Thursday, February 28, 2013

Rezeki anak

Assalamualaikum..
Saya pernah mention dalam entry mana tak ingat dasar pelupa pasal kami suami isteri di murahkan rezeki di akhir kehamilan saya ni. Pertamanya hujung tahun lepas saya dapat call dari Kementerian Kewangan Malaysia, permohonan saya untuk Skim Ex-Gratia berjaya. Alhamdulillah. Saya kongsi sedikit maklumat tentang Skim Ex-Gratia ni.

Maklumat ini saya ambil dari  laman web Kementerian Kewangan Malaysia

Skim Ex-Gratia Bencana Kerja adalah skim yang memberi pampasan kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang ditimpa bencana kerja semasa menjalankan tugas rasmi hingga menyebabkan hilang upaya kekal atau kematian termasuk yang teraniaya disebabkan perbuatan balas dendam akibat daripada tindakan semasa menjalankan tugas rasmi.
Skim diwujudkan bertujuan menjaga kebajikan Anggota Perkhidmatan Awam dan orang tanggungan sekiranya terjadi sesuatu bencana semasa pegawai melaksanakan tugas rasmi memandangkan Anggota Perkhidmatan Awam dikecualikan daripada mencarum kepada skim yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
Pegawai dilindungi dalam tempoh masa berikut:
  1. semasa dalam perjalanan pergi dan balik bertugas dari rumah ke tempat bertugas;
  2. semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat bertugas ke tempat kediaman pada waktu makan yang diluluskan; dan
  3. sepanjang masa semasa bertugas rasmi.
Saya dapat duit pampasan ekoran dari kemalangan yang berlaku pada saya 3/7/2011 yang dalam perjalanan ke tempat kerja. Government staff takde SOCSO, maka skim ni yang perlu apply jika berlaku perkara seperti di atas tetapi dengan syarat staff itu hanya mengalami KECACATAN baru dapat pampasan.

Rezeki anak yang kedua, Hubby dapat kerja di sektor kerajaan bermula 1 Februari. Alhamdulillah. Lama dah hubby apply jawatan dalam sektor kerajaan ni. Baik yang gred rendah, hingga lah gred yang setaraf dengan kelulusannya. Akhirnya, tinggal lagi 6 minggu baby nak kuar, dapat email untuk lapor diri. 2 minggu selepas mula bekerja, dapat satu lagi panggilan temuduga untuk gred yang lebih tinggi dari sekarang. Allahuakbar, kami berdua bersyukur sangat. Tetapi atas beberapa sebab, hubby terpaksa tolak panggilan temuduga itu.

Itu sahaja kisah kami suami isteri, rezeki anak kami di penghujung kehamilan. Tujuan entry ini bukan lah untuk bermegah, riak dan sebagainya tetapi sekadar berkongsi walaupun rezeki kami di kurniakan zuriat agak lambat dan pelbagai dugaan lain yang harus kami hadapi dan kini berkat kesabaran kami Alhamdulillah Allah bantu. Tetapi perjalanan kami masih jauh. Kami baru bertapak, bertatih dan belum boleh berlari kencang tanpa melihat ke belakang.

Wassalam

Wednesday, February 27, 2013

Tuesday, February 26, 2013

10th antenatal check up

Salam..
Sekejap je dah 10 kali saya pergi check up. Kali ni untuk 36w punya check up. Hasilnya

Urin : negative Albumin dan glucose
Berat : sama seperti check up lepas (nurse cakap tak lama dah nak bersalin ni)
BP : 110/70 mmHg
Hb : 10.4 (sudah pen merah)
Fundal Height : 35cm (normal)
Fetal heart rate : 152 bpm (normal)

Check up kali ni jumpa nurse je. Next check up baru jumpa doktor untuk scan tengok ketuban, berat baby. Tapi kali kena ambil darah dekat lengan tu sebab Hb dah <10 .="" 11.5="" ambil="" banyak="" beza="" br="" darah="" dari="" hujung="" jadi="" jari="" kan="" kapilari="" kat="" keputusan="" lengan="" lepas="" tu="" vein.="" yang="">

Next check up setiap minggu. Adeh, malas cek nak drive cari parking segala bagai.

Thursday, February 21, 2013

Set Berpantang

Salam..
Di awal kehamilan, saya buat survey tentang set berpantang mana yang akan saya gunakan nanti. At first jatuh cinta dengan Tanamera berdasarkan review dari blogger tapi bila sembang ngan hubby tentang ni dia cakap ''mahal sangat kot'' Erm.. ya, saya pun terfikir tentang tu. Tapi bila tengok set-set lain lebih kurang je harga. Semua pun cecah RM200++ Yang murah-murah versi banyak menda nak makan. Saya bukan lah seorang yang patuh pada arahan untuk makan mengikut jadual. Dan kemungkinan tidak sesuai dengan badan dan kesan pada baby.

