Friday, August 31, 2012

Merdeka!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 untuk semua rakyat Malaysia. Semoga Malaysia terus maju,aman makmur sampai bila-bila.
 
 
p/s - walau dah ptg br buat entry. Ngeee.. Tak sabar nak reunion esok :)

Thursday, August 30, 2012

Hadiah 3 Julai

Di entry INI saya letakkan cerita kenangan 3 Julai tahun lepas. Tapi 3 Julai tahun ini saya menerima hadiah dan semestinya kenangan yang tidak dapat di lupakan juga. Maaf cerita bulan Julai, bulan Ogos baru mau publish entry. Saya sangat takut berlaku masalah, sementelah masih di awal kandungan. Ini pun saya masih takut. Apa sahaja mampu terjadi atas kuasa Allah. Saya tidak berhenti berdoa akan kandungan saya selamat sehingga melahirkan. Amin


Kenapa baru sekarang saya publish entry ini? Mengikut perkiraan saya, semasa 3 Julai kandungan saya baru berusia 2 minggu 5 hari. Tetapi mengikut perkiraan LMP 4 minggu ++. Nampak kat result tu ada tulis weakly? Bacaan hcG level masih rendah,

Camna saya boleh jalankan ujian ni, padahal saya masih belum di beri kebenaran untuk pregnant. Salahkan saya atas kedegilan ini. Setelah sebulan berhenti secara sendirinya penggunaan nasal spray, then saya dan hubby terus planning untuk pregnant. Alhamdulillah berjaya. Period baru lewat beberapa hari, tetapi tangan dah gatal nak check. Ditambah rasa nak pitam, demam dan loya sehari suntuk. Maka keesokkan harinya saya curi-curi hantar spesimen ke makmal. Dan itulah keputusannya. ~_^

Tahu je keputusan memang tak sabar sangat nak inform hubby tapi hubby keje malam. Seharusnya dia tengah tidur waktu itu. Then bila balik rumah beritahu dia macam blur dan mintak kepastian. Bila dah pasti baru lah dia tersenyum lebar dan ....... (censored) muahahahahhaahha

Then just inform mak, sedara terdekat dan BFF ku. Berbagai nasihat mereka berikan secara percuma dan juga ucapan tahniah. Thanks my love. Then hubby tanya nak bersalin kat government ke private? Kelakar je, baby baru sangat dah di fikir kan sampai ke situ. Hubby Google diet, emosi dan ayat-ayat Quran untuk preggy mommy, Ape pun saya bahagia dan gembira dengan kehadirannya.

Wednesday, August 29, 2012

wordless wednesday

  
Moga selamat dan di permudahkan. Amiiinn

Monday, August 27, 2012

Review novel : Kemilau Mentari



Novel ni menghimpun 3 novel dari Zuraidah Othman. So far ok la.. Tak boring membaca. Tiga-tiga cerita just ok. Cover masih dalam edisi 'tak menarik' bagi saya.

Kasih Seimbas Pandang

Fikah dipaksa kahwin dengan lelaki tua oleh ayahnya di sebabkan masalah hutang ayahnya. Fikah melarikan diri dari rumah dan di selamatkan oleh Aziq yang memang sukakan Fikah. Aziq menjadikan Fikah sebagai orang gaji di rumah ibunya supaya ibunya dapat mengenali Fikah dengan lebih mendalam. Aziq pula akan di jodohkan dengan Amalina oleh mak cik nya namun Aziq enggan tetapi hasutan serta fitnah dari mak cik nya membuatkan ibu Aziq nekad untuk menjodohkan mereka berdua. Di tambah pula dengan pengakuan Amalina yang tengah mengandungkan anak Aziq membuatkan Fikah yang semakin menyukai Aziq kembali semula kepada  ibu bapanya dan nekad menerima orang tua itu sebagai suami. Bagaimanakan kesudahan kisah cinta Aziq dan Fikah? Berjayakah mereka di satukan? Atau mereka di satukan bersama jodoh pilihan keluarga masing-masing?

