Thursday, May 31, 2012

Review novel : Si Mangkuk Tingkat

Salam..
Pertama kali terpandang novel ni di rak kedai buku, saya memang tak terasa nak membeli sebabnya, kulit muka depannya sangat la tak menarik perhatian saya. Ngeee.. Then baca review dari forummer, katanya novel ni berbaloi untuk di beli. Tawakkal je saya beli dan hasilnya tidak menghampakan.

Diantara novel yang termasuk dalam kategori ''susah nak letak''.
Saya bagi 4 bintang. Sangat santai ayat-ayatnya dan penuh lawak jenaka.
So tak bosan la nak menghabiskan.


Sinopsis

Asyraff jatuh cinta pandang pertama pada Ard ketika pertama kali berjumpa.
Mereka berlanggar sesama sendiri di airport. Asyraff jatuh cinta sebab Ard berbaju kurung ketika itu dan dia memegang mangkuk tingkat.

Dan berlakulah beberapa kejadian mereka bertemu secara tidak sengaja selepas beberapa tahun tetapi dalam situasi yang menimbulkan kemarahan pada Ard. Kemudiannya mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing. Asyraff menerima Ard tetapi tidak Ard kerana kisah silam yang berlaku padanya.

Berbagai usaha yang Asyraff lakukan untuk menambat hati Ard.
Berjayakah Asyraff?

Makin lama makin pendek lak saya menaip sinopsis review novel.. Ampun bagi peminat novel sekalian. Masa sangat mencemburui saya  [^,~]y

Peminat novel di utara, jangan lepaskan peluang ini

 25% untuk setiap novel lama atau baru. Promosi sehingga 10 Jun 2012. Akan ku serang minggu depan walau di rumah ada 12 buah novel belum di baca T_______T

Wednesday, May 30, 2012

wordless wednesday

Amazing

Japan
UTAH'S BEAUTIFUL BUTTE
Semporna, Sabah
Kleven, Ukraine
Montana, USA
Great Blue Hole, Belize
Lavender Fields, Provence, France
Japan

Tuesday, May 29, 2012

Hadiah dari teman

Salam dan hai...
Last week dapat hadiah dari senior tempat kerja.
Walaupun saya baru 2 bulan di situ saya dapat hadiah jugak..
Hehehhe..
Actually dia dah nak retired, So dia bagi la cenderahati utk semua teman sekerja.
Terbalik lak kan? Patut yang nak pencen bagi hadiah kat yang nak pencen.

Jom tengok apa yang dia bagi.


Jam tangan yang di buat sendiri oleh kakak itu.
Gelang tangan yang juga di buat sendiri.
Brooch merambu 3 ketul.

Alhamdulillah.. rezeki.. :)

Monday, May 28, 2012

Tips Blogging

Salam dan hai.
Dari entry pasal BE minggu lepas, Qyla request untuk saya letakkan tips mendapat banyak BE. Dari pembacaan di blog otai di sini saya senaraikan Tips yang saya aplikasikan :)

  • Maintain status Glitterati di nuffnang. Jangan curang ye dengan nuffnang :)
  • Rajin update blog. Kalau bz, tak sempat nak hadap blog hari-hari macam saya ni, buat la scheduled entry. Dan make sure entry di blog anda adalah original. Boleh je nak copy paste artikel tapi jgn la semua entry hasil dari copy paste.
  • Rajin la update survey di nuffnang. Update yang blog kita ni tentang apa, peribadi, hiburan, wanita. Yang penting jangan letak ''politik''.
  • Letak ketiga-tiga kod ikllan nuffnang iaitu leaderboard, skycrapper dan large rectangle mengikut arahan nuffnang. Kedudukan yang salah mungkin menyebabkan tipis peluang untuk dapat BE.
  • Rajin la hantar ticket atau pertanyaan pada nuffnang. Tanya la yg lokasi iklan kita tu ok ke tak, kenapa tak dapat nuffnang. Dengan ini nampak la yg kita ambil berat pasal nuffnang.
  • Maintain traffik blog anda. Tak perlu sampai visitor beribu. dalam 100 sehari pun dah ok. Dan pastikan setiap hari bilangan visitor lebih kurang bilangannya. Kalau meningkat dari biasa bagus la tapi jangan la penurunan secara mendadak. Nak bagi banyak visitor, rajin la blogwalking, update entry, promote blog d FB ke.
  • Make sure blog anda ringan. Remove mana-mana widget yang tak penting. Bila blog ringan, loading lebih cepat, tak de la orang menyampah nak datang. ngeee..