Kemudian saya survey di group, bila ada yang up isu set berpantang ni, mula la agen, penjual akan suggest produk mereka bagus. Tu, camna nak pilih kalau pendapat lebih kepada nak laku kan produk hasil jualan mereka. Bila tanya mak saya, mak pun serah pada saya je. Mak dah lama kot tak bersalin dan ini first time dia nak jaga anak dalam pantang nak menyambut cucu sulung. Saya tanya cousin yang rapat dengan saya. Dia ada beli set berpantang yang banyak bende alah tu tapi dia kata tak habis guna pun. Sudahnya expired je. Dia suggest saya beli mana yang penting je. Ok, saya ikut nasihat dia. Ini yang saya beli.

1. Param - disapukan keseluruh badan bertujuan untuk mengelakkan badan dari masuk angin. Saya beli yang jenama SariAyu RM13.90. Beli kat kiosk mall je.

2. Pilis - pakai di dahi pula bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita selepas bersalin. Yang ni cousin saya bagi. Dia ada lebih.

3. Bengkung - mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor. Sebab saya akan czer, mak dah belikan jenis yang moden jenama cosway.

4. Ubat periuk - herba dan rempah yang perlu di rebus dan di minum. Berfungsi untuk pengeluaran angin, lendir dan darah nifas. Ia juga untuk membersihkan, menyegarkan, mengembalikan fungsi rahim, melawaskan sistem perkumuhan dan membantu membuang lemak berlebihan. Minuman ini juga dapat menambah tenaga. Yang ni saya beli versi moden. Susah nak jumpa yang tradisional dan saya mungkin tak akan minum kalau yang rebus segala bagai tu. Maka saya beli Akar herbanika (15 uncang) + Phytonatal (90 biji) = RM 140

5.  Minyak hangat - hangatkan badan, pecah kan lemak. Ni banyak versi saya beli. Losyen Mustajab dan minyak TYT. Tu pun losyen mustajab dah guna urut kaki yang cramp. Hubby cakap dah abis nanti dia beli lain untuk guna bersalin. Minyak panas bukan masalah kot. Senang nak dapat.

6. Mandian Herba - mengekalkan kehangatan badan, menyingkirkan sel kulit mati, membuang angin, menyegarkan tubuh, menghilangkan bau badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah. Yang ni saya beli versi moden juga. Yang macam uncang teh, rendam je. Masa baby expo diorang jual secara banyak. Ingat nak beli 2 kotak je. 1 kotak ada 2 uncang, boleh pakai untuk 2-3 kali mandi. Tapi harga lagi mahal banding dengan beli 6 kotak terus. Saya ambil je yang set tu. Lagi pun lepas pantang pun leh guna lagi. Hubby nak guna mandi pun boleh. So, tak rugi pun. Harga saya sudah lupa. Tapi kalau ikut  checklist saya total RM42.50 untuk 8 box. Kat expo beli 6 box. Dapat free 2 sachet = 1 box dan saya ada beli 1 box beberapa bulan sebelum expo.
 

Rasa nya itu sahaja barang-barang yang saya beli untuk di gunakan ketika berpantang. Harap cukup lengkap.

Tuesday, February 19, 2013

Checklist Mama

Salam
Sudah habis checklist baby, sekarang checklist mak nye pulak. Macam yang baby jugak saya buang mana tak perlu dan tambah mana yang perlu berdasarkan blogwalking dan terjahan di group.

Banyak juga saya spend tu pun banyak dah yang cut dan guna mana yang ada.

1. Sweater - guna yang ada je

2. Pad - Prefer overnight wing Kotex. Saya ada sebab sendiri kenapa guna yang ni dan bukannya maternity pad.

3. Socks - Beli yang scarlet 5 pasang RM10.

4. Massage oil - Beli yang brand TYT RM5.90 je. Ada gak beli losyen mustajab tapi dah guna masa kaki cramp.

5. Slipper - guna mana ada je

6. Clothes  - guna mana ada je

7. Disp panties - Beli kat jusco RM6.90 untuk 12 pcs. Ni nak guna masa di hospital. Bleeding mesti banyak.

8 hingga 13 saya cerita  di entry lain untuk set berpantang.

Makin ringkas entry saya makin hari. Semakin malas nak menaip T_T Banyak lagi benda nak cerita sebelum bersalin ni. Nanti dah kuar anak ntah dapat ke tak pegang laptop. Minggu ni minggu terakhir saya bekerja sebelum bersalin minggu depan. Huhu.. sudah dekat masanya.

Monday, February 18, 2013

Checklist Baby - Traveling

Salam..
Kalau ikut dalam checklist saya, ini la yang paling tak terisi. Sebabnya plan nak beli lepas pantang je. Dan checklist ni antara yang memerlukan paling banyak modal. Bila dah banyak ongkosnya harus la buat survey sebaiknya.