Jangan Ada Benci

Amera dan Ameza adik beradik tiri. Amera kakak yang cemburukan Ameza tetapi Ameza tetap sabar kerana mengingatkan pesan arwah ibunya dan menghargai jasa dan layanan baik ayah tirinya kepadanya. Sehinggalah mereka meningkat dewasa perangai Amera masih belum berubah dan dia menyalahkan Ameza yang menyebabkan RAshid meninggalkannya sehari sebelum hari pertunangan mereka. Ameza yang tau akan perangai sebenar Rashid cuba untuk menyelamatkan kakak tirinya dari menjadi mangsa Rashid. Akibat dendam Amera membuat rancangan supaya Ameza sengsara dan di malukan.
Amera bercinta dengan Raziman yang berniat untuk mebalas jasa ayah Amera yang banyak membantu keluarganya dan Amera melarikan diri pada hari pernikahannya. Akibat tidak mahu keluarga menanggung malu, Ameza bersetuju untuk menjadi penggantin perempuan menggantikan kakaknya. Namun hubungan mereka tidak seperti suami isteri yang lain. Ameza masih setia pada kekasihnya Amer manakala Raziman masih menunggu kepulangan Amera. Dan mereka berjanji apabila masing-masing dapat melupakan pasangan mereka Ameza akan memakai baju merah dan Raziman akan menyanyi lagi hindi. Bagaimanakah perkembangan hubungan mereka? Adakah mereka bercerai dan kembali kepada pasangan masing-masing? Adakah Amera insaf dan kembali ke pangkuan keluarga?

Kaulah Segalanya

Fatin baru berpindah ke sekolah baru atas permintaan abangnya, Farez namun seringkali menjadi mangsa hukuman Zahir walaupun atas kesalahan yang kecil. Rupanya Zahir ingin membalas dendam kepada Fatin atas kesalahan abangnya yang menyebabkan kakaknya mengandung luar nikah. Zahir kemudiannya cuba memikat Fatin dan ingin merosakkanya seperti yang Farez lakukan. Berjayakan Zahir memperkosa Fatin? 

Maaf, novel terakhir agak pendek sinopsis yang saya taip. Jari saya sudah lenguh T_T

Sunday, August 26, 2012

Pavlova coming~

Salam..
Before raya saya buat entry pasal teringin nak makan pavlova. 2 hari sebelum raya Pavlova yg saya order sampai tapi topping kena buat sendiri sebab saya nak bawa balik u\rumah mak keesokan harinya. Kalau dah siap hias memang tak tahan la. Maka lepas iftar tu saya, mak dan adik perempuan saya pun hias la. Bukan susah pun. Potong buag kecik-kecik tabur je atas cream tu. Saya tambah buah mana yang ada dalam rumah tu. Maka ini la hasilnya.

Messy sikit tapi lantak la. Janji nampak rupa pavlova. Habis di makan malam tu jugak. Saya order Red velvet dan Oreo cheese cake juga. Tapi tak de snap gambar pun. So saya copy dari fb tuan badan yang buat kek ni.

oreo cheese cake
red velvet
Dua-dua tak dan nak makan. Habis licin adik-adik saya makan. Nasib tak berapa teringin sangat nak makan. Memang beli untuk diorg pun. Yang penting tak membazir.Asalnya saya order yg macam gambar bawah ni tapi tak sempat buat. Maka dapat la yang macam atas tu.

Next time nak order lagi. yang oreo sedap.

Saturday, August 25, 2012

Aidilfitri 2012

Salam..
Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Blog berabuk, langsung tiada masaa nak jengah, apatah lagi nak update. Baru berkesempatan. Itu pun sebab hubby kerja dan saya terperap di rumah tanpa dapat menghadirkan diri ke mana2 open house walaupun jemputan berderet.

Kisahnya Aidilfitri tahun ni di kampung suami setelah tahun lepas di rumah saya. 3 hari 2 malam di rumah FIL, turut serta dalam persiapan dan 1 Syawal tengah hari gerak pulang ke rumah keluarga saya. Bermalam di sana dan kembali ke rumah FIL raya ke 2 dan ke 3. Saya memang sibuk di jalan raya sepanjang Aidilfitri ini. FIL sedia homemade laksa beras + nasi ayam. Saya tak masakk juadah itu. Sekadar siang, potong sahaja. Tak banyak pun kerja yang saya buat T_T

Then ke rumah saudara dan kawan hubby before gerak balik rumah family saya. Every year ayah saya buat open house. Juadah seperti tahun-tahun sebelum ni. Laksa, rendang ayam, gulai ikan talang, sambal belacan, ulam-ulaman dan roti benggali. Tak kenal juadah ni sila google. Ngeeee.. Tengah malam baru selesai semuanya dan saya adalah orang pertama yang tidur. Sangat letih dan kaki sangat sakit.

