Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, July 9, 2018

Walk as one family


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ini event pertama join selepas sebulan berpuasa dan sebulan hari raya. Juga yang pertama selepas arwah tiada. Event ni adalah event yang saya ajak arwah dan suami join 1 team dengan kami. Join by group lebih murah. Biasanya memang kami ber4 satu group untuk jimatkan kos registration. Allah sebaik-baik perancang. Mulanya saya marah bila mereka suami isteri tak beri jawapan nak sertai atau tak. Biasanya cepat je mereka setuju. Rupanya Allah lebih menyayanginya. Kalaula mereka setuju? Macam mana saya nak serahkan baju pada suami arwah?


Ok, saya register event ni pada minggu terakhir sebelum close. Dengan harga RM37.50, baju collect sehari sebelum acara. Tu pun saya PM tanya organiser. Page Howei tak update tentang collection dan event page FB pun tak dak apa-apa update. Registration 5.30pagi. 5 pagi kami dah gerak dari rumah. Park depan meet point RM5 per entrance. Malas cari parking, masuk je la. Bayar guna kad touch n go. Lepas solat baru pergi register. Masa register dapat kad untuk di cop setiap check point. Dapat info 6.30pagi flag off tetapi 6.45pagi baru semua peserta di lepaskan. Kami gerak lambat sikit sebab tunggu husband ke toilet.


Ikutkan kad ada 8 check point tapi yang kami jumpa 5 je. Tak de skip jalan pun. Ada 1 check point yang ada van milo. Kami jalan santai-santai sambil tolak stroller. Nyenyak Anas Auni tidur. Langsung tak terkutik sampai la ke garisan penamat. Kami di beri roti, air mineral dan tiket masuk ke JurassiC Park untuk kanak-kanak. Lepas tu kena naik tangga jalan masuk ke dalam the Top untuk pengambilan medal. Tunjuk kad check point dan dapat medal. Lepas dapat medal terus balik. Tak tunggu pun sesi lucky draw. Dah masuk kereta baru Anas Auni bangun.







Friday, December 15, 2017

PDRM Fun Run 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
9/12/2017 kami suami isteri join Event seperti di atas. Anjuran PDRM. Lama dah ada iklan berkenaan event ni tapi bila tengok harga, tak jadi nak join. Harga seorang RM70 dan cuma dapat baju, medal, goodie bag dan lucky draw. Seminggu sebelum event, kawan tanya nak join tak under company dengan bayaran RM20. Terus register kami suami isteri. Kawan tolong ambilkan baju dan sehari sebelum husband pick up baju.

Barang dalam goodie bag

Event pada tarikh birthday husband. Kebetulan memang kami di sana. Hujan dari petang bawa ke malam. Larian malam. Pertama kali join masa malam. Kereta parking depan Queensbay Mall. Jalan di tutup dan kami jalan kaki ke kawasan berkumpul. Masa kami sampai semua tengah warm up. Saya pergi collect wristband dan LED belon. Dekat wristband ada nombor cabutan bertuah.

Tak banyak gambar yang elok waktu malam

Sebelum pelepasan peserta ada pertunjukan bunga api. Auni takut, Anas seronok. Cuaca malam tu hujan renyai-renyai dan larian 7km, saya tak lari. Saya jaga Anas Auni bawah khemah dan husband saja yang lari. Larian dalam masa 2 jam. Husband berjaya tamatkan larian kurang dari 1 jam. Masa tu hujan dah reda. Saya bawa anak-anak tunggu di bahagian penamat. Ramai dah sampai. Yang tak lari pun ramai. Di finishing line staf tunggu untuk pemberian medal dan sijil. Air mineral juga di beri. Pada yang dah dapat medal akan di tanda bahagian wristband.

Saya tak lari tapi dapat medal? 

Selepas itu acara cabutan bertuah. Kami tak berapa dengar sangat announcement. Orang ramai dan bising. Terus gerak ke kereta nak balik. Nak bayar parking tunggu lebih 30 minit. Mesin autopay 2 je. Peserta fun run bergabung dengan pekerja Queensbay Mall balik kerja.

Ada extra lagi medal, Anas kata dia punya

Friday, October 13, 2017

We Bare Bears Penang Tour


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Event yang berlangsung dari 17/9/2017 hingga 30/10/2017.
Bertempat di Batu Kawan, atas sikit je dari Design Village.
Tempat yang sama #AnakAnakMalaysia walk.
Dah 2 kali kami ke sini. Kali pertama semasa pembukaan. Hujan masa tu. Tanah lembab dan becak. Orang tak ramai sangat. Bear besar di mana-mana. Kalau tanah elok mesti best.






