Showing posts with label superhero. Show all posts
Showing posts with label superhero. Show all posts

Wednesday, August 24, 2022

Review Filem : Black Widow

Hujung minggu yang panjang masa raya haji lepas. Anak-anak tak sihat, melepak di rumah je.

Sinopsis

Filem ni nak cerita asal usul Natasha Romanoff. Natasha, adiknya Yelena, bapaknya dan Melissa, mak dia hidup seakan keluarga untuk misi undercover di Ohio. Even bukan family betul Yelena sayangkan Natasya. Mereka dipisahkan dan join Black Widow. Pasukan yang ditubuhkan untuk rekrut kanak-kanak perempuan menjadi seperti yang mereka kehendaki. Jika gagal akan dibunuh. Natasha dan Yelena nekad nak bunuh pengasas Red Room kerana nak hentikan penyeksaan kepada wanita dan kanak-kanak. Semasa misi ni, mereka mencari Melissa dan 'ayah' bagi mengesan kedudukan. 

Slow sikit kisahnya tapi kena tengok la sebelum tengok Hawkeye. Kalau tak pelik lak tetiba muncul Yelena nak bunuh Hawkeye.

Monday, January 31, 2022

Review Filem - Shang-chi and the legend of the ten rings


Tak jemu rasanya tengok Filem Marvel Studio ni. Bila dh mula tengok, rasa tak puas nak tengok superhero lain lak.

Sinopsis

Ayah Shang Chi ialah ketua bagi kumpulan ten rings yg gilakan kuasa. Dia berkuasa dan hidup kekal abadi kerana memiliki 10 gelang. Selepas isterinya dibunuh, dia menjadi pendendam. Dia inginkan anak nya, Shang chi gantikan tempat dia satu hari nanti. Tapi shang chi tak mahu dan dia larikan diri semasa ayahnya minta dia selesaikan task yang pertama. Ayahnya pula sentiasa mendengar suara ibunya dan dia percaya isterinya masih hidup dan disembunyikan di balik gua dia kampung halamannya. 

Okay bab action plak, yg ni tak leh dinafikan. Action dia padu gila. Fighting sequence dia sangat menakjubkan. Setiap choreography yg dipersembahkan akan buat teruja tgk. Pergerakan kamera semasa berlawan pun cantik tidak gegar buat mata juling tengok. Pasal CGI pula mmng cantik visual dia. Babak hujung2 tu akan ada pertarungan sengit yang akan buatkan korang rase wow. Visual yang diberikan mmng fascinating.



Monday, February 22, 2021

Reviews drama : The Bureau Of Magical Things


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Sejak melanggan Netflix, rambang mata jadinya tengok banyak sangat drama menarik nak tonton. Masa je tak de. Weekend je la yang boleh tengok. Tu pun nak baca novel lagi. Drama ni bukan sapa2 recommend pun tapi terjebak pasal kisah magic. Tajuk pun ada magic. Saya memang dari dulu suka kisah magic ni. Best juga drama ni. Walaupun berbelas episod, tak jemu, rasa tak sabar nak ke episod seterusnya. Watak-watak masing-masing kuat. Tak de overshadow pun. 


Sinopsis

Mengisahkan Kyra dapat kuasa magic sebab tersentuh buku yang sedang terapung. Dia jadi Tri-ling, manusia + bunian + pari-pari. Kyra kena bahagikan masa menjalani kehidupan manusia dan magic. Semasa dalam kelas magic, macam-macam perkara terjadi dan dia antara yang mebantu menyelesaikannya. Kehadiran Kyra tak disenangi kaum bunian + pari-pari. Apatah lagi dia ada kuasa Orb yang ofang lain takde. Pelbagai cara kementerian Magic gunakan untuk singkirkan Kyra dari dunia mereka. 


Kalau tak langgan Netflix boleh je tonton drama ni. Ada je yang share link di Facebook. 

Monday, January 25, 2021

Review filem : Wonder Woman 1984


Tengah rajin, boleh la buat entry filem. Banyak je movie tengok tapi malas nak taip. 


Sinopsis 


Berkisar tahun 1984, Diana bekerja di muzium bahagian artifak dengan teman sekerja baru Rebecca. Diorang kena kaji batu. Batu yang menunaikan impian sesiapa yang hajatkan sesuatu. Rebecca teringin nak jadi Kuat, cantik dan seksi seperti Diana. Hajatnya termakbul tetapi sisi baiknya ditarik. Begitu juga Diana yang berhajat Steve kembali. Steve muncul dalam wajah lelaki lain. Kesannya kekuatan menurun.

Maxwell Lord pula mengambil batu tersebut dan menjadikannya sebagai bisnes. Bila Diana sedar kesan batu tersebut, sanggupkah dia kehilangan semula Steve?


Bagi saya WW yang ni lebih best dari yang pertama. Tapi endingnya, tak tahu lak apa jadi dengan Barbara mati ke hidup. Pastu kemunculan watak baru, Asterar ke apa namanya. 

Friday, January 22, 2021

Reviews filem : Wonder Woman (2017)


 Sinopsis


Filem lama tapi baru tengok sebab nak tengok yang baru release. 


Kisah asal usul Wonder Woman. Since kecil dipelihara oleh apa ntah nama mak dia kat Pulau yang semua perempuan. Dia dilatih untuk berlawan. Dia percaya dia diciptakan dari tanah liat dan dihidupkan oleh Dewa Zeus. Di sogokkan dengan cerita Dewa Perang, Ares menyebabkan perang. Bila dia selamatkan Pilot, Steve yang juga perisik dan tahu dunia luar ada perang, dia nak pergi untuk selamatkan.


Ending macam tak best, ntah apa jadi kat Amazon tak pula cerita. Pastu Ares macam tu je? Langsung tak superpower kuasanya. Hero mati camtu je ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...