2 Syawal - Bertandang ke rumah saudara saya sekaligus menjemput ke walimah adik saya bulan hadapan. Tak semua rumah saudara saya pergi sebab hubby perlu attend open house schoolmate di kampung FIL. Attend open house dari lepas Isyak hinggalah tengah malam. Menu memang macam-macam. Dari kambing grill, spagheti bolognese, spagethi alfredo, nasi ayam, bihun sup, mashmallow, salad, strawberry chocolate dan banyak lagi. Malangnya saya langsung tak de selera nak makan kecuali ratah salad buah sahaja. Then ke rumah FIL tidur sana.

3 Syawal - Menghadiri wedding kekawan hubby dari tgh hari hingga ke petang. Then g urut kaki sebagai reward untuk diri sendiri. ~_~ Balik rumah tertidur keletihan dan esok pagi perlu kerja T_T

4,5,6 Syawal - Bekerja seperti biasa. Masuk kul 8 pagi balik kul 5 petang. Sempat ke rumah BFF raya ke 5 lepas balik kerja. Segan sebab ke rumah orang dekat nak Maghrib.

Sekian sahaja laporan saya untuk Aidilfitri tahun ini.. Ngeee.. Sempat bergambar bersama FIL 1st Syawal. Dengan family saya masa 2nd Syawal. Yang lelaki baju sempoi je. Malas nak letak watermark dan susun gambar segala bagai.

hubby with Syahmi Safwan
with FIL. Semua ada
Family SIL
Our
Hubby with all nephew
With Syahmi Safwan
BIL Family
With PIL
Both of us yang takde baju raya :)
My family

p/s - masih dapat duit raya ^_^

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri

Salam..
Di kesempatan yang ada ni saya dan menyusun sepuluh jari 
memohan ampun dan maaf 
andai kata ada yang terasa 
dengan tingkah laku dan kenyataan saya 
sepanjang saya mencoret di blog ni 
dan juga pada blogger lain 
yang mana pernah bersua muka, whatsapp, sms dan call. 
Juga pada teman-teman dan saudara mara 
yang membaca blog saya ini.
Maaf Zahir Batin.

Pada pembaca blog saya ini saya nasihatkan jaga diri, 
jaga pemakanan, berhati-hati semasa memandu.
Ambillah kesempatan Hari Raya ini untuk berjumpa 
dengan saudara-mara dan teman-teman 
sementara masih berkesempatan.
Juga peringatan pada diri saya sendiri ^_^

Tuesday, August 14, 2012

Review novel : keINDAHan cinta IMAN

Salam..
Pertama kali pegang novel ni terdetik di hati ''kenapa cover novel ni tak menarik?'' Memang tak terasa nak beli sebab covernya. Tapi novel ni masuk dalam ''recommended list'' dan penulis nya antara favourite saya. Maka saya beli dengan harapan ''dont judge a book by its cover'' ^_^ Dan ternyata saya tidak silap. Walau cover nya saya bagi rate 0.2 bintang tapi isi dalamnya 4 bintang. Kisah kahwin paksa, hero heroin tak kenal dan kemudian jatuh cinta lepas kahwin sangat cliche dan bersepah di pasaran. Dan kelainannya terdapat anak segera yang heroin kena jaga. Ada kelainan di situ dan pemberontakan si Along serta kerenahnya berjaya memberi variasi karya ini.

Sinopsis

Indah di paksa kahwin dengan Iman oleh abang-abangnya dan kakak iparnya terutamanya Nadiah kerana inginkan ganjaran butik yang di tawarkan oleh kakak Iman jika mereka berjaya di kahwinkan. Indah yang rasa dipermainkan oleh saudara maranya nekad untuk melarikan diri semasa majlis merisik itu, tambahan pula dengan kenyataan dari sahabatnya bahawa bakal suaminya adalah duda anak 4.  Dengan kata dua dari abang sulungnya, Indah terpaksa menerima lamaran Iman. Sebelum bernikah mereka telah bertemu dan tanggapan Indah terhadapa Iman berubah 100%. Iman yang memang sudah lama jatuh cinta pada Indah dan menganggap Indah sanggup berkahwin dengannya kerana ganjaran butik.

