Monday, November 6, 2023
Review novel: Sayang Tanpa Ragu
Monday, December 12, 2022
Review Novel : Bila Hati Berbahagi
Tuesday, August 16, 2022
Review Novel : Bila Warasku Tiada
SinopsisSaat hati dipatahkan dan segala-galanya nampak kabur, Seri buat keputusan untuk terima tawaran sebagai PA untuk Tuan Syed di Bali. Resort milik keluarga Tuan Syed itu jadi tempat dia menumpang berteduh sambil bina seorang Seri yang baru.
Strategi Syed pula: susahkan hidup Seri supaya boleh cepat-cepat dihantar balik ke Malaysia. Padan muka.
Tapi pertemuan mereka berdua bagai komet bintang terang benderang di langit sana. Syed yang terluka mula merasa senang dalam Seri yang sederhana.
“Tuan Syed tu macam mana?”
“Kau tahu… Superman? Dalam bentuk Batman… sekuat Ironman.” Seri menggambarkan bosnya itu.Bila hati terpikat, tapi dua-dua punya bagasi yang berat… mampukah bersama?
“Nisa needs you, Syed. Forgive her mistakes.” Ayah Syed membuat permintaan.
Syed laju menolak. Tapi Seri terpaksa pulang ke Malaysia dan dia hilang gadis itu. Dunia tanpa Seri? Memang gelap tak bercahaya.
“Ya. Syed tu Nobita aku. Tapi aku bukan Shizuka dia. Kami tak mungkin bersatu.” Seri pilu.
Monday, April 11, 2022
Review Novel : Cerita Tentang Kita
SinopsisJimmy ke Langkawi kerana tugas dan jatuh cinta pada Auni Sofina. Permulaan perkenalan mereka tidak lah indah bila awal² lagi Auni dah cakap yang Dia benci Tentera especially Komando kerana masa silamnya. Kelakuan Jimmy merubah tanggapan nya. Mereka bertunang dan bernikah walaupun cuba dihalang oleh Hadi dna Hakeem. Selepas berkahwin, Auni yang baru tahu kebenaran tentang Jimmy terus nekad nak balas dendam. Dia bekerjasama dengan Robert, musuh Cougar a.k.a Jimmy dan menembak Jimmy. Jimmy ditemui mati. Auni tak rasa gembira tapi dia rasa lost. Betulkah tindakan yang di buatnya?
Thursday, April 7, 2022
Review Novel : Dua Dunia, Separuh Mimpi
Dua DuniaKisah Aina yang ada pendamping iaitu Aida sejak umurnya 12 tahun. Di awalnya ibu dan abangnya marahkan Aina. Pelbagai cara di gunakan untuk merawat. Dan bila kedua mereka tidak percayakan kewujudan Aida, Aina hanya mendiamkan diri. Sehinggalah usianya 25 tahun, Aida masih setia menemaninya. Malah Aida pernah menyelamatkan Aina. Percintaan Aina dan Idham juga putus tanpa restu ibu Idham. Ibu Idham merasakan Aina tidak waras kerana sering dilihat bercakap seorang. Ibu Aina berniat ingin menjodohkan Aina dengan Ustaz Adam yang baru berhijrah ke kampung mereka. Malangnya ustaz Adam datang kerumah dan melamar Aida.Marah ke ibu Aina bila tahu anaknya tidak dipinang tetapi meminang orang yang tak wujud? Aap rahsia mereka? Bagaimana akhirnya jodoh Aina?Separuh MimpiFendi, seornag Doktor di Hospital swasta. Berkawan baik dengan Sally, Sham dan Ghaz. Sham ditukarkna ke jabatan lain, jabatan yang menguruskan VVIP. Setiap kali tidur, Fendi akan mimpikan Sara. Dalam mimpi Sara dikenali sebagai Siti April Rambutan Autumn dan Fendi sebagai Batman. Satu hari, Sham membocorkan rahsia tentang pesakitnya. Dia merasakan ada yang tidak kena. Fendi cuba untuk membantu Sham. Rupanya pesakit Sham adalah Sara. Mereka berempat berpakat membantu Sara. Bila Sara sedar, Sara tidak mengenali Fendi. Fendi yang kecewa cuba melupakan Sara. Daatkah dia melupakan Sara? Bagaimana pula Sara yang serik dengan lelaki selepas tunangnya cuba membunuhnya.