Kali kedua pergi sebab janji dengan Anas. Masa ni panas. Panas sangat. Kami masuk dalam khemah berhawa dingin. Ada juga beberapa aktiviti di jalankan. Print tshirt, bengkel buat sushi, booth jualan kopi dan aiskrim pun ada. Belon pun ada di beri kepada kanak-kanak. Jom tengok gambar.






 Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Eco Horizon setiap sabtu dan ahad dari 10 pagi hingga 6 petang. Cepat pergi sebelum 30 Oktober.

Monday, October 9, 2017

Penang Fun Walk 2017, I ❤ Penang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
7 Oktober 2017, hari Sabtu saya dan suami ke Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP, Bukit Mertajam untuk sertai SPT Fun Walk 2017. Baju dah di ambil 3 hari lepas. Bayaran RM10. Kali ni kami bawa Anas dan Auni. Jarak untuk berjalan hari ini 3.7km.

6.45 pagi sampai di kompleks. Ramai dah berkumpul. Yang bukan peserta pun ramai tengah bersenam. Tapi urusetia macam tak de apa-apa kecuali sound system berbunyi. Booth yang katanya banyak pun tak nampak rupa lagi. 7 lebih baru ada emcee bercakap. Rupanya 8 pagi baru nak start berjalan.


Dimulakan acara dengan persembahan free style guna bola. Tak nampak pun persembahan. Tak skrin besa dan orang yang buat persembahan tu berdiri sama paras peserta. Lepas tu Zumba. Patut stop 8 pagi tapi 8.10 pagi belum stop. Mak cik yang buat zumba tu syok sendiri kat depan. Masa ni saya bawa Anas Auni ke luar kompleks. Dah ada floating balloon dan beberapa khemah yang tengah susun barang. Yang menjual patung, permainan kanak-kanak pun ada. Anas dan Auni seronok la tengok belon pastu patung.


Dah habis Zumba semua keluar ke starting line. Kena dengar taklimat lak. Taklimat keselamatan dan perkara-perkara yang perlu di buat semasa dan selepas acara. Laluan 3.7km bermula dari pintu Kompleks dan laluan jalanraya. Memang agak bahaya. Ada Rela, trafik dan staf yang jaga di sepanjang laluan. Ambulan juga ada. Di kilometer terakhir ada staf yang beri kupon. Kupon yang perlu ditunjuk untuk dapatkan roti, air, kupon sunquick, sijil dan pingat.


Anas duduk dalam stroller. Auni saya dan suami gilir-gilir dukung. Auni tertidur semasa acara sampai la ke penamat. Husband cari port duduk jaga Auni dan Anas. Saya bawa kupon ke meja urusetia. Tunjuk kupon dan dapat pingat, sijil, roti dan mineral. Pas semua kat husband dan ke khemah sunquick dan redbull. Redbull ambil je. Sunquick ke tunjuk kupon baru dapat air. Banyak acara yang sedang berlangsung di dalam kompleeks. Ada sukaneka, booth pameran dari Pos Malaysia, SPRM. Badut pun belum sampai. Tujuan utama bawa Anas sebab nak bagi tengok badut la. Cabutan bertuah pun tak start lagi. Kami gerak balik terus lepas ambil semua barang dan air. Dekat parking jumpa badut. Sempat tangkap gambar dengan badut.


Tuesday, December 13, 2016

Celebrate husband birthday - The Royale Bintang, Penang Amazing World Studio, Toys Museum


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau birthday saya tahun ni di sambut di Melaka, birthday husband di sambut di Penang. Biasanya birthday hubby memang celebrate sekitar utara je sebab birthday dia hujung tahun, masa cuti sekolah. Nak jalan jauh memang makan modal. Semua harga pun mencanak naik sebab musim cuti sekolah. Kali ni check in hotel idaman dia. Lama dah dia sebut² nak stay kat situ. Cuti awal sebulan lagi kami dah apply. Birthday dia jatuh pada jari Jumaat dan cuti kami ambil bermula dari khamis.

2 minggu sebelum bercuti saya survey tempat nak pergi dan hotel nak stay. Masa tu belum decide lagi nak stay hotel idaman Hubby. Beberapa kali tanya dia nak stay mana, pergi mana , tapi dia bagi jawapan nak tak nak je. Sudahnya saya yang list down sendiri list tempat nak pergi beserta detail dan share link hotel yang ada kat groupon. Lagi 10 hari nak cuti baru dia bersuara nak stay hotel itu. Saya pun survey harga. Lepas tu discus berdua dan confirm nak stay situ.