1. Car seat / carrier - Saya dan Hubby sangat berkenan dengan brand Sweet Cherry. Mula ingat nak pilih yang travel system. Carrier yang boleh di angkat letak dalam stroller. Tapi kena beli stroller dan carrier gak la. Sama la jugak harga tapi yang baiknya kalau baby ngah tidur dalam kereta terus je angkat masuk dalam stroller. Tak ganggu baby tapi hanya boleh guna sampai umur baby 12 bulan je atau mungkin kurang dari itu. Lepas pada tu  kena beli car seat la plak kan. Membazir jugak. Saya explain kat hubby, better beli car seat. Leh guna untuk long term. Beli yang untuk newborn - 4 years. Yang leh rear facing dan forward facing. Hubby tak de komen pe pun.
2. Stroller - Mulanya saya rasa ini tak penting then hubby kata nanti pergi mall mesti dia yang kena dukung baby sebab saya kan kaki yang patah tu tak kuat. Nanti lenguh camna? Hehhe.. betul jugak. So, kena la beli jugak. Cousin saya nak bagi yang anak dia punya, tapi hubby dah berkenan yang macam ni.
3.  Baby sling - Saya rasa benda ni tak perlu. Saya bukan jenis pergi mana-mana tanpa hubby dan saya tak yakin mampu bawa anak saya berseorangan dan sebegini. Tambahan pula kaki saya tak kuat.
4. Nursing cover - Saya nak guna pashmina je

5. Diaper bag - rasa macam tak perlu. Kalau perlu baru beli.

6. Thermos - mak bagi yang cosway dia baru beli.

Friday, February 15, 2013

Review Novel - The Wedding Breaker

Salam
Novel ini di beli atas saranan teman maya saya yang  pernah baca kisahnya di P2u. Saya pun memang tengah mencari stok bacaan terbaru. Ambik je la sebab kami sama taste dalam novel ni. Di forum ada berbagai review. Ada yang kata bagus, best gila, ada yang kata menyampah dengan jalan cerita nya dan penggunaan English yang overdose dalam penceritaannya. Bagi saya tiada masalah. Cuma novel agak tebal. Banyak story yang tak patut di sumbat dalam tu. Kalau editor cerdik dan pengalaman boleh je cut mana yang tak perlu tu. Boleh la untuk di buat bahan bacaan di masa lapang, untuk di buat stok bacaan kali ke2, tak kot. Bukan kategori 'susah letak'.

Sinopsis

Ariana Rose membantu Juwita untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Adam. Perkahwinan mereka terbatal tetapi Adam mendendami Ariana yang memalukan dirinya. Adam yang pada mulanya ingin membalas dendam telah jatuh cinta pada Ariana. Adam mula berubah menjadi lebih baik untuk memikat Ariana dan menyesal atas perbuatannya namun sudah terlewat apabila Ariana telah bertunang dengan pilihan keluarganya. Apakah kesudahan kisah mereka? Berjayakah Adam memutuskan pertunangan Ariana?
Mula-mula baca saya pelik kenapa nama heroin lebih kurang dengan nama writer? Kebetulan kot. Then cerita ni pasal orang kaya, mewah, VIP. Memang semua mewah la. Terus khayal dalam dunia mereka. Hehehe..


Thursday, February 14, 2013

Checklist Baby - Diapering / Laundry

Salam..
Kali ni nak share checklist pasal Diapering / Laundry pula.


1. Diapers - Saya beli Petpet NB di Manjaku RM26.90. Masa di Baby Expo borong 4 beg saiz S jenama berlainan sebab murah. Try and error je. Harap punggung baby nanti bukan jenis manja dan sensitif. Harus pokai mama nanti kalau kulit sensitif.

2. Diaper Wipes - Ni juga di borong masa di Baby Expo jenama Pureen. 4x100 = RM18. Yang brand Anakku beli di Billion je masa sale.

3. Changing Mat - Beli di Manjaku brand Fiffy RM15.90

4. Diaper Rash Cream - Kemudian je nak beli kalau perlu.

Wednesday, February 13, 2013

wordless wednesday


Saya nak buat photoshoot untuk my baby
akibat dari jatuh cinta melihat gambar-gambar ini
tetapi.....
 

Tuesday, February 12, 2013

Checklisy Baby - Grooming, Bathing

Salam..
Kali ni update checklist untuk baby grooming, bathing. Senang cakap set kecantikan baby la. 


1. Toiletries - Set mandian, bedak, shampoo baby. Memang beli yang traveller set je. Sebab risau jugak kot allergic nanti tak sesuai. membazir lak. Yang saya beli brand Anakku di Manjaku RM 13.90. Yang Baby Kiko dapat free gift masa pergi Baby Expo. Brand Pureen dapat masa register member card di Manjaku kot.

2. Towel - Saya beli brand OK Baby di Mydin RM 8.90. Rasa macam tak cukup tapi rasanya kat rumah mak saya banyak je towel. Tak pun guna lampin je nanti lap sementara suruh hubby pergi beli. Tak susah pun nak cari towel.

3. Cotton Buds - Banyak kot kat umah, tak perlu beli.
4. Cotton Balls - Untuk cuci tali pusat nanti. Sangat banyak di tempat kerja saya.
5. Nasal Aspirator - Tak tau perlu ke tak. Kalau perlu g beli je nanti. Kat Jusco pun ada jual
6. Bathub - Beli di kampung hubby. Kedai biasa-biasa je. No brand. RM15.90
7. Minyak - Untuk elak kembung, sapu kat baby. Saya beli di Mydin jenama mestika RM5.50, satu lagi beli di kedai area rumah saya je. Jenama Cap Lang RM 4. Awal dulu nak guna yang Minyak Yuyi, lepas macam-macam isu, terus cancel.
8. Thermometer - Belum beli. Nanti baru beli.

