Showing posts with label karya tempatan. Show all posts
Showing posts with label karya tempatan. Show all posts

Wednesday, July 5, 2023

Review novel : Ganggu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Novel dibeli di Shopee dengan harga RM10. Ingatkan preloved rupanya novel baru. Selepas beberapa karya Ayumi saya baca, saya tertarik dengan penulisannya. 


Blurb

Dua tahun lalu, Mikayla hilang seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Mereka semua mati di tangan seorang pembunuh bersiri bernama Z. Setiap gangguan telefon daripada Z pasti akan berakhir dengan kematian.

Kata Z, dia lakukan semua itu untuk Mikayla. Mereka semua penipu. Mereka semua tidak pernah peduli tentang Mikayla, kecuali dia.

"Siapa kau yang sebenarnya?" - Mikayla

"Aku sebenarnya..." - Z

Dua tahun kemudian, Mikayla akhirnya meninggalkan pusat rawatan psikiatri dengan satu misi, untuk menyiasat siapa sebenarnya Z. Z masih dan terus mengganggunya dengan pelbagai gangguan sehinggakan rahsia yang selama ini disimpan kukuh oleh kedua-dua orang tuanya mula tersingkap.

Ketika dia sedar siapa sebenarnya Z, sanggupkah dia tinggalkan kehidupannya demi lelaki itu?

"Ingat, bila kau ikut aku, tak ada jalan balik lagi." - Z

Menarik kisahnya. Not bad storyline. Saya suka, tak cliche.

Wednesday, March 20, 2019

Review novel : Kukejar Kau Lari



Assalamualaikum,
Saya tak pernah baca karya dari penulis ni. Ni karya beliau yang pertama saya baca. Novel ni dicetak pada 2014, 5 tahun lepas. Gaya bahasa dan penceritaannya teratur dan 'skema'. Mungkin penulis punya gaya penulisan sebegitu. Saya kurang meminati gaya bahasa seperti ini. Sedikit bosan tapi isi utama novel menarik. Kisah anak yatim yang ditindas, di dera mental dan diambil hak mereka. Tidak terlalu sarat dengan cinta. Banyak typo berkaitan nama watak. Terlalu banyak watak di dalam kisah ini. Sesuai la untuk pembacaan remaja, kanak² sekolah kerana elemen persahabatan banyak diterapkan.

Sinopsis
Sejak kecil Nadira dibesarkan di Rumah Anak-anak Yatim Al-Mustaqim. Namun dia harus pergi kerana diambil oleh keluarga angkat yang kaya-raya. Dia protes. Akhirnya, dia meninggalkan rakan-rakannya, iaitu Zariq, Tajol dan Busrya. Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula. Namun, dalam rindu dan sayang ada rasa benci di hati.

Kemunculan Nadira membuatkan banyak hati yang kecewa. Pertemuan itu tidak menggembirakan Zariq. Dia tahu perasaan Nadira terhadapnya, tetapi dia tidak sanggup melihat Tajol, sahabat baiknya terluka kerana gadis itu.
Busyra pula tersasar arah. Cintanya pada Zariq rupa-rupanya hanya bertepuk sebelah tangan. Dia benci Nadira! Dia cemburukan Nadira! Nadira juga apabila Busyra selalu mendekati Zariq. Namun cinta bersegi-segi ini makin konflik bila Hardy, abang angkatnya meluahkan perasaan cinta.


Tuesday, June 26, 2018

Review Novel : Seperti Ada Cinta


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Novel dari Poreng Kertas, karya  Hezzy Azra. Novel ni best, menarik. Rasa macam ketagih kopi. Teringat-ingat je pada Farra dan Nashriq bila kat tempat kerja. Novel ni baca masa waktu terluang kat rumah je. Tapi sebab best, saya memang berjaya habiskan dalam waktu yang pantas.

Sinopsis
Fara dan Ilhan bertunang selapas 8 tahun menyulam cinta. Dengan perjanji tempoh bertunang selama setahun tetapi Ilhan masih belum memberi kata putus akan tarikh nikah mereka. Alasan Ilhan untuk perkembangkan kerjayanya. Dr Nashriq di pertemukan dengan Fara bila Fara mendapatkan rawatan di klinik Lokum akibat demam. Rupanya Farra crushnya 13 tahun lalu. Perjumpaan semula mereka dipanjangkan bila Farra di masukkan ke hospital kerana denggi. Mereka berkomunikasi di Facebook dan whatsapp tetapi Nashriq hormatkan Farra sebagai tunangan orang. Nashriq rapat dengan Aireen, teman semasa housemanshipnya dahulu tetapi dia tidak pasti apa hubungan mereka bila Aireen lebih banyak diam dari berbicara. Bagi Aireen, keluarganya yang utama dan dia tahu apa yang diputuskan oleh mereka adalah yang terbaik. Hubungan Farra dan Ilhan yang semakin pincang membuatkan dia nekad untuk perbaikinya tetapi apa yang dilihatnya merubah segala-galanya. Ayah Aireen pula mendesak Nashriq untuk mempercepatkan perkahwinan antara mereka tetapi Nashriq keliru dengan perasaan Aireen padanya. Bagaimana kesudahan hubungan mereka. 

Bagi saya, novel ni terbaik. Penceritaan, gaya bahasa dan semuanya sempurna. Tak rugi memilikinya sebagai koleksi.