Monday, August 2, 2021
Review novel : Comando In Action
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel beli awal tahun. Lepas 7 bulan baru sempat baca. Novel ni kisah tentang Eddie Suffian dan Aufa Medina. Kisah kawan-kawan mereka yang lain dalam novel lain. Ada kisah Kief, Jimmy, Rif dan Haq. Ada baki lagi beberapa orang akan muncul lain novel.
Sinopsis
Hubungan Aufa dan Ed terputus selepas tidak direstui ayah Aufa yang juga orang atasan Ed. Tanpa pengetahuan Aufa, Ed melepaskan Aufa tanpa bicara. Panggilan dari Jeneral Hamzah menjadukan Ed tertanya-tanya. Walaupun benci dan marah, Ed tetap ke rumahnya tetapi ia tak seperti yang Ed bayangkan. Jeneral kena serangan jantung dan Aufa cemas. Ed menyelamatkannya. Kemunculan Ed menjadikan Aufa mangsa kemarahan suaminya, Harris. Lebih buruk lagi Harris melibatkan diri dengan Viggo. Kematian Harris menyebabkan Aufa menjadi sasaran Viggo. Dapatkah Ed selamat kan Aufa? Bagaimana dengan penerimaan Jeneral Hamzah?
Bagi saya yang dah biasa dengan penulisan DZ, saya suka. Semuanya bagi saya sempurna. Cuma ending macam boleh dikembangkan lagi. Tapi ini pun dah tebal. Kalau kembang lagi entah tebal mana la pula 🤔
Wednesday, August 26, 2020
Review novel : Kekasih Cadangan Hati
SinopsisZehra berkahwin 7 tahun dengan Khalil dan hidup bersama naka mereka Iman. Malangnya perkahwinan mereka tidak seperti orang lain. Hidup umpama neraka bila Khalil selalu menghadiahkan sepak terajang kepada mereka berdua. Hidup mereka berubah selepas jiran baru mereka berpindah. Iman yang muram kembali ceria dengan teman spermainan baru Reha. Rupanya jiran baru mereka adalah teman baik Zehra semasa di kolej, Tasya dan Raimi. Raimi tidak sukakan Zehra kerana kisah silam mereka tetapi tidak Tasya. Baginya Zehra penyelamat anaknya. Raimi dan Tasya menyelamatkan Zehra selepas teruk dibelasah Khalil dan akhirnya Khalil meceraikan Zehra. Malangnya Khalil masih mengganggi Zehra. Demi menyelamatkan nyawa Iman dan menunaikan janji, Zehra berkahwin dengan Raimi selepas kematian Tasya. Perkahwinan mereka hanya di atas kertas. Hubungan mereka sekadar pelengkap kepada Iman dan Reha yang masing-masing tiada ibu bapa. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Khalil yang tidak insaf, cubaan merogol Zehra, kehadiran Hidayah, wanita pilihan ibu Raimi menjadi kan mereka tersepit. Bahagiakah perkahwinan mereka? Bagaimana kesudahannya?
Tuesday, May 28, 2019
Review novel : Milik Engkau Saja
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ni saya pinjam dari room mate dan baca sejurus selepas habis ujian pertama saya. Tebal dan ambil masa 4 hari gak nak habiskannya. Menarik juga kisahnya. Bukan kisah cliche tapi part hero heroin handsome dan kaya nak mati tu harus lah ada. Acik Lana kan? Tau dah gaya pembawakan watak utamanya.