Setelah bernikah, Indah terus meninggalkan rumah keluarganya dan tinggal bersama Iman dan 4 orang 'anaknya'. Di sini Indah harus mengambil hati keempat mereka. Cuma Along yang menjadi masalah padanya. Tambahan pula Along menyimpan perasaan pada Iman. Berbagai helah Along gunakan untuk menyakiti hati Indah dan memisahkan Iman dan Indah sehinggalah satu kejadian berlaku menyebabkan dia insaf dan nekad untuk merubah.

Sunday, August 12, 2012

Pavlova

Salam..
Tetiba je meleleh air liur tengok gambar ni.

Gambar di atas di ambil dr FB Kak Su

Memang ada order Pavlova untuk raya tapi lum dapat lagi.
2,3 hari sebelum raya baru nak pick up.
Memang tak pernah rasa pun Pavlova ni.
Tak tau sedap ke tak, manis ke masam.
Tapi memang tengok buah-buah tu rasa nak sangat makan.
Nanti dah sampai yang order tu dan lepas rasa insyaAllah saya review.
Moga saya tak lupa. T_T
Ramai dah pernah rasa, makan, saya je belum T_T



Saturday, August 11, 2012

Review novel : Mr Right Buat Ann

Novel ni bukan la dalam ''recommend'' dari sesiapa yang pernah baca. Tapi tak tau kenapa saya sambar juga novel ni masa ke Minerva, KL. Saya pernah baca karya Ruby Hazri dan tidak mengecewakan saya. Maka saya berharap novel ini juga seperti novel sebelumnya. Setelah habis membaca, pendapat saya ok la untuk di baca waktu bosan. Saya ambil masa 3 hari untuk habiskan. dapat la dala 2.4 bintang. Banyak watak dalam novel ni sampai saya pening dan kena belek balik muka surat depan dan beberapa kesalahan typing. Nama bertukar, kejap Hanif kejap Amran. Lepas tu kisah anak Mak Som macam tergantung. Tiba-tiba je masuk adengan anaknya kena pukul dan tamat di situ.

Sinopsis

Ann berusia lewat 20an masih bujang dan telah menjalin hubungan dengan Hanif sejak dari Universiti. Hanif sebagai anak sulung mahu stabilkan ekonomi sendiri dan membantu adik-adiknya sebelum menamatkan zaman bujang. Ann pula rimas dengan pertanyaan ayahnya dan Mak cik Som, jiran di kampungnya tentang kisah jodohnya. Hanif mengambil keputusan untuk bekerja di Dubai bagi membaiki kehidupannya dengan janji akan mengahwini Ann sebelum Ann menginjak umur 30 tahun.

Apabila ayah Ann di serang stroke dan desakan Mak Cik Som untuk menjodohkannya dengan duda anak 3 menyebabkan Ann meminta Hanif pulang ke Malaysia untuk berbincang hal mereka tetapi Hanif ke Mekah menjenguk ibi bapanya dan ini menyebabkan Ann marah dan merajuk dengan Hanif sehingga mengabaikan email, call dan sms Hanif. Duda anak 3 mengajak Ann keluar makan bersama anak bongsunya dan Ann terpaksa keluar dengan mereka dan tidak berminat dengan Duda tersebut tambahan pula anaknya merayu agar dia tidak mengahwini abahnya.

Sepupunya, Mustaqim mula jadi matchmaker dengan mengenalkan bekas bos nya untuk Ann, Dalam keadaan terdesak Ann setuju untuk keluar dengan duda yang sudah 2 kali berkahwin malangnya duda tersebut tidak tahu muslihat Mustaqim dan dia berterus terang dengan Ann. Kemudian Ann di perkenalkan pula dengan Amran Faiz juga bekas bos Mustaqim dan mereka selalu terserempak. Ann pernah ternampak Amran bersama seorang wanita dan anak kecil yang memanggilnya ''papa'' dan itu membantutkan niatnya untuk mengenali Amran dengan lebih lanjut walau lelaki itu tidak putus menghubunginya.