Wednesday, June 20, 2018

Review Novel : Ti Amo, SweetHeart 100 hari!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya baru berjinak-jinak membaca hasil karya Suri Ryana selepas Red Velvet. Not bad, tapi masih perlu di perbaiki. Ada part yang meleret-leret. Adengan romantis suami isteri banyak yang too details. Tak yah details sampai part mana suami cium pun tak pe kot. Just my two cent.

Sinopsis
Lisa ke Itali berjumpa suaminya, Iskandar untuk meminta penjelasan kenapa dia ditinggalkan tanpa alasan selama 2 tahun tetapi dia di layan bagai sampah. Cuma Dina menjadi penyebab mereka berjumpa. Hinggalah Lisa terjumpa surat dan gambar yang menjadi sebab Iskandar tinggalkannya. Kemudian pekerjA Iskandar datang dan berterus terang bahawa dia punca mereka berpisah. Iskandar mula memburu Lisa, meminta maaf dan meminta peluang kedua. Bila mereka berbaik semula, dugaan lain pula datang. Bilamana emak Iskandar diduga dengan barah paru-paru dan hajat terkahirnya ingin melihat Iskandar bernikah dengan Rania. 

Novel ni dah di drama kan. Masa baca saya tak tahu pun. Dekat nak habis baru nampak iklan dramanya. Pelakon pun tak tahu tapi untuk hero dah agak macam Zul Ariffin sesuai. Dari novel setebal kamus dewan dapat dipendekkan jadi drama 5 hari dengan durasi sejam sehari. Nampak tak betapa meleretnya kisa

Monday, December 18, 2017

Review Novel : Cuma Dia



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel dari terbitan Alaf dah lama tak baca. Saya pilih penulis tertentu saja. Novel ini dibelu masa car boot sale. Lebih jimat di zaman gawat ni. Pertama kali baca, saya agak keliru. Banyak watak dalam novel ni. Bila sah fokus, saya sudah boleh follow tge flow.

Sinopsis
Dalila, peguam, anak kepada Meor dan Suraya. Berkenalan tanpa sengaja dengan Iqbal semasa mencari lokasi keretanya parking. Mereka tidak melafazkan kata cinta tetapi masing² tahu dan perasaan mereka lebih kuat bila Iqbal bekerja di Tanzania. Ayah Dalila, Meor berubah bila berjumpa semula kekasih lamanya Jenny. Mereka seperti pasangan muda yang bercinta walaupun masing² sudah punya pasangan. Mereka ingin merapatkan lagi hubungan mereka dengan menjodohkan Hilman, anak Jenny dengan Dalila. Dalila keliru, Hilman yang baik budi pekerti atau Iqbal si kekasih hati. Iqbal pula terputus hubungan dengan keluarganya dan Dalila bila telefonnya rosak, talian komunikasi dan internet sangat susah di Tanzania. Dalila setuju bernikah dengan Hilman bila ibunya Suraya mula ada simptom masalah kemurungan. Iqbal pulang 5 hari sebelum majlis pernikahan Dalila dengan Hilman. Iqbal redha jodohnya bersama Dalila tidak kesampaian. Hilman bernikah dengan Dalila tapi Dalila menyebut² nama Iqbal dalam tidur menimbulkan kemarahan Hilman. Bertambah kecewa lagi bila bapa mertuanya memaklumkan akan bernikah dengan ibunya. Baginya, ayahnya cuma seorang. Dia nekad meninggalkan Dalila dan keluarganya di Malaysia. Dalila di ceraikan.

Panjangnya ulasan saya. Sampai ending saya masukkan. Banyak lagi watak sampingan yang saya tak masukkan. Cukuplah sekadar watak utama. Yang lain ada hubungkait dengan watak utama. Tak rugi membeli walaupun penulis ini bukan antara yang saya follow tapi saya tahu dia sudah ada nama. Not bad, boleh sambar lagi karya beliau kalau berkesempatan.

Monday, October 23, 2017

Review Novel : #YANA




Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Karya dari Lynn Dayana. Kali ni karya misteri. Terasa macam kisah diri sendiri lak. Kisah Yana yang terbuka hijab. Saya juga begitu. Cuma saya tak seteruk Yana dan biarlah kekal begitu.

SinopsisYana, gadis yang punya kebolehan mendengar, melihat makhluk lain sejak remaja. Di sebabkan itu dia dibuang keluarganya sendiri. Dia dituduh oleh Mak Long nya sebagai pembunuh ahli keluarganya sendiri. Yana bekerja sebagai wartawan dan tugasnya menyebabkan dia berjumpa Lee semasa perasmian galeri seninya. Di situ dia terpandang moyang Lee, Lilly yang kemudiannya mengganggu hidupnya hari demi hari. Dia dibawa Lilly ke dunia lampau bagi merungkai misteri kematian Lilly bersama kekasihnya Tajul. Pelbagai kejadian berlaku semasa itu. Yana juga di seksa kerana roh Lilly dipuja. Berjayakah Yana mengharungi dugaan itu? Mampukah Lee melindungi Yana dari gangguan moyangnya? Siapakah dalang di sebalik semua yang berlaku?

Karya yang menarik dari Lynn Dayana dan tidak pernah menghampakan. Banyak typo la Kak Lynn. Baca beberapa kali ayat baru paham typo. Apa pun tak ganggu jalan cerita. Masih best. Dalam misteri ada lawak jenaka. Teruskan menulis dan saya doakan moga terus sihat dan kuat untuk berkarya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...