Showing posts with label Drama korea best. Show all posts
Showing posts with label Drama korea best. Show all posts

Monday, July 13, 2020

Review Drama Korea : The K2


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Jom baca review drama Korea terbaru yang saya dah habis tengok. Drama ini penuh aksi, lawan, kisah politik dan orang kenamaan. 

Sinopsis 

Kim Je Ha adalah seorang bekas askar upahan untuk PMC Blackstone. Ketika dia bertugas di Iraq, Je Ha telah dituduh membunuh kekasihnya, Rania. Disebabkan itu dia telah melarikan diri dan menjadi buruan. Je Ha kembali semula ke Korea Selatan dan mendapat tawaran bekerja sebagai pengawal peribadi oleh Choi Yoo Jin iaitu pemilik JSS security company dan merupakan isteri kepada calon presiden Jang Se Joon. Je Ha telah menerima tawaran tersebut untuk mencari peluang membalas dendam kepada seorang lagi calon presiden iaitu Park Kwan Soo yg telah mengarahkan untuk membunuh kekasihnya. Dalam pada masa yg sama, Je Ha ditugaskan menjaga Go Anna iaitu anak perempuan Jang Se Joon yg identitinya disembunyikan. 

Drama ini complicated dan penuh dengan aksi serta storyline yg sangat kuat. Tapi saya macam kecewa dengan endingnya. Cepat sangat semua manusia jahat tu mati. Then, mati camtu je? Heheheh.. Pendapat saya je la. Tapi saya suka drama ni. Mendebarkan nak tunggu endingnya. 

Friday, June 5, 2020

Review Drama Korea : My Absolute Boyfriend



Drama ni mula tonton bulan 4 rasanya. Akhir bulan Mei baru habis. Di Viu 40 episod. Dah masuk bulan Mei dah tak. Leh tonton di Viu sebab drama ni kategori Premium. Akaun Premium saya tamat bulan Mei. Nak habis kan beberapa episod kena cari di saluran lain. 

Sinopsis 

Da Da merupakan seorang special effect makeup artist yang putus cinta hingga berjanji tidak akan jatuh cinta lagi selepas hubungannya yang dibina selama 7 tahun tiba-tiba saja kandas tanpa alasan yang masuk akal. Suatu hari, Da Da mendapat seorang robot yang diprogram untuk menjadi seorang teman lelaki yang sangat sempurna. Robot bernama Young Goo tersebut membuatkan bekas teman lelaki Da Da yang juga seorang pelakon itu cemburu.
 
Di sisi lain, Young Goo memang menjadi teman lelaki yang sempurna. Lantaran setiap hari mendapat limpahan kasih sayang dari Young Goo, tentunya Da Da sedikit demi sedikit mulai goyah. Da Da mulai jatuh cinta dengan Young Gu. Bagaimana pun pelbagai halangan menanti mereka dan orang sekeliling. Apatah lagi bila mereka menetahui identiti Young Goo. Bagaimana pengakhirannya hubungan mereka apabila Young Goo mulai rosak?

Ok la drama ni. Saya suka bila ada magik. Tapi tak de la. Magik mana pun. Robot bukan ada superpower. Tapi dah mula tengok, habiskan je la. 

Friday, April 17, 2020

Review drama korea : My Love From Another Star


Lama dah tengok drama ni. Antara drama yang suka tengok sebab hero ada superpower. Suka tengok rumah dalam drama ni. Cantik sangat. Tambah2 ruang buku Min Joon. Cuma ending tak berapa best. Beberapa episod last sedih, meleret.

Sinopsis
Do Min Joon merupakan makhluk asing yang mendarat di bumi 400 tahun lalu. Dia mempunyai penampilan yang sempurna dan kebolehan fizikal. Antaranya tidak tua, pendengaran dan merentasi masa. Bila tiba masa dia kembali ke planet asal, dia bertemu dengan pelakon yang menjengkelkan dan juga jirannya, Cheon Song Yi. Mereka pernah bertemu semasa Song Yi kecil dan kehidupan lampau. Baki 3 bulan sebelum balik, mereka jatuh cinta dan Min Joon tak sanggup beritahu Song Yi. 

Bosan2 masa PKP ni boleh la tengok.


Wednesday, April 15, 2020

Review Drama Korea : Partner Of Justice



Sinopsis
Drama ini menceritakan kisah seorang doktor forensik, Baek Beom yang bekerja untuk Perkhidmatan Forensik Kebangsaan dan pendakwaraya Eun Sol. Baek Beom mempunyai pengalaman luas dalam bidang forensik dan terkenal sebagai genius manakala Eun Sol pula punya ingatan yang luar biasa berkaitan fotografi. Keduanya bekerjasama untuk menyelesaikan kes-kes yang berlaku.

Drama ni ada sambungan. Part 1 saja ada 32 episod. Jenuh ligan. Tapi cerita best tak terasa sangat layan.

Monday, April 6, 2020

Review Drama Korea : Angel's Last Mission, Love


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini antara drama korea yang saya marathom laju-laju sebab best. Saya suka cerita magic2 ni. Tak de la banyak sangat magiknya. Hero boleh hilang sekelip mata then ada sayap.

Sinopsis
Lee Yeon Seo seorang ballerina yang cantik dan berbakat serta kaya raya, namun sayangnya malapetaka yang menimpa Yeon Seo saat remaja membuatkan dia menjadi gadis yang panas baran. Kerana sifatnya yang pemarah, orang disekelilingnya pun enggan berurusan dengannya. Then, munculah Kim Dan iaitu malaikat berwajah manusia yang ditugaskan mencari cinta untuk Lee Yeon Seo. Jika misi ini berhasil maka Kim Dan akan kembali ke syurga. Berjayakah Kim Dan mengubah sifat Yeong Soo. 

Cumanya drama ni agak banyak episod. Per episode 30 minit. Saya bagi 3/5 bintang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...