Kemudian kehadiran Desmond yang juga jatuh hati pada Ann mengikut pendapat Yus teman baik Ann sehingga mendorong lelaki itu memeluk agama Islam. Desmond dan Ann tidak pernah sebulu. Kemunculan Hanif yang pulang bercuti ke Malaysia dan ingin menyunting Ann tetapi hati Ann masih terluka dengan Hanif yang tidak menepati janjinya. Siapakah yang menjadi pilihan Ann?

Friday, August 10, 2012

Penghujung Ramadhan

Salam..
Kejap je rasa dah sampai ke penghujung Ramadhan dan semakin menghampiri Syawal. Alhamdulillah saya masih mampu berpuasa walaupun banyak dugaan Ramadhan kali ini. Marilah kita berlumba-lumba mengerjakan Ibadah di penghujung Ramadhan ini. Moga kita dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar.


Bagaimana dengan persiapan menyambut Aidilfitri? Saya dan suami tidak lah berhabisan. Baju pun recycle mana yang ada je. Saya hanya membeli kek sahaja untuk di hantar ke rumah keluarga saya dan mentua. Tahun ni InsyaAllah beraya di rumah mentua. Alhamdulillah rumah mentua dan rumah keluarga saya tidak la jauh sangat walaupun berbeza negeri. Perak dan Penang. Jarak perjalanan hanya 45 minit.

Yang paling bestnya tahun ni saya tak perlu makan hati atau kecil hati akibat terpaksa bekerja di hari raya. yang tak dapat bayaran OT pun Tahun ni saya tak ambil cuti ekstra. Memadai dengan bercuti dari sabtu hingga selasa (18hb - 21hb) walau cuti tahuna masih berbaki 32 hari T_T. Saya memberi laluan pada senior untuk bercuti sebelum raya. Selepas raya pastinya pesakit ++.Moga di permudahkan segala urusan di penghujung Ramadhan dan kehadiran Syawal ini. InsyaAllah

Thursday, August 9, 2012

Tilam

Salam..
Poyo je tajuk entry.. Ngeee.. Dah masuk tahun ke dua kahwin baru nak beli tilam. Selama ni tidur atas tilam jugak. Tapi tilam cikai, span yang tingginya tak sampai 1 inchi. Memangla sakit badan bila bangun tidur, tambah lak selepas kemalangan memang sakit belakang ++ Discuss ngan hubby dan ayah saya nak beli tilam baru. Ayah saya list down kedai mana yang dia kenal manager. So leh la dapat discount skit. ^_^ Lepas survey, saya dan hubby decide pilih mana yang berkenan. Dapat discount RM500++ Alhamdulillah. So, saya dah tak sakit pinggang :)

pillow yg sgt comfy :)

Wednesday, August 8, 2012

Tuesday, August 7, 2012

Iftar

Salam..
Sabtu lepas (4/8/2012) kawan-kawan sekolah saya anjur kan majlis Iftar di Penang Golf Resort. Alhamdulillah, saya dan hubby berkesempatan untuk join. Walau tak ramai mana yang hadir, majlis masih meriah. Majoriti kawan-kawan yang hadir yang saya dah lama tak jumpa. Kami berborak hingga jam 10 malam. Memang kami adalah insan-insan terakhir yang meninggalkan cafe tu. Makanan memang pelbagai menu di sediakan. Dari juadah kampung hinggalah ke western. Dari appetizer, main course dan dessert. Apa pun memang berbaloi dengan apa yang di bayar. Cuma surau perempuan sangatla sempit dan kecik. Muat solat 5 orang je kot. Pastu berlaga bontot la. Memang tak kusyuk nak solat. Beberapa gambar yang sempat snap semasa jamuan Iftar tersebut.

