Showing posts with label toddler. Show all posts
Showing posts with label toddler. Show all posts

Monday, July 9, 2018

Walk as one family


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ini event pertama join selepas sebulan berpuasa dan sebulan hari raya. Juga yang pertama selepas arwah tiada. Event ni adalah event yang saya ajak arwah dan suami join 1 team dengan kami. Join by group lebih murah. Biasanya memang kami ber4 satu group untuk jimatkan kos registration. Allah sebaik-baik perancang. Mulanya saya marah bila mereka suami isteri tak beri jawapan nak sertai atau tak. Biasanya cepat je mereka setuju. Rupanya Allah lebih menyayanginya. Kalaula mereka setuju? Macam mana saya nak serahkan baju pada suami arwah?


Ok, saya register event ni pada minggu terakhir sebelum close. Dengan harga RM37.50, baju collect sehari sebelum acara. Tu pun saya PM tanya organiser. Page Howei tak update tentang collection dan event page FB pun tak dak apa-apa update. Registration 5.30pagi. 5 pagi kami dah gerak dari rumah. Park depan meet point RM5 per entrance. Malas cari parking, masuk je la. Bayar guna kad touch n go. Lepas solat baru pergi register. Masa register dapat kad untuk di cop setiap check point. Dapat info 6.30pagi flag off tetapi 6.45pagi baru semua peserta di lepaskan. Kami gerak lambat sikit sebab tunggu husband ke toilet.


Ikutkan kad ada 8 check point tapi yang kami jumpa 5 je. Tak de skip jalan pun. Ada 1 check point yang ada van milo. Kami jalan santai-santai sambil tolak stroller. Nyenyak Anas Auni tidur. Langsung tak terkutik sampai la ke garisan penamat. Kami di beri roti, air mineral dan tiket masuk ke JurassiC Park untuk kanak-kanak. Lepas tu kena naik tangga jalan masuk ke dalam the Top untuk pengambilan medal. Tunjuk kad check point dan dapat medal. Lepas dapat medal terus balik. Tak tunggu pun sesi lucky draw. Dah masuk kereta baru Anas Auni bangun.







Tuesday, December 5, 2017

Food & Beverage Expo | Today Baby Expo



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari Ahad, hari terakhir berkesempatan menghadiri dua event di SPICE. Biasanya kami tak pergi la hari last tapi sebab nak collect hadiah dari menang giveaway food expo terpaksa attend last day. Parking masih percuma di bangunan bertentangan SPICE. Jauh la gak nak jalan masuk. Waktu collect hadiah 3petang. Sampai 3.15 petang, kami solat dulu. Lepas tu terus ke booth registration. Goodie bag dah lama habis. Pick up hadiah, snap photo dan terus jalan.


Manusia ramai. Susah nak jalan bila dengan stroller. Banyak yang berhenti tepi booth untuk rasa makanan dan berjual beli. Singgah booth makanan korea. Beli keropok adik pesan. Rupanya datang hari last harga turun banyak. Keropok dr RM13.80 tinggal RM10. Ada lain-lain makanan turun harga gak. Tak sempat tengok semua, ramai sangat orang. Anak-anak tak selesa.

RM5 untuk 60 gram. Ada booth harga RM6.
Dapat baucar rm2 untuk bext purchase
Lepas tu lalu booth Pocky, Anas nak Pocky lak. 5 kotak RM10. 4 kotak + box pun RM10. Husband nak yang box.

Rm10. Flavour boleh pilih. Box tinggal colour tu je
Next station stop booth Mamee. Anas gila kumpul key chain Mamee. Boleh pilih nak flavour mana. Malangnya yang biskut nak milk tapi dah sold out. Tinggal coklat dan seaweed je. Salesgirl bagi extra loose biskut yang milk. Keropok tak perasan yang stok lama tak de key chain. Mengamuk gak la Anas tengok tak da keychain.


Lepas habis round food expo, terus turun untuk Baby Expo. Sebab dah petang tak tahu masih boleh dapat goodie bag ke tak. Pergi juga tanya kaunter, katanya kena beli barang bawa resit baru dapat goodie bag. Tak kisah beli harga berapa pun.


Kami pergi depan pentas sebab ada mascot Merries. Lepas sesi tarian mascot ada soalan dari rmcee dan dapat hadiah. Saya cuba gak la jawab tapi jawapan salah. Last sesion emcee minta 3 parents naik pentas. Saya angkat je tangan nak join, tak tahu pun kena buat apa.



Rupanya susun puzzle. Itu memang dah selalu buat, selalu main puzzle dengan Anas. Saya yang pertama siap. Sebenarnya siap paling cepat ke lambat dapat je hadiah. Hadiahnya diapers merries ikut saiz yang susun kat puzzle. Saya dapat saiz M.


Lepas dapat hadiah, husband nak duduk tepi stage je jaga anak². Saya jalan cari benda nak beli. Saya nak beli pureen Baby Oil je. Sambar sekali head to toe. Masa bayar minta buat 2resit.



Then saya peegi booth registration. Dapat goodie beg dan sekali check point. Sikit je pun point. Datang expo ni tiap tahun, last year banyak beli tapi tak pergi tunjuk resit pun. Kemudian saya pas satu lagi resit untuk husband register.



Terus gerak balik. Harga biasa je. Drypers beli online murah lagi. Tapi beli kat sini dapat la hadiah. Itu yang best pergi expo. Tahun ni kecewa dengan goodie beg 😑


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...