Ni harga kat website. Beza Superior dan Deluxe dari segi saiz bilik, katil king, double single dan view (pool / city). Inform pada hubby harga ni. Harga di atas tak termasuk breakfast. Yang mampu nak ambil Superior room je la RM252 nett.


Ini pula harga bila saya search di Trip Advisor. Lebih mahal dan belum campur tax. Kemudian saya call hotel. Dari perbualan kami, harga online booking untuk Superior Room RM252 nett. View bilik dan jenis katil depend on availability. Juga boleh book via phone dan walk in. Lebih awal book boleh la request nak jenis katil dan view bilik. Harga booking via phone / walk in RM253 net without breakfast.

Then, saya tanya tentang government rate. Harga yang sama RM253 tapi beserta breakfast. Staff ID kena ada semasa booking dan check in. Untuk booking via phone / website kena ada kad kredit. Saya ada kad debit saja. Dengan kad debit akan full deduct masa booking. In case cancel, tak dapat la refund.

2 Disember, saya ada hal di area sana dan terus ke hotel untuk tanya tentang bilik. 2 kali gak pusing cari parking. Masuk kali ke3, suruh hubby ikut je laluan tepi yang tunjuk arah ke lobi hotel. Rupanya ruang parking memang di sediakan di situ. Terus ke kaunter, inform date check in, check out dan tunjuk pas kerja. Harga sama macam perbualan di telefon. Saya request nak tengok bilik untuk beza superior dan deluxe. Katanya Deluxe ada balkoni.
Antara fasiliti yang dapat bila check in
Di Park Royale hotel
Kami di bawa oleh staf untuk tengok bilik dan bilik superior nampak lebih best. Hubby pilih nak superior room. Request untuk superior room, pool view dan king bed. Staf  fill up form dan tulis request saya. Beberapa details kena inform. Selepas itu, staff repeat details dan date check in check out. Lepas semua betul dan selesai. Tak perlu buat bayaran. Hari check in, tunjuk IC dan pas kerja je. Waktu check in 2 petang dan check out 12 tengah hari.

Hari check in kami sampai awal. Dalam 12 lebih camtu. Tau waktu check in 2 petang. Ingat nak settle check in lepas tu pergi mana2. Petang baru nak masuk bilik. Rupanya bilik dah ready. Itu lah bagusnya kalau booking awal. Masa di kaunter kena bagi IC dan bagi staff ID untuk photostat. Saya bawa pas kerja je. Saya kena sign surat yang ada tunjukkan saya punya bil iaitu RM253 kemudian diberi kad bilik 2 keping. Bayaran RM300 termasuk deposit. Resit di beri dan kena tunjuk resit semasa chec out untuk bayaran semula deposit. Semasa penyerahan kad bilik, staf ada inform arah lif bilik dan arah cafe untuk breakfast esok pagi. Juga di beritahu waktu sarapan dari jam 7 pagi hingga 10.30 pagi.

Decoration di lobi hotel
Parking disediakan percuma untuk penghuni hotel. Multi level car park. Masuk parking macam biasa. Ambil kad. Sebelum keluar parking, kena cop di kaunter receptionist. Baru tak di kenakan bayaran. Stop je di hadapan hotel dan staf nya akan datang ambil beg. Welcoming drink juga disediakan, ice lemon tea. Memang sedap minum masa panas terik. Kejadian dalam lif memang lawak. Bilik kami tingkat 3 tapi bila masuk lif, button nombor 3 tak menyala. Nombor 2 boleh. Kami naik tingkat 2 dan keluar, masuk semula ke lif yang berlainan. Masih sama. Nombor 3  tak leh tekan. Suruh hubby tanya orang tapi dia buat tak tau. Nasib la masa dekat tingkat 2 ada couple masuk nak ke lobi, check out. Dia la beritahu yang kena scan kad di button baru leh tekan ke level yang kita nak.


Bilik kami kedudukannya di hujung. Masuk bilik dan kami berpuas hati sepenuhnya dengan keadaan bilik. Katil king seperti kami pinta dengan pool view. Buka langsir nampak kolam. Memang teruja anak² tengok. Bantal 4 biji disediakan. Katil yang comfortable. Air cond sangat sejuk. Adjust temperature pun sejuk jugak. Bilik air, toilet dan sinki berasingan. Tak de masalah kalau seorang nak guna toilet masa seorang lagi mandi. Hair drier disediakan. Iron, iron board, torch light juga ada. Mini fridge, kettle dan kelengkapan minuman yang pelbagai. Mini bar juga ada. Kalau makan, bayar la ye. Wifi disediakan sepanjang ada kat hotel. Password di beri masa check in bersama kad bilik. Wifi laju gak dan coverage luas. Luar hotel pun ada lagi coverage. Tv flat screen dengan channel astro asas. Channel HBO dan cartoon pun ada.


