Tuesday, October 30, 2012

4th antenatal check up

Salam dan hai..

Minggu lepas saya ada appointment yang ke 4 (kalau tak silap). Appointment seperti biasa jam 2 petang dan hasilnya.

Urine - negative protein, negative glucose
Hb - staf makmal tu tak cek walau saya tahu every months patutnya kena check.
Berat - turun 0. 5 kg. Nurse cuma tanya kenapa turun. Takde marah-marah.
BP - 100/70 mmHg (normal)
Fundal height - Normal, sama seperti POG
Fetal heart rate - Normal
Scan - Baby membesar ikut POG.
Lepas je jumpa doktor, kena cucuk ATT sebab dah rasa baby movement. Boleh tahan sakit. Hubby cakap, selalu cucuk orang camtu la rasanya. Hampeh! Kesimpulannya, check up kali ni semua normal. Terkilannya Hb tak cek pun. Saya nak tau gak berapa Hb, makin meningkat atau menurun. Tanya gak doktor dah leh tau ke gender baby, tapi macam biasa la KK mana layan kalau tanya gender ni. Katanya 6 bulan ke atas baru nampak. Nurse bagi slip ubat untuk haematinic then next appointment date lagi sebulan.


Monday, October 29, 2012

My Birthday

Salam..
Entry dah berlalu hampir seminggu baru nak gigih post. Seperti biasa, alasan sibuk a.k.a busy dan on vacation + Hari Raya AidilAdha. Huhu.. Nak wish ''Selamat Hari Raya AidilAdha'' pun tak sempat. Dengan kemalasan nak ngadap laptop. Berbalik kepada tajuk. Birthday saya 24th Oktober lepas, hari Khamis. Nasib baik dapat cuti last minute. Malangnya Hubby tak cuti. Dia kena keje malam. Tapi ok la. Whole day dia teman saya. Tak de celebration ape pun.

Hubby wish birthday tepat 12 tengah malam dan bla bla...... Hehe... Siangnya dia masak Siakap 3 rasa. Masa nak makan tengah hari tengah saya hidang, dia kuar kan kek. So suprise. Sebab dia bukan jenis suprise segala bagai ni.Patut la masa saya nak tolong dia potong-potong bahan nak masak dia kuarkan semua barang dari fridge. Siap nak tolong simpan, kemas lagi. Kalau tak saya la yang kemas lepas dia masak. Thanks sayang (^_^)V



Wednesday, October 24, 2012

24th October

kredit wondermilk
#harus bekerja hari ini saya dan suami (teruknya susunan ayat)

Monday, October 22, 2012

photoshoot idea

Jalan-jalan jumpa gambar-gambar ni..
idea yang kreatif untuk b2b especially untuk pre wedding.
Untuk post wedding, potraiture but not bad juga. 
Cuma kena rajin la nak g gantung riben tu



credit photo to PEVEYHACK


tengah google gambar nak letak dalam blog jumpa ni.. Comelnya...



Tuesday, October 16, 2012

Review novel - Antologi Jiwa Kacau


Salam
Saya mengambil masa agak lama juga untuk menghabiskan pembacaan novel ini.
Tragedi Di Lampu Isyarat- Elee Mardiana

Rita, gadis yang survive dalam kemalangan. Sejak itu dia mendengar suara juliana yang terkorban dalam kemalangan itu yang mahukan dia menyelamatkan kembarnya. Sejak dari itu Rita mencari maklumat tentang Juliana, Johanna dan sesiapa yang ada kaitan dengan mereka sehingga dia sanggup menjual hartanya, berpindah ke Malaysia dan memeluk agama Islam. Endinya memang tak di sangka. Kisah ni bahasanya agak skema. Dah macam direct translation dari english ke BM. Tapi storynya best, buat kita tertanya-tanya.Tapi menuju ke penamat, penulis macam rushing nak habiskan.

Menari Dalam Duka - Attokz Dikulgai

Arzam Domino yang terlibat dalam dunia kongsi gelap, dadah dan pusat hiburan. Dia bekerja di bawah arahan Tuan D yang memeliharanya bersama Ghazeem dan Tria. Arzam dan Tria saling mencintai tetapi masing-masing tidak meluahkan perasaan. Ghazeem dan Tuan D juga sukakan Tria. Apibila Tria menolak cinta Ghazeem, Ghazeem jadi cemburu  dan membalas dendam pada Arzam, di tambah pula dengan sifat tamak yang semakin menguasai dirinya. Semasa operasi senjata api, Arzam di pukul dan pengsan. Orang kampung telah menyelamatkannya. Di sana dia mula insaf dan mula belajar ilmu Akhirat.
Permulaan cerita ini memang tak masuk dengan jiwa saya. Banyak ''term'' kongsi gelap, dadah segala bagai. Memang saya sangat bosan. Sangat lama saya ambil untuk teruskan pembacaan. Bila Arzam dah bertaubat, cerita semakin menarik tetapi malangnya sikit sahaja part itu then terus penamat dan endingnya ntahapapa.