9. Nail clipper - Nanti baru beli.

Itu saja untuk baby grooming, bathing. Ada beberapa list lagi. Moga sempat saya review before admit hujung bulang ni. InsyaAllah. Doakan saya.

Monday, February 11, 2013

Photobook Pixajoy

Salam.
Seperti yang saya cerita di entry ini, saya ada beli voucer di groupon untuk gambar-gambar semasa photoshoot ni.

Ini first time saya beli voucher online dan semestinya saya tak pernah reka photobook sendiri. Before beli saya google dan survey dari blog lain samada company ni mesra pengguna atau tak, servis camna. Setelah berpuas hati baru saya berani beli. Bila dah dapat soft copy dan voucher ni pun dah boleh redeem saya pun start la create photobook mengikut tutorial yang saya install dari laman web Pixajoy. Permulaan agak susah. Sambil tengok tutorial dan blogwalking user yang pernah guna, akhirnya berjaya juga. Saya habiskan pada hari yang sama. Tak nak tangguh-tangguh nanti tak siapkan pula. Dah la saya hanya online semasa weekend sahaja. Meh saya kongsi cara-caranya, mana tau leh jadi rujukan blogger lain atau untuk rujukan saya di masa akan datang.

1. Install Pixajoy Editor - masa beli voucher tu akan ada link untuk install. Klik je then install. Saya install lepas je beli. Simpan dalam satu folder bersama dengan kod voucher semua. Bila dah boleh redeem senang nak cari.

2. Create project

Lepas install klik la file tu. Akan kuar gambar mcm atas ni. Amik 'create new project'. Kalau before ni dah buat tapi lum habis buat ambil yang bawah tu.

Lepas tu pilih design seperti yang kita beli.

Jangan silap pilih pulak. Bila kita beli voucher bukan semua ada dalam voucher tu. Masa saya beli ada 2 pilihan je dan saiz yang berbeza. Semak betul-betul. Silap klik, bayar dengan harga lain bukan seperti di voucher. Nampak tak 'use wizard to create....' uncheck kotak tu ye.

3. Design photobook - Lepas tu leh start design. Tips saya. Masukkan gambar-gambar yang nak letak dalam photobook ni dalam satu folder lepas tu import pic dari folder tu. Lebih mudah cara begini. Setiap page kita boleh pilih nak masuk 1 gambar atau beberapa gambar. Pilih kotak bawah tu. Pandai-pandai adjust. Dah habis semua page klik gambar troli shopping colour hijau tu.


4. Order & payment

Lepas tu akan kuar kotak untuk confirm pembelian kita. Saiz album, kertas apa nak guna dan alamat untuk penghantaran. Untuk kulit album saya cadangkan pilih 'gloss lamination'. Untuk kertas dalam 'matte lamination'. Ini saya dapat berdasarkan review dari mana yang pernah beli. Lepas tu pilih cara penghantaran. Pilih yang RM0 dan untuk payment tengok kotak yang kena masukkan voucher code. Masukkan code. Bila beli voucher Groupon atau mana-mana company kita beli tu akan hantar ke email kita code. Klik 'apply' dan 'confirm order'. Pergi semula kat Pixajoy editor yang kita susun gambar tu klik 'upload finished pages'. Tunggu sampai habis loading baru close. Lepas tu tunggu la courier mai rumah hantar album tu.

Memang ringkas je penerangan saya ni. Kalau beginner mungkin susah paham tapi tutorial yang install tu memang banyak membantu. Beberapa tips saya nak bagi kalau beli photobook di groupon, milkadeal, ilovediscount dan lain-lain company.

  • tengok saiz photobook. Ada yang besar tapak tangan je. Bagi saya 8x11 saiz paling cun. Kalau lebih besar dari tu lagi bagus.
  • teliti betul-betul syarat sebelum klik 'buy'. Ada yang harga di tawarkan tu harga untuk 10 pages pertama je. Extra pages kena bayar sendiri. Seeloknya photobook 20 pages ke atas la. Dapat lebih banyak lebih bagus
  • Tengok voucher tu termasuk dengan penghantaran percuma atau tak. Ada yang harga tu untuk servis photobook sahaja. Penghantaran kena extra charge. Ada yang untuk pick up sahaja. Tak de hantar. Umah kat Penang, kedai photobook kat KL, tak ke bazir duit. Ada yang servis delivery untuk semenanjung sahaja. Bagi yang duduk sabah sarawak kena bayar.
  • Ada yang saya jumpa pembayaran hanya melalui credit card sahaja. Pilih la service yang boleh guna maybank2u, cimb click. Sebab saya ada m2u, xde kad kredit T_T

Untuk pertama kali guna servis Pixajoy, saya sangat berpuas hati. Memang cepat mereka email setiap pertanyaan, dan update. Selesai je saya buat payment dalam beberapa minit dah dapat email, no voucher. Dah siap submit order, project photobook yang di buat tu, email sampai bagitau no tracking. Esoknya email pulak inform untuk redeem balance. Yang ni saya lewat tengok email. Maka terlepas peluang nak dapat extra 10 pages free. Takde rezeki. Lepas 2 hari inform yang mereka dah courier photobook siap printscreen gambar lagi cam kat bawah ni

Dalam 2 hari bekerja selepas tu saya dah received parcel dari Skynet.

cover photobook
Untuk First timer macam saya ni, saya berpuas hati dengan kulit depan, hardcover tetapi yang belah dalam bagi saya dan hubby komen kami nampak agak dark. Mungkin boleh di jadikan panduan buat masa akan datang.