Sinopsis
Darlina yang memalukan keluarga dan bangsa Melayu 2 tahun lepas bila video lucahnya tersebar di internet. Walaupun dia dah bertaubat, dia masih malu nak tunjukkan mukanya pada umum. Dunianya hanya di rumah dan pet shop milik abangnya. Satu malam, pet shop didatangi lelaki serabai yang minta dia selamatkan kucing hitamnya. Walaupun dia bukan veterinar tetapi lelaki itu terhutang budi pada Darlina dan abangnya, Darwish. Sejak itu mereka rapat. Izz Arif adalah tunang kepada pelakon popular, Irina tetapi pertunangan mereka dirahsiakan dari media. Izz mula merasa bosan dengan permainan Irina. Tunangnya tidak seperti 10 tahun lalu. Tetapi dia sentiasa memberi peluang pada Irina dan sayangkan hubungan mereka. Bila Izz mulai rapat dengan Darlina, dia mula berasa happy dan perasaan sebagai kawan bertukar menjadi cinta. Irina yang Drama Queen nekad mengumumkan perkahwinannya bersama Izz pada ulangtahun kelahiran Izz. Hari itu baru Izz sedar cintanya bukan milik Irina.
Dapatkah Irina menerima keputusan Izz? Dapatkah Izz menerima Darlina yang telah popula
Monday, April 8, 2019
Review novel : Cemburu Seorang Aku
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ni saya nak review novel Lynn Dayana terbitan Poreng Kertas. Penulis favourite saya dan semestinya hasilnya tidak mengecewakan. Novelnya tebal dan tidak bosan membacanya. Bila dah start pegang memang susah nak stop.
Sinopsis
Sufi dan Tri berkawan baik sejak berumur 10 tahun. Keluarga mereka juga saling mengenali dan merestui hubungan mereka. Tri pernah melamar Sufi 5 tahun lepas tapi Sufi menolak dengan alasan belum bersedia. Hari ni, bila Tri bersedia ingin menamatkan zaman bujang dengan model, Hana dan Sufi rasa seperti dipukul. Dia kini sedar dia punya perasaan pada Tri tapi persediaan perkahwinan mereka sedang berlangsung. Sufi menyibukkan diri dan mengelak dari Tri tapi Tri walau apa jua keputusannya, dia mahu Sufi ada bersama. Ini menjadikan Hana rimas dan cemburu. Hana mengugut Sufi supaya tidak hadir pada majlis mereka dan Sufi akur. Malangnya Hana yang tidak datang saat mahu diijabkabulkan menjadikan Sufi sebagai penyebab. Tri berang dan tidak mahu Sufi wujud di dalam hidupnya. Sufi akur dan berpindah tempat kerja. Hana muncul semula dan mengumumkan tarikh pernikahan. Tri keliru. Lebih keliru bila Theya menceritakan hal sebenar. Bila Hana kemalangan dan Theya meninggal, Sufi sekali lagi jadi buruan wartawan dan polis. Perlukah Sufi berpindah ke planet lain supaya Hana puas atau biar dirinya mati saja?
Novel ini memang WAJIB dibaca bagi penggemar novel dan sediakan tisu banyak-banyak.
Friday, March 29, 2019
Review novel : Tall, Dark & Dangerous
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel terbitan Poreng Kertas dari penulis thriller Dhiya Zafira. Ada 2 cerita dalam ni. Yang di tunggu-tunggu cerita Haq. Ini siri yang ke3 dan terakhir. Bila combine 2 kisah rasa sikit sangat plot cerita. Tak puas membaca.
Sinopsis
Buru Bayangan Luka
Azalea merasakan dirinya diburu dan dia bwrjaya menyelamatkan diri. Di balai polis pegawai tidak mempercayainya bila tiada mayat di temui. Adha merasakan Lea tidak menipu dan dia melakukan siasatab terperinci dan menemui kesan darah di lantai bilik Lea. Penemuan mayat mengesahkan lagi kenyataan Lea. Tetapi Lea terlalu berhati-hati dalam berkongsi cerita. Banyak indo yang disembunyikannya. Adha terkejut bila Lea menuduh ibu tirinya bersama pasangannya adalah dalang di atas semua yang terjdi.