 Harap tips-tips ini dapat membantu Qyla dan readers lain :)

Sunday, May 27, 2012

Review novel : Transit Cinta

Salam..
Novel Adiwarna ke 5 saya dan buah tangan ke dua dari Iqbal Syarie yang telah saya baca. Penuh dengan dakwah didalamnya. Harus membaca dengan teliti dan santai supaya ilmu yang di terapkan dapat di fahami. Alhamdulillah banyak benda baru saya dapat belajar daripada novel ini.

Sinopsis

Akiff , pemuda yang kematian kesemua ahli keluarganya dalam nahas kapal terbang. Tinggal bersama datuk dan neneknya dan mula menghayati Islam dengan bantuan sepupunya, Fatihin. Mula sukakan Diana di bangku sekolah lagi kerana ciri-ciri muslimah padanya. Namun dia kecewa apabila melihat Diana sudah berubah menjadi 'moden' di KPP. Tanpa pertanyaan dia terus menghukum Diana sehingga gadis itu berkecil hati dan membawa diri ke Scotland untuk tinggal bersama datuk, nenek dan adik-adiknya setelah ayahnya di penjara kerana membunuh ibu mereka.

Di KPP, teman sebilik Akiff iaitu Ben sangat culas mengerjakan perintahNya dan Akiff berusaha mengajak sehinggalah Ben kembali sujud padaNya setelah penceraian ibu bapanya dan itu mengubah 100% hidup Ben.
Diana bekenalan dengan Fatihin di Scotland ketika pemuda itu melancong. Pemuda yang belajar di Jordan itu sentiasa menjadi rujukan Diana apabila dia merasakan bahawa datuk dan neneknya dalam usaha menarik mereka 3 beradik kepada agama kristian.

Diana mengambil keputusan pulang ke Malaysia dan belajar di KUIS. Dengan bantuan Eva bekas teman sebilik Diana di KPP Akiff berjaya merisik Diana dan meminta Diana menunggunya pulang jika Diana masih belum berteman. 

Banyak yang saya ringkaskan di sini.. Banyak sangat dakwah dan aktiviti keagamaan di dalam ni.
Sampai di sini saja.

Saturday, May 26, 2012

katil

Salam..
Google untuk entry semalam jumpa gambar-gambar katil yang unik dan tak kurang juga yang pelik. Nak share di sini.

katil ke ular?
sangat best katil ini
Ok, cukup la.. Banyak lagi ada tapi banyak-banyak gambar letak lambat loading lak nanti. Selamat berhujung minggu :)

Friday, May 25, 2012

New Life

Salam dan hai.
Musim cuti sekolah sudah bermula maka banyak la jemputan kahwin yang harus saya dan suami harus hadiri tapi memang cuti sekolah ni kami tidak free sebab terikat dengan majlis family sendiri. Saya memohon ampun dan maaf pada teman-teman yang saya tidak dapat menghadiri majlis mereka. Especially majlis my best friend. sedih sangat tak dapat attend wedding dia. Dah la masa dia bertunang pun saya tak dapat hadir. T_____T

Pada rakan-rakan yang akan menamatkan zaman bujang saya ucapkan ''Selamat Pengantin baru, Moga bahagia sampai syurga''.. Harusla bersiap sedia untuk dugaan dan persiapan selepas berkahwin pula. Kehidupan baru sebagai suami isteri dan telah masuk ke keluarga baru, FIL. Saya masa mula-mula decide nak kahwin pening fikir hal tempat tinggal. Ye la, dah kahwin kan, takkan nak semak diri di rumah family sendiri atau FIL.

Kebetulan BIL saya berpindah ke KL, so rumahnya kosong. Saya dan suami decide untuk menyewa pada BIL. Alhamdulillah rumahnya sudah siap sedia segala barang asas dari televisyen, Peti sejuk, Microwave, Katil, Washing Machine, peralatan dapur, Meja makan. Cuma sofa je tak de. Peralatan semua milik BIL dan juga hubby.

Kepada kawan-kawan yang melangkah ke alam perkahwinan perkara pertama yang harus di fikirkan samaada nak pindah rumah lain atau tinggal bersama keluarga. Masing-masing ada pro dan kontra nya. Saya tak nak huraikan isu ini.

Bila pindah rumah kena la fikir perabot asas yang wajib ada dalam rumah. Memang banyak duit akan keluar. Sewa rumah saja semestinya nak deposit 2 atau 3 bulan. Kalau rumah sendiri bagus la. Kemudian perabot asas tu kalau dapat hadiah dari wedding memang la sangat membantu. Tapi tak kan ada yang nak bagi Peti sejuk? Set bilik tidur? Washing Machine? Unless kita dah letak dalam kad undangan request hadiah.

Sound crazy tapi saya pernah menonton dan membaca di mana kad undangan perkahwinan, tetamu harus membeli hadiah di kedai yang mereka pilih. Kiranya di kedai itu dah ada site kelengkapan rumah dan setiap tetamu beli satu. Tak de la pengantin dapat hadiah yang sama kan? Tapi tetamu mampu ke? Orang dah datang majlis pun dah besar rahmat.