Lepas pada tu memang selalu la jeling groupon kot ada lagi voucher yang berbaloi untuk di rembat. Saya sudah ketagih online shopping.

Saturday, February 9, 2013

9th antenatal check up

Salam
Bersambung dari entry lepas di Klinik Pakar sakit Puan pada waktu pagi dan petang nya di KK pula. Kali ni just jumpa Nurse. Patient pun tak ramai. Kejap je dah settle. Tak sampai sejam pun. saya ringkas kan je la ye (sebab malas nak taip, tengah layang ulangan fear factor selebriti) ^_^

Urin Albumin, Glucose - -ve
Hb - Kali ni tak check
Berat - turun 0.1kg
BP - 110/70 mmHg (normal)
Fundal Ht - 35cm (patutnya 32 ke 34cm)
Baby heart beat - 144 / min

Berbual dengan nurse tentang perjumapaan dengan doktor masa pagi tu. Dia pun fikir macam saya. Dan beberapa nasihat untuk segera ke hospital kalau ada tanda-tanda nak bersalin. Baju kena siap packing dah. Dah bersalin nanti kena inform klinik berhampiran. Then balik +_+ 

Friday, February 8, 2013

Checklist baby : Nursery / Furniture

Salam..
Sambung update checklist baby sementara belum bersalin. Nanti dah bersalin memang tak ingat la semua ni. Nanti untuk next baby tak de rujukan lak. Oppps.. Hahaha.. Angan tak hingat. Ikutkan list ada katil, rocker, portable baby cot tapi saya delete je sebab rasa tak perlu. Baby nak bawa tidur dengan kami je sebab insyaAllah saya nak fully BF. Kalau perlu pun awal-awal lagi SIL dah kata nak bagi yang anak dia punya sebab anak dia langsung tak guna. Rocker lak akan beli kalau perlu di masa akan datang.


1.Bed - Beli di kampung hubby di pasar minggu. Full kekabu. Sekali bantal kepala, bantal peluk dan sarung. Memang lebih murah dari yang saya survey.
UPDATE
Di Padang Besar, Perlis harga tilam, 1 bantal kepala & 2 bantal peluk (kekabu) hanya RM 35 (+boleh nego lagi). Lain kedai mungkin harga lebih sikit tapi tak lebih dari RM50
 
2. Pillow & Bolster - Baby nanti ada 2 set bantal sebab yang brand BabyLove saya dah beli dulu before beli tilam masa baby expo. Tak pe lah rezeki baby. Yang beli kat Expo RM28.
3. Blanket - Saya beli 2 yang preloved harga RM15 tapi takde hooded. Then beli yang baru ada hooded RM9.90. Rezeki baby senior tempat kerja bagi lagi 2 helai. Total ada 5 helai semua.

4. Mosquito Net - akan di beli kemudian kalau perlu.

5. Storage drawer - Beli storage untuk simpan baju baby di rumah mak masa berpantang nanti. Memang plan nak beli drawer atau almari.
skrg simpan baju dlm ni je

tapi berkenan camni
6. Swaddle - Saya guna lampin je untuk jadi bedung. Dah beli brand Disney yang gambar kepala mickey mouse 8 helai. Saya suka sangat corak tu. Walau ada pilihan lain yang harga lagi murah tetap ambil yang idaman hati. Kekekke
Kina, miza pinjam gambar ye

Thursday, February 7, 2013

2nd antenal check up klinik pakar

Salam.
Ni check up untuk 34 minggu POG. Pagi tu hubby hantar saya ke Hospital, hubby tak teman sebab dia ada hal lain rezeki baru kami. InsyaAllah saya cerita kisah rezeki anak buat kami berdua di entry lain jika berkesempatan. Tunggu hampir 1 jam, kemudian nama di panggil, nombol giliran diberi dan perlu ke makmal untuk urine test. Di tegur oleh Sister sebab tak inform saya staf walau tak pakai uniform. Perlu ke inform? Huhu. Saya memang on leave hari tu, jadinya rasa macam tak perlu nak ambil kesempatan sebagai staff dan potong turn orang lain yang datang terlebih dahulu dari saya. Lagipun saya tak rushing. Sister tu balas, sekarang jawab OK, nanti buat complaint kata mereka tak dahulukan staf. WTF? Ingat aku kaki complaint ke?

