanger. Peti besi, selipar, fridge. Depan katil ada ruang boleh tidur lagi 3 orang, muat la nak solat. Meja solek dan alamari juga ada.
  2. Bilik tak kedap bunyi. Boleh dengar orang luar bilik bercakap dan lalu lalang. Bilik guna air cond sejuk sungguh. Bantal 4 biji sangat empuk.
  3. Kemudahan hotel, pool, bar, gym, play area, bar dan cafe
  4. Hiasan di lobi cantik, fresh dan modern.
  5. Parking limited. Boleh je park tepi dan belakanh hotel tapi atas risiko sendiri. Depan hotel lebih selamat.
  6. Banyak gerai makan sekitar hotel. Kebanyakkannya kedai chinese. Happy mart ada depan hotel. Buka 24 jam. 

Sunday, December 31, 2017

Coretan 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari terakhir 2017, rasa nak coret apa yang terjadi sepanjang tahun ni buat kami.


Januari - Tahun ke6 perkahwinan. Celebrate dengn dinner dan kek saja.


Februari - husband kemalangan. Pasang sendiri wallpaper kat living hall. Dinner kat Royale Bintang, hadiah menang contest.

Mac - kenduri kesyukuran masuk rumah baru dan sambutan hari lahir Anas (4 tahun) Auni (1 tahun). Check in hotel dapat dari menang lucky draw.


April - pergi Hatyai, Thailand dengan kereta sendiri. First time bawa Anas Auni main bowling. Wedding cousin.


Mei - bawa Anas auni mandi di The Carnival, SP, tengok superhero kat ecoworld


Jun - Ramadhan, buat white studio photoshoot.

Julai - Raya, open house sana sini. Makan shell out dor the first time. Dinner Hospital di Ixora


Ogos - bercuti ke pantai timur. Pertama kali ke Pulau Perhentian. Bawa Anas ke MBI Kulim tengok stague kartun favourite dia. BFF.



September - Pertama kali join aktiviti kesihatan. #anakanakmalaysiawalk di Eco World. Servis kereta


Oktober - bercuti di Selangor masa birthday saya. Pergi GM Klang, Padi Box, Sky Mirror dan Avani Sepang. Pasang autogate. 3 event walkathon join bulan ni.

November - Join Bendang walk, pergi Taman Belia


Disember - sambut birthday husband dengan check in hotel Gurney 2 malam. Jelajah The Top, Komtar, husband join fun run PDRM, saya jaga anak². Untuk rumah, kami upah orang untuk buat tembok kiri kanan rumah.

Monday, November 13, 2017

Sky Mirror


Assalamualaikum dan salam.sejahtera.

Masa plan nak bercuti di Selangor, saya blogwalking mencari destinasi menarik sekitarnya yang unik dan jarang². Tak nak la pagi Sunway Lagoon ke Gambang ke shopping mall. Itu dah biasa sangat. Then masa survey nak stay kontena mana, terjumpa tentang sky mirror di website Padi Box. Tengok gambar cun. Terus saya contact person in charge tanya tentang itu. Tetapi si dia kurang mahir komunikasi english dan Malay. Lain saya tanya lain yang jawab. Banyak yang dia reply wording chinese ke mandarin tak tau. Saya pergi google translate pun lintang pukang maksudnya. Masa tu banyak persoalan di fikiran saya berkenaan sky mirror.


Di sebabkan tak nak salah paham, saya blogwalking. Tak ramai melayu yang pernah jejak kaki ke sini. Tapi dari beberapa orang yang dah pergi saya dah faham. Sky mirror cuma ada ketika air surut. Kena pergi tempat berkenaan sebelum air surut. Masa tu posing la camna pun. Pastu kena tunggu air pasang baru leh balik. Ada tarikh² tertentu sahaja untuk pergi ke sana. Ada beberapa agen yang kendalikan trip ke sana. Dan harga berbeza sikit.

Saya list harga yang saya dapat.