Lepas solat kami jalan kaki ke Penang Amazing World Studio. Dekat je dari hotel. Dengan bayaran masuk seorang RM28 dan kanak² bawah 4 tahun percuma. Lengang dalam tu. Auni dah tidur masa ni. Sama ja konsep macam 3D muzium yang lain. Cuma disini lebih tinggi teknologinya. Gambarnya lebih tertumpu pada superheroes. Pergi sini pun sebab Anas yang sangat sukakan Superhero. Bergambar 3D, whirl video dan beberapa art berkenaan barang masa dulu contohnya kedai mamak, kedai gunting rambut, kedai runcit dan banyak lagi.



Keluar dari muzium dah 4 petang. Kami belum lunch. Hubby ajak jalan kaki je cari makan tapi saya dah penat jalan. Nak naik kereta je. Masuk bilik solat zohor dan husband seorang je keluar beli makan kat foodcourt area hotel. Sedap juga nasi goreng sotong situ. Lepas makan, solat asar pergi pool. Dah janji dengan Anas nak bawa dia mandi situ. Seronok dia berendam situ.



Lepas mandi, masuk bilik berehat. Lepas maghrib keluar cari makan. Pusing² cari kedai makan. Husband nak makan tomyam tapi keliling hotel tak de kedai camtu. Plan nak ke batu feringgi je tapi Anas dah cranky. Mengantuk la dia dah tak tidur siang. Siang lak berjalan merata + berendam kolam lagi. Singgah kedai area Hospital Pulau Pinang je. Dua² menu kami kurang sedap. Lepas makan balik bilik rehat.


 9/12/2016
Hari birthday husband hari ni. Pergi sarapan di cafe hotel. Sebut nombor bilik dan dibawa ke meja yang bersesuaian. Kami usung stroller masuk hotel. Lepas sarapan naik bilik tukar baju. Husband nak mandi dengan Anas. Saya dan Auni duduk tepi kolam je tengok. Ada gak la rendam Auni, nangis dia. Takut kot tengok air banyak. Lepas tu naik bilik mandi, kemas beg dan ready nak check out.



Hubby ambil kereta park depan lobi hotel dan staf hotel tolong masukkan dalam kereta. Saya berpuas hati dengan etika kerja staf di sini. Cuma masa check in staf di kaunter kurang mesra dan agak tegas. Lain² sangat ramah mesra. Saya sangat jarang tinggal di hotel ada bintang ni. Biasanya stay di hotel bajet je. Kurang la pengalaman layanan mesra staf macam di sini. Setahun sekali boleh la tinggal di hotel bintang². Okay, balik pada kisah kami. Saya uruskan check out. Bawa resit ke kaunter. Sign dan di beri wang deposit RM47. Sebelum tu staf ada tanya, samada ada ambil barang dari mini bar tak. Selesai check out, kami ke destinasi seterusnya, Toys Museum tapi husband solat Jumaat dulu di Masjid terapung batu Feringgi.


Plan nak ke sini sebab Anas. Dia suka sangat dengan superhero dan saya tengok gambar pengunjung yang dah ke sini dan saya pasti dia akan suka. Cuma bayaran masuk agak mahal. Kanak² seusia 2 tahun dah dikenakan bayaran. Dan bayaran dewasa juga mahal. Tempat tu panas. Besar dan banyak mainan di pamerkan. Jika di sediakan kerusi untuk duduk mungkin lebih baik. Kanak² memang teruja dalam tu. Mereka ambil masa yang lama melihat satu² koleksi dalam tu. Ibu bapa tentu letih. Kalau ada kerusi lebih baik kan? Laluan juga tidak terurus. Pintu sama yang masuk dan keluar. Banyak yang perlu di perbaiki. 

Tiket hanya tulis tangan. Kalau print mungkin lebih elok. Bayaran masuk RM26 dewasa dan RM19 kanak² 2 tahun. Masa kami di sini ada keluarga yang anak 4 orang berusia lebih 2 tahun. Bila di beritahu bayaran tiket Lebih RM120 dia tidak jadi masuk. Mungkin pelancong, kekangan wang dan semestinya mengecewakan anak². Jika dibuat pakej untuk tiket 2 dewasa, 2 kanak² lebih memudahkan pengunjung. Sekadar pendapat saya. Lepas ke Toys Museum terus ke rumah kawan husband nak pick up hadiah birthday husband. Minta kawan tolong bawa balik sebab hadiah sampai hari husband cuti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...