Balik pada cerita. Urine semua normal, berat, BP di ukur. Klinik pakar dia ukur tu je. Tak de mention pun berat naik ke turun, bagus ke apa. Bagi saya KK lebih bagus. Lebih detail. Ikut saya kira dari TCA 4 minggu lepas, saya cuma naik 0.7kg sahaja. Normal nya saya pelu naik 2kg. Yang penting baby punya berat naik mengikut graf normal. Masuk jumpa doktor. Ditanya progress saya. Saya inform keadaan kaki saya yang patah. Makin sakit bila berjalan, naik tangga dan 2 doktor berbincang tentang masalah yang akan saya hadapi jika saya bersalin normal dan caesarian. Mereka beri saya masa untuk fikir, bincang dengan suami, keluarga mana yang terbaik buat saya. Saya perlu inform klinik masa kandungan saya 36 atau 37 minggu. Sudahnya saya bagi keputusan waktu tu juga setelah bertanya kan beberapa perkara pada doktor-doktor tu.

Saya buat keputusan untuk proceed dengan caesarian sahaja. Hubby memang suruh saya caesar demi keselamatan saya. Parents pula serahkan pada saya untuk buat keputusan, saya bekerja dalam bidang ni, saya lebih mengetahui baik buruk keputusan saya nanti. Apa pun mereka tetap menyokong saya. Saya juga ada minta pendapat mak cik saya yang juga kerja hospital. Dia minta saya czer. Begitu juga dengan teman-teman rapat yang banyak saya luah perasaan dan berkongsi segalanya. Semua sokong untuk czer asalkan saya dan baby selamat dan sihat.
 
Tambahan pula ligament lutut saya memang cedera teruk, kemungkinan besar dah putus dan hanya dapat repair setelah saya bersalin. Jauh lagi perjalanan kesihatan saya di masa akan datang. Saya harap ini keputusan saya yang terbaik. Dari perbincangan saya dengan doktor, tiada masalah jika saya tetap mahu cuba bersalin normal, TAPI lutut saya perlu bengkok paling sekejap 1 jam. Itu pun kena fully flexion yang mana doktor tulang dah cuba tempoh hari tetapi saya sakit. Itu baru cubaan, ni nak tahan 1 jam paling kurang, kalau lebih lama? Boleh ganggu saraf saya dah akhirnya saya perlu czer juga. Maka untuk kesihatan kaki saya di masa akan datang saya buat keputusan untuk czer. Kaki nak pakai lama weh..

Dan hari tu juga saya diberi tarikh untuk pembedahan. Petang nya saya ke KK pula. Saya sambung di lain entry. Ni pun dah panjang.

Wednesday, February 6, 2013

Checklist baby : Baby clothing

Salam..
Jom update pasal baju baby lak. Last week dah update pasal Feeding. Macam entry lepas saya edit mana yang perlu je. Mana yang saya rasa tak sesuai saya delete, dan tambah mana yang perlu. Ada je yang cakap kat saya, tak yang beli banyak nanti orang banyak bagi. Huhu.. Takkan la kat anak sendiri nak harap dan tunggu orang bagi. Baik beli je. Kalau orang bagi, alhamdulillah rezeki anak.

1. Short Sleeve / Long Pants - total ada 10 helai buat masa sekarang. Harap-harap cukup la untuk baby nanti. Saya campur yang kain cotton dan yang baju jenis kain lubang-lubang tu. Tak tau berapa helai yang perlu. Ni pun main ambil je beli bila nampak murah. ada yang beli kat Mydin, Baby expo, Manjaku. saiz berbeza-beza. NB ada 4 helai je rasanya. Lain-lain banyak 3-6 months. Saya beli yang memang 1 set seluar baju. Harga lebih kurang RM10 - 15 sehelai.

2. Long sleeve / Long Pants - 4 helai je yang ada. Saya terfikir kan keadaan cuaca yang panas. Ingat tak nak beli je. Kalau baby sejuk nak bedung je tapi tak ada langsung tak boleh gak. Sudahnya beli 4 helai je la. Sama juga cam short sleeve, saya beli set sekali seluar baju masa sale dan harga lebih murah.

3. Rompers - Ini la yang saya paling suka beli. Nampak je kat kedai, FB fanpage tangan gatal je nak ambil. Dari dulu lagi berkenan sungguh dengan rompers ni. Sudahnya total ada 19 helai. Aneka saiz dan rupa. Beli masa baby expo 9 helai dan Kenanga Wholesale 10 helai. Sambar sampai 10 helai sebab RM5/pcs. Jenama biasa-biasa je la. Yang dekat expo brand Carters.
RM5/pcs
4. Mittens & Booties - total beli 6 helai. Beli di baby expo, Manjaku. Tak rasa nak beli banyak pun sebab nak bagi pakai sampai 3 bulan je then biar baby explore. Lepas tu bagi pakai socks je.

5. Binder / barut - yang ni ada 12 helai cousin bagi. MIL pun kata nak jahit bagi nanti. Save di sini.

6. Baby Bib -  Masa kat Kenanga Wholesale saya nak ambil sebab RM5 je sehelai, hubby cakap nanti dulu la. Tunggu baby dah start makan baru beli.