Dendam Bunga Dahlia - Lyn Dayana

Pembunuhan bersiri 3 manusia yang berusia 27 tahun telah menemukan kembali teman sekolah yang telah 10 tahun berpisah kerana takut mereka akan menjadi mangsa seterusnya. Mangsa pembunuhan pertama, Hani yang lagi seminggu akan melangsungkan perkhawinan. Mangsa kedua Hadi dan yang ketiga, Nurul. Selain umur mereka sama, mereka adalah teman di sekolah dahulu dan bunga Dahlia berada di sekeliling mayat mereka. Tihani, Eda dan Dania bertemu kembali setelah 10 tahun mereka berjanji tidak akan bertemu walaupun Tihani dan Dania saling bermusuhan. Mereka menyelidik siapakah yang membunuh dengan campur tangan pihak polis namun banyak yang mereka rahsiakan. Orang yang mereka syak telah lama bunuh diri. Siapakah pembunuh bersiri itu? Selamatkan nyawa mereka?
Karya Lyn Dayana memang tak pernah mengecewakan. Penyebab saya beli novel ni sebab ada karya Kak Lyn dan Kak Dhiya.

Buru Bayangan Luka - Dhiya Zafira

Azalea hampir dibunuh di rumahnya yang mempuanyai kawalan ketat tetapi dia berjaya menembak pembunuh tersebut dan terkejut melihat wajah pembunuh itu. Malangnya dia di pukul dan bergegas ke Balai polis untuk membuat laporan. Ketika polis sampai di rumahnya, mayat tersebut tiada dan polis menyangka dia mereka cerita. Adha, pegawai polis cuba untuk mempercayainya tetapi laporan perubatan Lea menyebabkan dia berfikir semula. Hanya Azira kakak Lea yang mempercayainya. Kepulangan mama dan Lea terdengar perbualan Mama dengan Uncle Badrul menyebabkan dia mencari Adha tetapi Adha tidak mempercayainya. Cubaan membunuh Lea di hadapan Adha menyebabkan Lea menceritakan semua rahsia yang di simpan. Lea mengesyaki Mama yang ingin membunuhnya di sebabkan wasiat ayahnya. Adakah telahan Lea benar? 

Cinta Berdarah - Salina Salleh

Tunang Helmi telah dibunuh, dan akibat tertekan dia menjejaki pembunuh tersebut mengikut suara-suara yang dia dengar.
Maaf cakap, saya rasa sangat bingung membaca kisah ini. Sangat banyak bayangan sehinggakan saya tak tahu yang mana satu realiti. Tiba-tiba muncul zombie? Adeh.. sungguh saya pening baca kisah ni. Dan endingnya ntahapapa. Memang saya tak paham langsung. Menyesal baca. Buang masa sahaja.


Monday, October 15, 2012

Wedding Ain

Salam..
Hujung minggu lepas penuh aktiviti. Ceehhh.. Padahala bukan banyak sangat pun tapi sejak pregnant ni jarang g berjalan. Kalau g pun dekat-dekat je dan tak banyak tempat pergi. Tapi Sabtu lepas macam banyak lak tempat di jengah. First, pergi Majlis Perkahwinan teman kolej, Ain di Kemunting. Best sangat. Jumpa ramai teman yang dah lama tak jumpa. Ye lah bila masing-masing dah kerja susah nak berjumpa.Tambah lak masing-masing kerja syif memang susah nak jumpa di majlis teman-teman. Lepas Asar baru gerak pulang then shoot balik rumah FIL. Then, hubby ajak g Autocity tengok Pameran kereta. Huhuhu. Sangat bukan jiwaku. Tapi ikut je la walau rimas dengan bunyi sound sistem yang kuat dan ramai orang. Hampir pancit berjalan. Huhuhu.. Pendek cerita, jom layan gambar (^_^)

pelamin cantik
Antara teman yang dah lama tak jumpa
with Tikah

Last shot b4 balik

doorgift  
perut 19w. *tiba2* ngeee

Thursday, October 11, 2012

Susu

Since saya inform my family and friends about my pregnancy, semua asyik pesan minum susu. Owh, tekak saya ni susah nak terima susu tepung. Masa patah kaki hari tu pun paksa diri minum. Itu pun sebab Anlene ada perasa coklat. Kalau yang pure colour putih tu memang keluar balik la kalau minum. Mak Teh saya supply susu tepung yang dia dapat dari tempat kerjanya. Memang yang flavour bukan pilihan saya T_T Cousin saya suruh + milo kalau nak bagi lalu. Gud idea!

minum sampai muntah T_T
 Masa sembang-sembang dengan specialist klinik saya, dia cakap minum je yang ready made Dutch Lady tu kalau itu je yang mampu. Asalkan susu. Tak perlu la nak paksa diri minum yang tepungan itu. Hooyeaahh!! Saya lega. Plus minum banyak soya. Saya bincang tentang persoalan saya tentang baby menghidap eczema, psoriasis kalau mommy banyak minum soya during pregnancy. Katanya, kalau mommy takde asthma tak kan berlaku masalah kulit pada baby. Owhh, lega sangat. Boleh la saya belasah minum Dutch Lady Chocolate dan Soya.