Haq III
Kesinambungan dari kisah Haq yang lalu. Kali ni Haq bawa Alin berjumpa ibu bapanya. Alin kecewa bila mengetahui Haq telah dijodohkan dengan Amy dan kehadiran Amy menjengkelkannya. Bila Ming mati, Haq di soal siat walaupun dia telah meletak jawatannya. Di Malaysia setelah pulang dari Turki, mereka kemalangan dan Haq hilang ingatannya. Dia tidak kenal Alin, tapi dia kenal Amy, kenal dan ingat sekelilingnya kecuali Alin. Alin yang baru keguguran menyembunyikan kesedihannya pabila berhadapan dengan Haq. Amy semakin giat mencari peluang memisahkan Haq dan Alin. Dapatkah Haq menerima Amy sebagai isteri keduanya selepas mengetahui yang Alin mungkin tidak mampu memberikannya zuriat.
Monday, July 30, 2018
Review Novel - Jauh Kau Pergi
Assalamualaikum,
Novel ini diterbitkan semula oleh Poreng Kertas. Jalan cerita masih sama cuma ditambah beberapa adengan. Saya dah baca novel ni. Tak menyesal baca semula sebab kisahnya menarik. Penuh aksi dan tiada babak lucah macam novel saya baca sebelum ni. Saya pun dah lupa kisah persahabatan 5 orang komando tu. Tak rugi saya memiliki 2 buah novel yang sama.
Sinopsis
Jimmy dan Afiqah Najwa yang lebih dikenali sebagai Afi adalah kembar. Jimmy dan 4 orang lagi rakannya yang juga komando. Afi menyimpan perasaan pada Rif sejak kecil tetapi 2 tahun kebelakangan ini Rif sepi. Bila Jimmy terbunuh ketika operasi, kawan² datang memberi sokongan. Rif pula di arahkan untuk menjaga Afi. Bila timbul cakap² orang sekeliling, Rif ajak Afi kahwin. Mereka berkahwin tetapi bukan atas rasa cinta. Kemudian Cougar muncul. Cougar di arahkan untuk membunuh Afi tetapi 2 kali cubaannya gagal. Cougar adalah jelmaan Jimmy. Afi sesak dada melihat abangnya sendiri cuba membunuhnya. Rif kaget bila teman baiknya hendak membunuh isterinya. Cougar tidak kenal mereka. Dia hilang ingatan, dia hanya menurut arahan.
Saya recommend buku ni untuk peminat novel. Selitan kisah cinta di babak penuh aksi. Tidak akan bosan
Tuesday, June 26, 2018
Review Novel : Seperti Ada Cinta
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Novel dari Poreng Kertas, karya Hezzy Azra. Novel ni best, menarik. Rasa macam ketagih kopi. Teringat-ingat je pada Farra dan Nashriq bila kat tempat kerja. Novel ni baca masa waktu terluang kat rumah je. Tapi sebab best, saya memang berjaya habiskan dalam waktu yang pantas.
Sinopsis
Fara dan Ilhan bertunang selapas 8 tahun menyulam cinta. Dengan perjanji tempoh bertunang selama setahun tetapi Ilhan masih belum memberi kata putus akan tarikh nikah mereka. Alasan Ilhan untuk perkembangkan kerjayanya. Dr Nashriq di pertemukan dengan Fara bila Fara mendapatkan rawatan di klinik Lokum akibat demam. Rupanya Farra crushnya 13 tahun lalu. Perjumpaan semula mereka dipanjangkan bila Farra di masukkan ke hospital kerana denggi. Mereka berkomunikasi di Facebook dan whatsapp tetapi Nashriq hormatkan Farra sebagai tunangan orang. Nashriq rapat dengan Aireen, teman semasa housemanshipnya dahulu tetapi dia tidak pasti apa hubungan mereka bila Aireen lebih banyak diam dari berbicara. Bagi Aireen, keluarganya yang utama dan dia tahu apa yang diputuskan oleh mereka adalah yang terbaik. Hubungan Farra dan Ilhan yang semakin pincang membuatkan dia nekad untuk perbaikinya tetapi apa yang dilihatnya merubah segala-galanya. Ayah Aireen pula mendesak Nashriq untuk mempercepatkan perkahwinan antara mereka tetapi Nashriq keliru dengan perasaan Aireen padanya. Bagaimana kesudahan hubungan mereka.