7. Legging - Ni pun dok berkira-kira nak beli. Bila nampak je nak ambil mesti ada je penyebab tak jadi ambil. Sudahnya sampai sekarang takde sehelai pun legging.

8. Socks - Ada 4 helai, dapat masa beli rompers. Perlu tambah lagi tapi tunggu baby besar sikit baru nak beli. Buat masa sekarang cukup dah.

9. Boonet - Ada 1 je tu pun beli masa expo sekali dengan mittens, booties

10. Shoes - 1 je beli tu pun sebab nak buat props maternity photoshoot.

Setiap kali membeli saya masukkan dalam file excell yang ada dalam laptop ni. Kalau nak tunggu sekaligus masukkan memang tak ingat la harga semua berapa.



Masa 28 weeks dah start mendobi semua baju baby, lampin, blanket semua. Konon nak pack dalam beg. sudahnya masa 33 weeks baru packing bag.


Tuesday, February 5, 2013

Review Novel - Benci! Benci! Benci!

Salam..
Saya beli novel ni atas recommend dari forum. Firstly cover novel ni sangat tak menarik. Maaf, Alaf 21 perlu perbaiki. Rasanya banyak dah cover novel Laf21 yang buruk-buruk. Kalau ikutkan penulisnya agak popular tetapi saya tak rasa saya pernah membaca hasil karya beliau. Di awal pembacaan, ya quite nice story nya. Bila heroin dah kahwin saya jadi letih membaca. Mereka suami isteri asyik dengan konflik yang tak sudah-sudah. Sampai saya terfikir, bila diorang nak berdamai ni. Di pertengahan macam kelam kabut pun ada. Tak synchronize. Saya mampu bagi 2.7/5 bintang sahaja.

Sinopsis

Qisha dipinang Zarif sebanyak 3 kali tetapi dia menolak atas alasannya tersendiri dan dia juga telak mempunyai pilihan sendiri, Akim yang belajar di luar negara. Tetapi sudah jodoh mereka, Qisha menerima lamaran Zarif setelah mereka mulai rapat. Di hari perkahwinan mereka, Zarif mula berasa curiga pada isterinya apabila mengetahui yang isterinya berjumpa dengan Akim. Bermula dari saat itu, Zarif melayan Qisha umpama pelacur, orang gaji. Apatah lagi mereka tinggal di luar negara kerana Zarif perlu menamatkan pelajarannya. Berbagai dugaan yang harus mereka lalui dalam rumah tangga mereka. Tambahan pula dengan kehadiran Akim yang masih menaruh dendam pada Zarif. Sehinggalah Qisha hilang sabar apabila kandungannya keguguran dan membawa diri ke pangkuan keluarganya dan saat itu Zarif mulai sedar namun sudah terlewat. Apakah keksudahan hubungan mereka? Dapatkah di selamtkan?

Monday, February 4, 2013

Review Novel : Cinta Untuk Disewa

Kak Lynn hadiahkan bear comel & sinopsis novel akan datang.
Salam..
Bila tahu kak Lynn bakal terbit buku baru, memang teruja dan tak sabar nak membaca. Bila Kak Lynn buka je pre order memang cepat-cepat bank in untuk dapatkan CUD. Bila sampai je rumah, terus potong turn novel-novel lain yang di beli terlebih dahulu dari CUD. Hasilnya saya tidur jam 4 pagi di hari bekerja sebab nak habiskan pembacaan. Memang cukup rencah rasa novel ni. Saya sukakan persahabatan mereka. Saya geram dengan Iskandar yang hati kering, tak sedar langsung hati dan perasaan Anis. Kemunculan Kamal juga buat saya rasa nak tampar dia laju-laju kalau ada depan saya. Dan tau in love dengan Anis dan Anis balas balik boleh plak suruh Anis jauhkan diri. Haiyaa.. Otak letak mana? Kat semua yang jadi tu takdir, kehendak Allah. Bila Anis nak kahwin pandai plak merayu nak Anis. Ashraf, mulanya saya tak rasa dia ada faktor X yang melayakkan dia jadi teman hidup Anis tapi sikapnya bila Anis dalam kesusahan dan gentleman dia buat saya cair. Hahahha.. Over tul review saya kali ni. Ape pun saya rasa nak bagi bulan bintang cakerawala sepenuhnya untuk CUD. Memang tak rugi membeli dan buat koleksi. Ni simple review dari saya. Tak mau cerita banyak nanti potong stim orang yang belum baca.

Sinopsis

Anis Sofia, bekerja sebagai penterjemah dari rumahnya dan part time menjadi doktor cinta, memberi nasihat dan membantu menyelesaikan masalah orang lain. Anis, Jenny, Iskandar, Hafiz dan Amran bersahabat baik sejak 10 tahun dahulu (tak ingat berapa lama tapi lama la). Anis sudah lama jatuh hati pada Iskandar yang menukar teman wanita ibarat menukar pakaian hari-hari namun Iskandar tidak menyedarinya sehinggalah Iskandar menemui Mrs Right nya dan menukar status. Anis terus kecewa memendam rasa. Kemudian dia menerima tugasan dari teman sekerja Jenny, Mariam untuk menyiasat Kamal, bakal tunangnya yang juga penyiasat persendirian. Namun mereka berdua telah jatuh cinta. Malangnya Kamal telah menutup hatinya pada komitmen atas kejadian masa lalu. Hadirnya Ashraf yang perlukan bantuan Anis dan telah jatuh cinta pada Anis tapi Anis masih setia pada Kamal. Siapakah yang menjadi teman hidup Anis? Kamal atau Ashraf?