Agen A
adult rm80 (age 12 and above)
Kid rm70 (age 3-11)
*Kids below 3 free

Agen B
adult rm70 (age 12 and above)
Kid rm55 (age 3-11)
Rm10 (below 3)

Agen C
Mykad Holder - RM80.00
Mykid Holder - RM60.00


Nampak tak beza harga? Saya pilih agen B, Vivian namanya. Dia mahir berbahasa Inggeris dan melayu. Mudah nak komunikasi dan menjawab semua pertanyaan saya. Bincang dengan suami berkenaan plan kami ke sana. Pilih date yang sesuai dengan jadual perjalanan kami dan inform date. Dah confirm kena bayar booking. 3 hari sebelum Vivian message bagi location tempat berkumpul.


Hari berkenaan jumpa vivian di lokasi yang ditetapkan jam 10 pagi. Ramai kumpul di sini. Pergi lapor diri kat vivian dan vivian pas wristband yang kena pakai sepanjang tour. Wristband berfungsi sebagai ID yang kami ni team Vivian. Team Vivian pakai baju biru ada tulis Rainbow Sky Mirror. Kemudian drive ke jeti. Di Jeti park kereta ikut arahan orang di situ dan bayar RM5. Semua yang parking situ yang naik bot ngan vivian.


10.20 pagi bertolak dengan bot. Kami pakai selipar. Husband seluar pendek. Saya gigih pakai jeans. Mula tu dah sarung seluar lain tapi sedap jeans jugak. Mula-mula perjalanan bot ok. Lepas 10 minit bergelombang rasa isi perut dan kepala. Air merecik masuk jangan kata la, memang melimpah ruah. Tempat duduk saya memang basah. Bahagian kaki pun sama. Dalam bot ni kami sahaja melayu. Lain-lain chinese yang pakai short dan skirt pendek.


10.40 pagi sampai di lokasi. Ramai orang. Tak tentu arah kami nak buat apa. Anas Auni mula-mula menangis tak nak jalan. Kami shoot gambar satu keluarga. Nak gerak jauh takut hilang dengan grup kami. Salah seorang team agen panggil kami minta ikut dia ke lokasi. Katanya situ ambil gambar lagi elok dan mereka boleh ambilkan. Terus ikut dia sampai ke hujung. Memang tak de orang. Elok letak barang nak adjust anak², mula la ramai lalu situ. Bagusnya ejen kami semua berbaju biru lengan panjang dan ada tulis nama company mereka. Senang nak kenal. Sama macam kami kena pakai wristband untuk tahu datang dengan mereka.


Team Vivian ada la dalam 6 orang. Semua duk port masing² dengan posisi meniarap. Bwratur la kat tepi tu tunggu turn. Kami malas beratur. Shoot je ikut suka kami. Anas Auni demam memang tak bagi kerjasama. Auni masa awal je ok, lepas tu nak berdukung je. Anas, bila saya kata main la pasir dengan air tu, seronok la dia main. Panggil nak bergambar memang tak layan. Dah tak sihat, tak pe la. Ikutkan awal tu nak batalkan je tapi deposit memang tak dapat balik. Rugi la pulak kan.


Dekat sini tanah lapang berair. Air paras tapak kaki je. Berkaki ayam di sini. Asut semua kena tinggal dalam bot. Bawa air masak. Buang air siap² dekat jeti sebelum naik bot. Boleh bawa props sendiri. Saya tak sempat nak beli sebab suami demam seminggu sebelum trip. Vivian ada sedia sebakul props. Guna je. 12 lebih semua dah mula beredar. Naik bot diberi roti, nasi lemak, keropok dan air mineral. Bot menuju ke lokasi mana ntah. Ada yang turun. Ada toilet kot. Lama gak kat sini. Nak tanya pun tak de yang boleh komunikasi. Saya lak berat mulut dan kepala pening. Sudahnya pejam mata.

2.15 petang, bot gerak balik. 2.30 sampai jeti. Staf yang kerja dengsn Vivian bagus. Sentiasa membantu. Tolong pegang Auni masa saya nak turun naik bot. Vivian sambut depan bot. Bayar duit baki. Husband tukar seluar. Anas tidur, lapik dengan towel je. Baju seluar memang basah. Husband terus drive ke Padi Box. Di situ baru mandi, tukar baju.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...