Bagi saya, novel ni terbaik. Penceritaan, gaya bahasa dan semuanya sempurna. Tak rugi memilikinya sebagai koleksi.
Monday, March 12, 2018
Review Novel : Sayangku Merajuk
Novel pertama bulan Mac. Mula pembacaan hujung Februari. Seronok ceritanya. Banyak plot dan watak. Penulis pandai gabungkan plot. Tapi tajuk bagi saya tak menarik. Mungkin tajuk perlu lebih catchy. Tajuk ni nampak macam kebudak-budakan.
Sinopsis
Aireen dan Shahir berkahwin ketika melanjutkan pelajatan di luar negara dengan restu ibu Aireen tetapi tidak ibu Shahir. Demi agama Islam, Shahir pulang ke Malaysia supaya Laura tidak terpesong akidah. Tetapi kepulangan terlalu lama. Aireen menunggu selama 5 bulan teapi Shahir tidak datang dan dia oulang ke Malaysia dengan kejian orang kampung bahawa dia mengandungkan anak luar nikah. Bagi Aireen dia telah dicerailan Shahir kerana perjanjian mereka talak jatuh ketika Shahir menikahi Laura. Selepas 5 tahun, mereka terjumpa dan Shahir kembali memburu Aireen. Bagi dia Aireen masih isterinya. Tambahan pula dengan kehadiran si kembar. Aireen yang bersedia menjadi isteri Zarul, mula rawan dengan kehadiran Shahir di rumah mereka. Madam Anna yang perasan perubahan Shahir mengupah penyiasat untuk memberi amaran pada Aireen. Akhirnya Shahir melepaskan Aireen. Berbahagiakah Aireen bersama Zarul dan kembar? Laura menggunkan Amar untuk memerangkap Shahir dan Aireen. Siapa dalang disebalik kemalangan Dyra dan hampir merogol Aireen?
Monday, December 18, 2017
Review Novel : Cuma Dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel dari terbitan Alaf dah lama tak baca. Saya pilih penulis tertentu saja. Novel ini dibelu masa car boot sale. Lebih jimat di zaman gawat ni. Pertama kali baca, saya agak keliru. Banyak watak dalam novel ni. Bila sah fokus, saya sudah boleh follow tge flow.
Sinopsis
Dalila, peguam, anak kepada Meor dan Suraya. Berkenalan tanpa sengaja dengan Iqbal semasa mencari lokasi keretanya parking. Mereka tidak melafazkan kata cinta tetapi masing² tahu dan perasaan mereka lebih kuat bila Iqbal bekerja di Tanzania. Ayah Dalila, Meor berubah bila berjumpa semula kekasih lamanya Jenny. Mereka seperti pasangan muda yang bercinta walaupun masing² sudah punya pasangan. Mereka ingin merapatkan lagi hubungan mereka dengan menjodohkan Hilman, anak Jenny dengan Dalila. Dalila keliru, Hilman yang baik budi pekerti atau Iqbal si kekasih hati. Iqbal pula terputus hubungan dengan keluarganya dan Dalila bila telefonnya rosak, talian komunikasi dan internet sangat susah di Tanzania. Dalila setuju bernikah dengan Hilman bila ibunya Suraya mula ada simptom masalah kemurungan. Iqbal pulang 5 hari sebelum majlis pernikahan Dalila dengan Hilman. Iqbal redha jodohnya bersama Dalila tidak kesampaian. Hilman bernikah dengan Dalila tapi Dalila menyebut² nama Iqbal dalam tidur menimbulkan kemarahan Hilman. Bertambah kecewa lagi bila bapa mertuanya memaklumkan akan bernikah dengan ibunya. Baginya, ayahnya cuma seorang. Dia nekad meninggalkan Dalila dan keluarganya di Malaysia. Dalila di ceraikan.