Novel Kak Lynn memang tak lari dari unsur romantik, komedi yang buatkan kita tersenyum dan ketawa tiba-tiba. Juga sedih yang buatkan air mata mengalir dan unsur suspen yang menjadikan kita tertanya-tanya. Cukup rencah bagi saya. Walaupun banyak watak dalam CUD, saya tak pening dan dapat kait setiap watak. Mungkin saya fokus semasa membaca dan Kak Lynn semestinya pandai mengolah jalan cerita. Apa pun saya sukakan persahabatan mereka berlima. Lastly, dapatkan CUD di pasaran.

Sunday, February 3, 2013

8th Antenatal check up

Salam..
Kejap je dah masuk check up ke 8. Habis je MC, hari pertama kerja, petangnya kena ke KK untuk check up 32 weeks. Kali ni jumpa Doktor. Tapi rutin check up biasa sahaja. Tak de scan bagai.

Urine albumine / glucose - negative
Hb - 10.8 (not normal, ditanda pen merah)
BP - 110/70 mmHg
weight - naik 0.6kg
tinggi rahim - 32 cm (normal)
baby heart beat - 143/min
Kedudukan baby : Cephalic (normal)

Jumpa doktor, cuma update cerita di klinik pakar sakit puan then dia suruh makan haematinic 2x sehari. Then balik rumah. Huhuhuh

Saturday, February 2, 2013

Babymoon di Colmar Tropicale

Salam..
Selepas je saya discharge dari hospital, saya  dapat extra 3 hari MC. Discharge Ahad, MC sehingga Rabu. Hubby lak on leave Isnin dan Selasa. Ntah macam mana masa sembang dengan hubby dalam kereta ajak dia g somewhere. Dia pun setuju nak ke Bukit Tinggi. Masa tengah bersiap, packing barang saya cakap kat hubby g Cameron je la. Lebih mudah. Hotel budget pun banyak. Bukit Tinggi tak banyak pilihan kot. Lagi pun saya baru sekali je pergi sana. Kurang pengetahuan sikit banding dengan Cameron. Hubby lak kata bila lagi nak try tempat yang belum pernah pergi. Ok, dia belum pernah ke Bukit Tinggi.

Kami bertolak dari Penang dalam pukul 4 petang. Memang tak de rushing pun. Sampai sana dalam 9.30 malam dengan bantuan GPS handphone kami berdua. First hotel jumpa The Chateau. Di bawa melihat bilik yang ada. Tinggal room Superior sahaja yang price nya RM750++ Memang lari bajet kami. Terus gerak ke Colmar Tropicale (CT). Price RM 249 untuk 2 single bed + breakfast + free admission Botanical Garden / Japanese village. Kami decide ambil je bilik tu. Saya dapat harga Government servant RM209. Masuk bilik tak de pun 2 single bed. Memang Queen size bed. Memang berbaloi dengan harga yang di bayar.


 Hubby tetiba lapar. Saya belek buku dalam bilik tu cafe sekitar Colmar Tropicale dah tutup selepas 10 malam. Hubby proceed order dine in je. Ini yang di order oleh hubby.

Chef Special Fried Rice
RM22.20. Satu je order. Saya memang kenyang tapi amik gak sesuap dua nasi hubby. Memang sedap dan berbaloi dengan harga.

menu breakfast kami pagi itu
Esoknya lepas breakfast kami keliling CT tangkap gambar kami berdua dengan bantuan tripod dan kamera cikai kami. Huhuhuh. Lepas tu naik shuttle ke Japanese Village. Mendaki bukit nak sampai ke destinasi. Dengan 32weeks memang kudrat saya tak banyak + kaki pendek sebelah dan bekas patah. Nasib la hubby setia menemani saya, memimpin tangan saya dan melayan saya yang keletihan ni. Mujur la Bukit Tinggi ni tak de banyak tempat menarik. Kalau tak memang saya surrender la. Habis 2 jam gak pusing di situ. Then balik ke CT semula. Nasib kami dah check out awal lepas breakfast, kalau tak sure kena penalty lambat check out.
Sampai CT tangkap gambar lagi then gerak balik. Hubby ajak ke Ampang melawat abang dan kakak iparnya. Saya ikut je. Then malam tu lepas Isyak kami gerak balik ke Penang. Alhamdulillah selamat sampai.

p/s - baju yg sama saya dan hubby pakai dengan maternity photoshoot. Ini satu-satunya baju maternity yang saya beli. Itu pun beli untuk photoshoot dan hanyalah dress biasa yang juga boleh pakai after confinement. Hari-hari lain saya belasah pakai t-shirt dan seluar track saja T_T Sangat tak berminat untuk bercantik-cantik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...