Maka, Bincangla sebaik-baiknya dengan pasangan anda. Bagi saya, saya lebih suka tinggal berasingan dari keluarga. Apabila dah berkahwin kita dalam peringkat pengenalan dengan suami. Baru nak ketahui baik buruk pasangan sepenuhnya. Kalau wujud orang lain dalam dunia kita macam banyak berlakon je. Nak bergaduh, bermanja dengan pasangan juga harus ada limit.

 Lepas tu nak ke beli lauk je manjang sebab tak de dapur gas dan peti sejuk untuk menyimpan bahan basah. Nak ke basuh baju dengan tangan sebab tak de washing machine? Nak ke tidur atas lantai berlapikkan comforter sebab tak de katil? Nak ke kebosanan dalam rumah sebab tak de televisyen? Bagi saya, saya memang tak nak.
katil idaman
Tepuk dada tanya selera. Sekadar pendapat saya sahaja.

Thursday, May 24, 2012

Kisah nuffnang

Salam dan hai..
Lama tak update cerita nuffnang dan Buffer Earnings (BE).
Mula-mula start blog memang tak register pun nuffnang ni.
Blog pun private je masa tu. Then bila dah prepare hal kahwin blog sudah public
dan baru tahu pasal nuffnang selapas blogwalking merata ceruk.
Excited bila first time dapat BE dan campaign walaupun income first BE hanyalah 18 sen dan campaign dapat 25 sen je T_____T Bila dah sibuk kerja dan berumahtangga tak hirau dah dapat BE ke tak, earning berapa ringgit pun tak ambik tahu. Then bila dah MC 9 bulan sibuk balik amik kisah. Hahahahahhaha

Mula la apply tips-tips dari otai yang makan gaji bulanan dengan cash out dari BE je.
Alhamdulillah sejak dari tu BE memang tak putus-putus. Kadang-kadang ada la senyap seminggu then dapat balik BE baru.

Setelah 2 tahun register dengan nuffnang saya memang belum pernah cash out dan earning belum mencapai RM100. Hajatnya bila dah RM100 baru nak cash out. Hujung tahun kot baru dapat. InsyaAllah.
Tak berharap sangat pun. Blog pun tak pernah lebih 100 UV sehari T____T


p/s - malam ni dah nak gerak ke KL untuk majlis pernikahan dan resepsi BIL.

Wednesday, May 23, 2012

wordless wednesday

Nice. Really need new bookshelves T__T

Tuesday, May 22, 2012

Restoran Aur Gading

Salam dan hai..
Lama dah rasanya tak review tempat makan best.
Kali ni nak review Restoran Aur Gading di Sungai Dua.

sumber SINI
Menu yang popular di sini adalah Mee Udang tapi jujur nak beritahu saya belum pernah mencuba menu itu. Sebabnya saya bukan lah penggemar mee.

sumber SINI
Yang saya dan suami selalu cuba adalah seafood yang boleh pilih sendiri bahan mentahnya. Contohnya ada ketam, udang, sotong, siput dan macam-macam lagi.


Menu favourite kami suami isteri adalah sup ketam. Memang sedap dan puas hati.
Side order adalah sotong goreng tepung atau pun udang goreng kunyit atau kerang bakar atau siput masak pedas. Semuanya terbaik. Tapi xde la nk order semua tu. Kopak nak membayar dan membazir.

Antara yang ada di sini
  • ada bilik air cond
  • ada tempat duduk untuk menikmati pemandangan di tepi sungai
  • Parking senang
  • tandas, surau, babyseat di sediakan
  • ada tv, xde astro
  • makanan sedap. Harga ikut pasaran semasa. Quite mahal tapi reasonable
  • makanan cepat je sampai
  • Dibuka dari tengah hari sampai tengah malam. Malam agak pack.
Banyak pilihan makanan di sini. Tempat duduk juga banyak. Sesuai untuk jamuan makan keluarga besar.

( GPS N 5 25.95 E 100 25.878)

Monday, May 21, 2012

Pic Honeymoon SchAwal

Salam dan Hai..
Apekah motif menepek gambar honeymoon orang...
ngaaaaaa.. Takde idea sebenarnya nak buat entry.. Tapi ok la, mereka kan public figure. Saya bukan la peminta fanatik mereka tapi suka melihat mereka. Dan saya jeles sebab tak dapat pergi New York... Hahahaha

Latest pic mereka



Gambar credit Cari forum, Instagram Schaalyahya dan Instagram Awalashaari

 

ini picca dr seia sekata schawal. kredit pada avrilizana di forum cari :)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...