Monday, August 6, 2012

Review novel - Cinta Edisi Terhad

Salam..
Sepanjang pembacaan novel ini saya berasa lapar dan terliur. Sudah la di bulan puasa. Kak Lynn banyak betul letak babak pasal makanan. Craving ok. Hehehehe... Kali ni kak Lynn tambah thriller di samping kisah cinta. Seperti biasa, karya kak Lyn tidak menghampakan. Ini last novel Kak Lynn yang ada dalam simpanan saya yang selesai di khatam. Tak sabar nak tunggu hasil terbaru Kak Lynn. Karya kak Lynn semuanya 'edisi susah letak'

Sinopsis

Julia, Zira dan Haida antara mangsa runtuhan bangunan. Mereka berkenalan semasa menunggu mereka di selamatkan sambil menceritakan kisah hidup mereka. Julia yang kecewa dengan kecurangan suaminya, Haida yang mahu memutuskan pertunangan  dan Zira yang misteri. Setelah mereka di selamatkan, Julia dan Zira meneruskan hubungan silaturrahim tetapi Zira menghilangkan diri, cuma meninggalkan hadiah serta wang kepada Julia dan Haida.

Setelah keluar dari hospital Julia nekad untuk pulang ke kampung selepas mengetahui berita kematian ibunya semasa dia terperangkap dalam runtuhan bangunan. Malangnya dia di cerai oleh suaminya saat dia keluar dari rumah. Manakala Haida nekad meletak jawatan kerana tidak mahu di ganggu oleh Faris, tunangnya yang di rasakan tidak layak untuknya. Zira pula sering di ganggu oleh Qairil yang ingin berkawan dengannya.

Haida ke kampung Julia dan mereka berganding bahu mengusahakan homestay di Pulau Tioman. Faris terus menjejaki Haida dan setelah berbincang tentang masalah Haida, Faris masih mahu mengahwini Haida. Julia di ganggu oleh bekas suaminya yang mahu mereka rujuk semula. Zira pula di ganggu oleh kekasih Qairil dan melarikan diri ke homestay Julia dan Haida. Dan hubungan mereka semakin erat.

Kemunculan Taufiq sebagai pelindung mereka bertiga mengeruhkan keadaan. Mereka tidak mengenalinya tetapi Taufiq dengan rela hati membalas dendam bagi pihak Julia ke atas bekas suaminya. Apakah kesudahan hubungan mereka? Apakah masalah sebenar Haida yang tidak mahu mengahwini Faris? Dapatkah Zira melembutkan hatinya yang telah keras akibat dari kenangan zaman kecilnya? Apakah yang terjadi pada bekas suami Julia? Adakah mereka rujuk kembali?

Saturday, August 4, 2012

Review novel : Tarikh Luput Cinta

Salam..
Ini karya kak Lynn Dayana yang ke tiga. Mujur masih di jual di kedai buku sekitar sini walaupun terbitannya sudah lama. Sejak jatuh hati dengan karya kak Lynn, memang berusaha nak kumpul kan semuanya tapi masih belum cukup 1. Tak tau dah nak cari kat mana. Karya kak Lynn memang berbaloi di baca. Bahasa nya mudah paham dan kena dengan jiwa saya. Moga kak Lynn terus sihat untuk menghasilkan karya-karya baru. :)


Sinopsis

Airel, Imanina dan Rezzal bersaing untuk merebut harta bernilai RM22.5 juta. Masing-masing punya masalah di tempat kerja dahulu Airel dituduh pecah amanah. Rezzah di tangkap khalwat bersama pelajarnya yang cuba memerangkapnya, Imanina di tukar ke tempat kerja yang lain. Lalu mereka terjebak menandatangani kontrak perebutan harta itu. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Airel dan Imanina selalu bertelingkah dan Rezzal menjadi orang tengah. Hilman, peguam yang menguruskan harta dan juga orang tengah antara mereka dan tuan punya harta. Imanina jatuh cinta pandang pertama pada Hilman yang sudah bertunang dengan Emmalin.

Sejak menandatangani kontrak, Imanina sering di ganggu dengan SMS, hadiah, surat, bunga dari peminat misteri. Namun beliau merahsiakan daripada Rezzal dan Ariel. Semakin dekat impian mereka tercapai, wujud insan ke empat yang tidak senang dengan mereka. Rezzal kemalangan, syarikat yang Ariel uruskan kebakaran, butik yang di uruskan Imanina di serang. Siapakah dalang nya? Orang yang mereka kenal? Kenapa mereka bertiga yang di pilih untuk merebut harta itu? Apakah hubungan mereka dengan pemilik harta itu? Siapakah yang memenangi harta itu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...