Panjangnya ulasan saya. Sampai ending saya masukkan. Banyak lagi watak sampingan yang saya tak masukkan. Cukuplah sekadar watak utama. Yang lain ada hubungkait dengan watak utama. Tak rugi membeli walaupun penulis ini bukan antara yang saya follow tapi saya tahu dia sudah ada nama. Not bad, boleh sambar lagi karya beliau kalau berkesempatan.
Friday, November 10, 2017
Review Novel : Antologi Cinta Dia 2
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Masih membaca dan karya poreng kertas menjadi pilihan. Best! Tak pernah rugi membeli.
Marry Ku Ril - Hezzy Azra
Tengku Azril bercerai dengan Jane selepas 15 tahun berkahwin. Dia berjaya memelayukan Jane tetapi gagal menjadikan Jane taat pada agama. Bila Jane tidak lagi menghormati ibunya dia nekad menceraikan Jane dan anak-anaknya di ambil bagi mendidik mereka menjadi umat Islam. Edrina pula berpisah dengan Taj kerana orang ketiga. Ku Ril dan Edrina diperkenalkan melalui Zahara dan Farid. Hubungan mereka lebih rapat selepas perkahwinan Farid dan Zahara. Bagi Ku Ril, dia sudah tua untuk bercinta lama-lama dan Edrina rimas dengan gangguan Taj yang ingin rujuk kembali. Ku Ril nekad melamar Edrina sebagai ibu kepada anak-anaknya. Bekas isteri Ku Ril mula masuk campur bila tahu mereka ingin berkahwin.
Aku Bukan Dewa - Lynn Dayana
Kisah ini sambungan dari ACD, kisah 4 sepupu Ai, Benz, chairyl dan Amri. Benz menerima tawaran Faizal untuk satu misi rahsia. Dia bekerjasama bersama Emma, wanita yang tidak percayakan lelaki akibat kisah silam. Antara mereka wujud Inara bersama pembantunya Julia. Hidup Benz dan Emma berputar kerana Inara, malah menyebabkan mereka rapat. Semuanya berubah bila Benz menuduh Emma pembunuh.
Nak tau kesudahannya? Boleh dapatkan dari penulis 😆
Confirm best. Tak rugi beli
Monday, October 23, 2017
Review Novel : #YANA
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Karya dari Lynn Dayana. Kali ni karya misteri. Terasa macam kisah diri sendiri lak. Kisah Yana yang terbuka hijab. Saya juga begitu. Cuma saya tak seteruk Yana dan biarlah kekal begitu.
SinopsisYana, gadis yang punya kebolehan mendengar, melihat makhluk lain sejak remaja. Di sebabkan itu dia dibuang keluarganya sendiri. Dia dituduh oleh Mak Long nya sebagai pembunuh ahli keluarganya sendiri. Yana bekerja sebagai wartawan dan tugasnya menyebabkan dia berjumpa Lee semasa perasmian galeri seninya. Di situ dia terpandang moyang Lee, Lilly yang kemudiannya mengganggu hidupnya hari demi hari. Dia dibawa Lilly ke dunia lampau bagi merungkai misteri kematian Lilly bersama kekasihnya Tajul. Pelbagai kejadian berlaku semasa itu. Yana juga di seksa kerana roh Lilly dipuja. Berjayakah Yana mengharungi dugaan itu? Mampukah Lee melindungi Yana dari gangguan moyangnya? Siapakah dalang di sebalik semua yang berlaku?
Karya yang menarik dari Lynn Dayana dan tidak pernah menghampakan. Banyak typo la Kak Lynn. Baca beberapa kali ayat baru paham typo. Apa pun tak ganggu jalan cerita. Masih best. Dalam misteri ada lawak jenaka. Teruskan menulis dan saya doakan moga terus sihat dan kuat untuk berkarya.