Masa awal-awal tahu mengandung memang saya minum susu tepung + milo. Bila dah start alahan tekak saya langsung tak leh terima susu tepung. Masuk 2nd trimester Alhamdulillah sudah boleh minum susu. Saya campur-campur minum susu tepung Materna coklat, Dutch Lady dan soya. Setiap hari memang minum. Tambah lak saya tak berapa ada selera makan. Susu sangat membantu saya supaya tidak lapar. Hubby lak sejak saya boleh minum susu ni dia borong soya 1 karton. Ngee.. Lawak pon ada. Tapi dia pun minum gak. So, tak de la membazir sangat.

Wednesday, October 10, 2012

wordless wednesday

want it!


kredit to HERE

Tuesday, October 9, 2012

3rd antenatal check up

Salam,

Minggu pertama di bulan Oktober saya ke KK untuk antenatal check up yang ke 3. Sekejap saja check up kali ni. Tak perlu jumpa Doktor. BP ok, Berat naik 0.4kg, Hb atas pagar 11.0. Kena makan haematinic 2x sehari.

sumber dari GOOGLE

Cuma kali ni punya check up first time nurse ukur tinggi perut dan heartbeat baby.

tgi perut atau fundus height

Katanya jantung baby dengar jauh sangat. Saya pun perasan gak. Tapi tak pe lah. Asal dengar >.<


Then bagi slip ubat dan next appointment hujung bulan untuk scan dan inform Doktor pilihan saya untuk bersalin.

Monday, October 8, 2012

Multiple ligament injury

Salam

Lama tak story pasal perkembangan kaki saya. Tak de story terbaru pun. Cuma bulan lepas follow up dengan orthopaedic dapat berita baru. Saya kena multiple knee ligament injury.


Saya injured di kedua-dua ligament di atas

Nanti nak kena buat test nak tahu degree injury atau gred berapa ligament saya yang cedera tu. Lepas tu baru bleh confirm perlu opertion atau tau. So far saya bergantung pada knee guard yang perlu di pakai apabila saya berada di luar rumah, bekerja atau melakukakan aktiviti untuk sokongan dan stabil kan kaki saya. Kalau tak de ni memang saya mudah jatuh bila berjalan, naik tangga. Memang rasa lembut lutut sangat kalau tak pakai ni.


Maka, tunggu tahun depan lepas bersalin baru tahu macam mana.

Thursday, October 4, 2012

Stretch Marks

Salam dan selamat sejahtera  ^,^

Since tau yang saya pregnant, saya mula sapu minyak. Konon tak nak jadi stretch mark nanti. Tapi hakikatnya selulit merata-rata. Ngeeee Saya hanya menggunakan Bio-Oil yang memang ada dalam rumah ni. Beli konon nak bagi hilang parut jerawat, tapi sapu sekali dua je. Dari terbiar baik sapu je. Kot-kot la tak jadi stretchmark.. +_+



Dari pembacaan saya di blog mommy to be lain banyak minyak dan krim yang digunakan untuk hilangkan stretchmark. Antaranya minyak biji aprikot, palmers cocoa butter, pureen anti stretch marks, johnson's baby oil, olive oil dan macam-macam produk lagi. Ada yang mahal dan murah. Keberkesanan bergantung juga kepada kulit sebenarnya. Ada yang kulit jenis sensitif. Pada saya, Alhamdulillah, so far guna bio-oil tak de la gatal ke kulit pecah, merah ke.

Ada juga yang saya jumpa tips-tips untuk minimum stretch mark semasa preggy

  • Ambil makanan sihat untuk melembabkan kulit anda. Ambil vitamin prenatal dan makan makanan dengan kalori yang betul dari makanan berkhasiat iaitu yang mengandungi kalsium, protein, buah-buahan dan sayuran.
  • Minum 8 gelas air masakan atau lebih untuk menjaga kelembapan dan elastisiti kulit.
  •  Berjaga-jaga dengan peningkatan berat badan, pastikan peningkatan berat badan sewaktu hamil adalah mengikut amaun yang disyorkan.
  • Lembabkan bahagian-bahagian yang dijangka akan terjadinya stretch marks seperti di payudara, paha dan pinggul setiap pagi dan malam dengan pemakaian losen atau minyak.
  • Pengambilan diet yang tinggi protein. Protein akan merangsang komposisi kolagen kulit, dengan peningkatan kolagen ini akan mengurangkan kesan stretch marks yang ada. Pengambilan yang konsisten sudah pasti akan merubah kepada keadaan yang lebih baik.
So far, sepanjang tempoh kehamilan saya ni belum ada stretch mark tapi linea nigra dah ada samar-samar T_T Moga kulit terus seperti ni hingga selamat melaahirkan :)

Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday

berapa byk muka dlm pic ni?
tangan ke muka?
tua ke muda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...